Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 29 Jun 2020

MATI DATANG BILA-BILA MASA

Semua manusia dengan sangat pasti tahu dan percaya mati itu boleh datang tiba-tiba dan itulah pengelaman yg dialami oleh setiap orang. Ada yg mati bermula dgn sakit yg tenat dan akhirnya menemui ajalnya. Tetapi tidak kurang juga pengalaman mengajar kita ada yg rapat degan kita semalam sihat sihat bersama dgn kita tapi tiba tiba hari ini dia bertemu ajalnya. Ini membuat kita syok. Tapi biasanya peristiwa itu hanya syoknya bertahan paling lama seminggu lepas itu lupa dah. Begitu lah kita manusia yg serba serbinya sibuk. Sebenarnya tidak lah sibuk sangat tapi sudah terbiasa budaya sibuk. Sangat jarang antara kita yg berubah hidupnya dgn melihat peristiwa kematian itu kerana timbul semacam kesedaran bahawa kita juga mungkin bila bila masa akan di jemput Allah. Tiba tiba hati dan fikiran bertanya tanya, kalau aku mati sekarang ini agak agak kubur aku taman syurga atau gaung neraka?? Tersentap jiwa kita renungan secara mendalam pun terjadi fikiran terus memproses maklumat untuk mejawab pertanyaan itu..dan akhirnya tiba tiba air mata kita mengalir tanpa sebab tidak dapat di bendung, hati mula dilanda rasa sayu dan sedih.. Hati mengiakan jawaban akal kita yg berfakta, akal kita memberi jawabanya dgn jelas dan jujur yg kubur kita pasti gaung neraka. Hati setuju, sangat jujur kita masa itu, air mata kita bertambah banyak mengalir, rasa sebak mula menguasai relung hati yg paling dalam, rasanya ingin menjerit sekuat hati.. Yaaa Allah.. Selamatkanlah aku yaa Allah.. Aku sedar ya Allah.. Aku sedar.. Dengan terketar ketar suara kita mengaduh dgn Allah.. Yaa Allah selamatkanlah aku yaa Allah.. Ampunkanlah aku ya Allah... Jika engkau jemput aku sekarang tentu dan pasti neraka Mu lah tempat kembaliku ya Allah.. Aku..aku..tidak mampu menanggung azab neraka mu ya Allah.. Jangankan azab neraka Mu ya Allah.... Azab Mu di dunia ini pun aku tidak mampu menghadapinya yaa... Allah.. Ampunkanlah aku yaa... Allah..ampunkanlah aku... Aku juga hamba Mu yaa.. Allah, aku juga ingin hidup di atas pimpinan Mu yaa Allah, seperti mereka yg lain yg engkau pimpin mereka, yaa Allah... Pimpinlah aku ya Allah. Hanya engkau satu satu harapan yg aku ada yaa.. Allah.. Janganlah engkau ketepikan aku ya Allah, aku juga hamba mu, aku sedar yaa Allah.. Aku memang jijik di sisi mu, tapi aku juga hamba mu yaa Allah. Tolong lah yaa Allah janganlah engkau abaikan aku, pimpinlah aku, didik lah aku ya Allah.. Yaaa Allah.. Yaa Allah Yaa Allah.. Kita pun tertidur dalam tangisan yg paling pilu dalam sejarah hidup kita.. Esoknya kita sudah ada kesedaran baru untuk kembali kpd Allah untuk meperbaiki diri, dengan mahu brmula menuntut ilmu agama bermula dari asas kata hati kita. Alhmdulillah jauh di sudut hati terasa yg Allah mendengar tangisan kita... Bermulalah sejarah panjang perjuangan dalam menuntut ilmu, tetapi Allah beri kita satu semangat yg luar biasa. Semoga engkau kekalkan aku dalam jalan Mu yaa Allah, matikan lah aku di atas jalan Mu ini sebagai matinya seorang hamba Mu yg mukmin. Hidup semakin hari kita akan terasa sangat berertinya hidup ini. Hati kita terus berkobar kobar untuk menempuh jalan menggapai madratillah.. Aminn. #MohdbinAbdullah #sitinurjannah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou