PENDIDIKAN KEROHANIAN.
Dalam pendidikan memanusiakan manusia roh manusia itulah mediumnya bukan akalnya atau tubuh badannya.
Sedari bayi lagi di telinga kanannya dilaungkan kalimah azan dan yg dikiri dilaung kalimah ikomah.
Itulah didikan kerohanian, nama Allah tidak dikenal oleh akalnya dan memang pun akal bayi belum berfungsi hanya rohaninya shja.
Tapi itulah namanya didikan kerohanian, nama Allah itu sangat dikenal oleh rohnya.
Inilah didikan rohani, didiklah anak dengan mengingat ingatkannya akan nama itu iaitu Allah nama Tuhannya.
Rohnya kenal siapa itu Allah, kerja ibu ayahnya melazimkan shja mengingat ingatkannya akan nama itu.
Bila si anak melakukan kebaikan ingatkan dia Allah suka yg mcm itu.
Bila si anak buat yg tidak baik ingat ingatkan dia Allah tidak suka yg mcm itu.
Biar rohnya berimaginasi dengan sang pemilik nama itu dan biarkan ia terus berkembang begitu.
Biarkan rohnya hanya faham apa shja yg dia lakukan hanya Allah yg suka dan Allah yg tidak suka.
Jangan racuni rohani anak dengan menakut nakutkanya kpd selain Allah, apa shja ketakutan yg selain takut kpd Allah itu racun kpd rohani anak.
Menjelang anak mencecah akil baligh bawalah dia merasai segala nikmat yg dia dapat itu Allah yg bagi sebb Allah sayang.
Ujian yg menimpanya seperti sakit semua itu Allah juga yg bagi sebb Allah nak bagi ingat kesalahannya, bukan Allah benci tapi sebb Allah sayang.
Setelah dia balig bawalah dia merasai segala nikmat yg manusia dapat dan makhluk dapat itu semua Allah yg bagi kerana Allah sayang kerana mereka baik di mata Allah.
Juga merasai musibah yg menimpa mereka, dari Allah kerana Allah mahu mengingatkan mereka sebb Allah mahu selamatkan mereka dari azab nerakaNya.
Ingat ingatkan juga anak bahawa Allah juga ada nikmat yg bernama syurga iaitu tempat kembali manusia yg baik setelah menutup mata.
Hidupkan rasa harapnya hanya pada Allah, apa sahja hajat hatinya hanya Allah yg mampu menunaikannya.
Apa shja masalahnya hanya Allah yg mampu menolongnya sebb itu dia harus menempuh jalan mendekatkan dirinya kpd Allah.
Hanya orang yg ada kedudukan di sisi Allah shja mendapat pertolongan dan kurnia dari Allah di dunia dan di akhirat.
Untuk itu bekalkanlah dia ilmu marifatullah agar dia tidak tersesat dalam dia menempuh jalan mendekat itu.
Bila roh anak tumbuh subur dengan didikan sesuai fitrahnya, maka akal dan tubuh badannya akan tumbuh dgn baik kerana rohnya sudah baik, rohnya sudah bertauhid kpd Allahnya.
Inilah contoh contoh pendidikan rohani peringkat awal manusia untuk memanusiakan mereka.
tanpa didikan rohani begini anak akan mempertuhankan selain Allah dalam dirinya, ini akan menjadi awal bencana besar bagi dirinya.
7am 06. 06. 20
Mohd&Jienah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou