Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 2 Februari 2021

KEMBALILAH...Wahai Anak Adam

KEMBALILAH Wahai anak adam Nikmat Allah mu yang mana mahu kau dustakan Jika bukan kerana IradatNya kamu tidak akan Dia jadikan manusia yg sempurna sifat Zat Allah mu lah yang mencipta mu di dalam rahim setelah membenihkan mu Zat Allah mu jugalah yang memelihara mu membesarkan mu serta membentuk mu di dalam rahim ibu mu. ZatNya jugalah yang menjadikan diri mu tidak lemas dengan air ketuban itu dan diri mu boleh makan dan minum serta bernafas lewat tali pusat mu. Selama 9 bulan ZatNya lah yang menjagamu dengan penuh kasih dan sayang, apa sahaja yang diri mu inginkan dan perlukan Zat Allah mu lah yang memberi mu lewat bunda mu Semua yang berlaku pada diri mu di alam rahim itu semuanya diurus oleh zat Allah mu, betapa baiknya Dia pada diri mu wahai anak adam. Tiba tiba setelah kau dewasa kau membalas kasih sayang Allah mu itu dengan kau mengsyirikanNya Betapa zalimnya perbuatan mu wahai anak adam, betapa kufurnya engkau pada nikmat Allah mu itu.. Insaf dan sedarlah betapa kau sudah keterlaluan, bertaubatlah dan kembalillah kepangkuan Allah mu. Sesungguhnya Dia sangat merindui mu untuk kau kembali kepangkuanNya. RinduNya itu melebihi seratus kali ganda rindunya seorang ibu yg menanti kembalinya anaknya dari perantauan. Ketahuilah wahai anak Adam, Allah mu sangat ingin kau hidup bahagia di dunia ini dan berbahagia juga di akhirat tetapi kau yang berdegil tidak mahu menempuh jalan bahagia itu. Allah mu sangat mahu membantu dan memimpin mu menempuh jalan bahagia itu tetapi engkau yang enggan. Allah mu bukan pemaksa, itu bukan Dia. jalan kebahagiaan itu harus kau tempuh atas keinsafan dan kesedaran mu bukan kerana terpaksa atau dipaksa. Wahai anak adam sudah jauh kau menempuh jalan sengsara itu sudah banyak kesengsaraan dan keperitan hidup yg kau alami di atas jalan sengsara itu. Kembalilah kepangkuan Allah mu berilah Dia peluang untuk merawat segala luka mu dan hidup bersama mu. Dia sentiasa rindu menanti mu kembali ke pangkuanNya dan sangat luas kasih sayangNya untuk membimbing mu menempuh jalan bahagia itu. Kembalilah wahai anak domba yang telah terkeliru memilih jalan hidup, kembalilah kepada pemilik mu sebelum maut datang menjemput mu.. Mohd&Jienah 12:00 am 02 . 02 .2021

Ahad, 31 Januari 2021

usaha islam

Satu - satunya usaha yang boleh menyampaikan seseorang yang telah menguasai ilmu makrifatullah kepada Iman pada Allah ialah dengan mengusahakan mengistiqomahkan menzikirkan kalimah tauhid sambil menghayatinya. 

Inilah jalan iman yg ditempuh oleh nabi dan sahabat bsginda 13 tahun di mekah dan hasilnya lahir 313 orang sahabat nabi yang sempurna imannya dan mereka inilah yang menjadi tentera kaum muslimin di dalam peperangan Badar iaitu 313 orang mengalahkan musuh yang berjumlah 1000 orang lebih. Mereka bukanlah punya kekuatan mengalahkan musuh tetapi Allah yang menguatkan mereka dengan bantuan tentera dari bangsa malaikat kerana mereka layak mendapat pertolongan. mereka layak mendapat pertolongan adalah atas faktor iman yang mereka miliki. 

Jadi menzikirkan kalimah tauhid sambil menghayatinya untuk memiliki iman kepada Allah adalah fardu ain hukumnya. Ini kerana memiliki iman kepada Allah fardu ain hukumnya. Apa sahaja jalan yang akan menyampaikan seseorang kepada yang fardu ain maka jalan itu juga hukumnya fardu ain.

#ZikirKalimahTauhid
#IstiqamahBerdiriDudukBerjalanTidur

Islam Cara Hidup

Islam itu adalah cara hidup yg sempurna yang datangnya dari Allah yang mencipta segala makhlukNya. Islam jika ia dapat difahami ia akan membetulkan jalan berfikirnya manusia itu sehingga manusia itu dapat meluruskan cara hidupnya sesuai dengan hukum hukum Allah yg fardu ain dan hukum hukum Allah yg fardu kifayah. 

Dan bermula islam itu ialah soal kepercayaan, ada kepercayaan yang fardu ain hukumnya untuk di percayai dan itulah 6 perkara dalam urusan keimanan dalam Islam. 

Dan yang paling awal dalam urusan kepercayaan yg fardu ain hukumnya untuk dipercayai ialah kepercayaan kepada Allah iaitu iman kepada Allah. 

Ketahuilah iman kepada Allah ini adalah urusan yang pertama dalam islam dan yang paling utama. Tidak boleh beralih ke urusan yang seterusnya sebelum urusan yang pertama dan utama ini belum selesai, ini disebut tertib dalam urusan iman. setelah memiliki @ menguasai iman pada Allah baru boleh beralih ke urusan iman yang seterusnya. Memiliki iman kepada Allah fardu ain hukumnya.

Dan yang sebenarnya jika urusan iman ini dilaksanakan dengan mengikut tertibnya urusan ini akan semakin mudah di sempurnakan. Menyempurnakan urusan iman hukumnya fardu ain. Kegagalan menyempurnakan urusan iman ialah kerana urusan iman itu dilaksanakan tidak mengikut tertib. Bila tidak mengikut tertib jawabnya batal. Inilah hukum fardu ain yang wajib disempurnakan sebelum melaksanakan hukum hukum fardu ain yang lain dan perlaksananya wajib mengikut tertibnya.

#RukunImanPertama
#BerimanKepadaAllah
#istiqamahZikirUtama

ZIKIR UTAMA ZIKIR IMAN

SEUTAMA UTAMA ZIKIR IALAH LAILAHAILALLAH. 

Hanya kalimah ini yang Allah izinkan boleh menumbuhkan iman jika ia diamalkan.

PERBAHARUI(TINGKATKAN) IMAN KAMU DENGAN LAILAHAILALLAH. 

Hanya kalimah ini yang Allah izinkan dapat meningkatkan iman seseorang itu ke tingkatan iman yang lebih tinggi jika ia diamal secara istqomah sepanjang hayatnya.

BARANG SIAPA MENGUCAP LAILAHAILALLAH MASUK SYURGA. 

Inilah kalimah yang menjadi anak kunci kepada pintu syurga, sehingga siapa sahaja yang mengucapnya kerana imannya kepada Allah wajib baginya masuk syurga, walau pun mungkin akan ke neraka dahulu kerana dosa tetapi pasti akan masuk syurga juga, hebatnya kalimah ini.

UCAPAN YANG RINGAN DI LIDAH TETAPI YANG PALING BERAT TIMBANGANYA DI PADANG MAHSYAR ITULAH LAILAHAILALLAH.

Mengucapkan kalimah ini kerana iman kepada Allah adalah ibadah yg paling utama disisi Allah sehingga ia adalah ibadah yang paling berat timbanganya di hari berbangkit di padang mahsyar nanti. Itu kehidupan di akhirat, di kehidupan dunia akan diberi oleh Allah nikmat iman dan islam.

UCAPAN SEKALI LAILAHAILALLAH ITU LEBIH BERAT TIMBANGANYA DISISI ALLAH DARI PADA LANGIT DAN BUMI SERTA ISINYA.

Inilah sebesar-besar amal soleh disisi Allah, dan seutama utamanya ibadah seorang hamba kepada Robnya. Amal ibadah yang paling ringan dilaksanakan tetapi paling tinggi nilainya di sisi Allah. Beruntunglah mereka yang ditakdirkan mengamalkan amalan ini dengan istqomah sepanjang hayatnya.

LAILAHAILALLAH ITU BENTENG KU BARANG SIAPA YANG MASUK KE DALAMNYA MAKA SELAMATLAH DIA DARI AZAB KU.

Masuk ke dalamnya ertinya ialah menjadi ahli zikir kalimah ini sehingga menjadi darah dagingnya maka ia akan menjadi insan yang mendapat perlindungan Allah dari segala azab Allah di dunia dan di akhirat.

#ZIKIRLAAILAAHAILLALLAH
#CPMOHMADABDULLAH

Ahad, 3 Januari 2021

Wisdom Motivation

Wisdom Motivation 

Jangan suka mengadukan hal-hal yang tidak kamu senangi kepada manusia, karenna sama halnya kamu tidak terima dengan apa yang telah Allah putuskan dalam hidupmu.

Jika memang ingin mengadu atau berkeluh kesah maka mengeluhlah kepada Allah, biasakanlah mencukupkan hatimu dengan Allah, kerana saat kamu rapuh dan datang kepada-Nya, maka niscaya engkau akan kembali dengan diri yang lebih tangguh.

Jika memang saat ini ada yang memberatkanmu, ada yang membuatmu harus berfikir tentang dunia. maka mengeluhlah kepada Allah saja dalam doamu.

Katakan kepada Allah bahwa kamu lemah, katakan pada Allah bahwa kamu sedang dalam kesulitan, meski sejatinya tanpa memberitahu pun Allah sudah tahu, sesungguhnya Allah itu sentiasa ada bersama orang2 yang sabar.

Jangan berkeluh kesah kepada manusia kerna manusia tidak akan menguatkanmu, tapi berkeluh kesahlah kepada Allah saja, karena hanya Allah dzat yang maha sempurna dalam menguatkan.

Datanglah kepada Allah dengan segala kepenatan yang melandamu, ingat seberapa penat dirimu pada akhirnya kamu akan merasa lebih baik sebab Allah pasti akan meringankan beban hidup yang kamu alami.

Jangan pernah malu untuk meminta apapun kepada Allah, terlebih pertolongan-Nya, karena Allah adalah sebaik-baiknya dzat dalam memberi pertolongan kepada setiap hamba-Nya.

Tidak banyak yang harus kamu lakukan tatkala datang kepada-Nya, cukup siapkan hatimu dengan penuh yakin dan berharap penuh kepada-Nya, hingga akhirnya kamu benar-benar tenang menghadapi apa yang sebelumnya membuatmu rapuh.

Dan kenapa lebih baik mengeluh kepada Allah saja ? kerana Allah tahu betul apa yang kamu perlukankan dalam hidup ini, sedangkan yang selain-Nya belum tentu, sebab dia pun masih perlukan petunjuk Allah.

Jadi lebih baik menyeru kepada Allah saja dengan sepenuh hati dan keyakinan yang penuh, kerana semakin kamu yakin kepada Allah tentu keadaan yang sangat menyesakkan akan lebih terasa ringan.

Oleh itu, jangan pernah ragu akan pertolongan Allah, sebab Dia akan selalu menolongmu dengan pertolongan yang luar biasa.

Allah akan membuatmu lebih kuat menghadapi segala hal yang membuatmu merapuh, maka pastikan keluhan mu itu hanya kepada Allah, bukan kepada selain-Nya.

Anaz Almansour 
Founder Rezeki Healing

Assalamualaikum Wr... Wb.... 

Tulisan2 inspiratif selanjutnya kami share digrup WA "PINGIN SUKSES DOBRAK PINTU LANGIT", Jika belum bergabung silahkan klik : di bawah ini 👇👇👇
#03 GEDOR PINTU LANGIT
https://chat.whatsapp.com/GB0U5e6bMmKKQqEi381hg5

Mohon Maaf digroup ini hanya admin yang bisa mengirim pesan.🙏🤝🙏

Jika grup sudah penuh, silahkan kirim pesan ke admin https://wa.me/6282112459927

 ATAU 

Mohon bisa klik : di bawah ini 👇👇👇
#2 GEDOR PINTU LANGIT
https://chat.whatsapp.com/FykwRZUoyH6F9FG2Tuwop7

*Terinpirasi Dengan Tulisan Diatas ? MOHON BAGIKAN KE SAHABAT SAHABAT DAN HANDAI TOLAN YANG LAIN 🤲🤲🤲
Waalaikumsalam Wr... Wb...

Khamis, 17 Disember 2020

AGENDA MAKAR DI SEBALIK COVID-19

AGENDA MAKAR DI SEBALIK COVID-19 Ada agenda makar besar di sebalik covid19 ini. Virus covid19 bukan sesuatu yg tidak wujud, ia memang wujud dan mengakibatkan maut kepada sesiapa yang kena jangkitan. memang benar tetapi tidaklah benar seperti yg digembar gemburkan. Ia sejenis virus yang telah ditransformkan dengan teknologi pengembangan virus. Tetapi tubuh manusia itu punya sistem jauh lebih hebat dalam menangani virus ini dari dalam cuma ia mengambil masa iaitu paling tidak 14 hari untuk mengenal pasti virus tersebut barulah badan manusia akan mengeluarkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus tersebut, jadi sebenarnya tidak perlu pun vaksin. Mengapa ramai yg mati? Covid19 virus yang ditambah baik atau dicipta kemudian dilepaskan kepada manusia, dia virus yang baru jadi badan kita tiada data maklumat virus ini, maka badan akan membiarkan virus ini membuat kerosakan secara dalaman untuk badan mengenal pasti virus baru ini untuk mengeluarkan antibodi yang dapat membunuh virus baru ini. Mereka yang mati bukan kerana serangan virus tersebut tetapi kerana penyakit² yang sedang mereka hidapi sebelum kena jangkitan. Sistem imun badan akan sengaja dilemahkan oleh tubuh kerana ada serangan virus baru sebagai salah satu cara badan mengenal pasti virus baru. Apabila sistem imun sengaja dilemahkan oleh badan maka penyakit yg sedia ada akan aktif, maka penyakit yang sedia ada inilah yang mengakibatkan kematian, bukan mati kerana serangan virus. Virus ini dicipta dengan satu tujuan besar oleh pihak yang berkepentingan atas satu tujuan makar yang besar. Pendemik Covid19 ini adalah fasa pertama kepada makar besar ini. selepas ini akan ada pergolakan politik antara bangsa sehingga negara-negara di dunia akan dijadikan dua kumpulan sahaja. Iaitu kesatuan negara israel dan kesatuan negara islam. Setelah ini terbentuk maka akan dimulailah peperangan antara dua blok ini dgn israel menyalakan apinya melalui pembantaian atau penghapusan bangsa palestin secara besar besaran. Blok islam akan terpancing dan berkumandanglah pengisytiharan perang terbuka dengan israel. Israel dengan sekutunya akan menyambut dan mengisytihar perang kepada yang memeranginya. Perang ini pasti berlaku. mudah-mudahan tidak sampai mengunakan senjata nuklear. Merekalah yg mereka bentuk atau merancang peperangan ini atas niat mewujudkan dunia satu pemerintah sahaja iaitu kerajaan israel yang berpusat di al-aqsah. Mereka sangat yakin akan memenangi perang ini kerana memang dirancang begitu, dengan kemenangan itu seluruh penjuru dunia akan menjadi hak mutlak si pemenang perang manakala yang kalah akan menjadi hamba. Inilah rancangan makar di sebalik covid19. Negara dilemahkan dulu dengan pengisytiharan pendemik covid19, supaya apabila dikumandang perang oleh pihak yang dirancang untuk menjadi musuh, negaranya sudah lemah. Sama seperti mana cara mereka menguasai negara Iraq dan afghanistan, dilemahkan dulu kemudian diperangi. Jika difikir secara akal memang 100% perancangan ini sempurna dan pasti akan terjadi seperti yg dirancang. Tetapi mereka lupa Allah adalah sebaik baik pembalas kemakaran mereka. Perang ini hanya permulaan kepada lembaran baru kepada dunia yang ke depan iaitu dunia baru ISLAM. wallahu 'alam. c&p MohmadBinAbdullah

Isnin, 14 Disember 2020

TERTANGKAPNYA HABIB RIZIEQ SHIHAB

Assalamualaikum w.w.. Bismillah wal hamdulillah.. Melihat kepada kejadian yang menimpa pemimpin agama di indonesia Habib Rizieq Shihab, saya sudah jangka... semoga HR diberi kekuatan dan semangat. jangan kalah.. Perancangan dajal dan tentera-tenteranya untuk mewujudkan kuasa baru dunia iaitu Israel sudah di peringkat perlaksanaan akhir. Mereka akan mengibarkan bendera damai dengan negara-negara yang dikuasai oleh pejuang-pejuang islam. Mereka akan menaikkan tokoh-tokoh pejuang islam di negara-negara yang dikuasai umat islam dan mereka mengatur agar pemimpin² negara yang baru ini membuat satu kesatuan negara² islam untuk membentuk blok kuasa baru iaitu blok Islam. contoh, turki akan digabungkn dengan negara-negara arab untuk membentuk kesatuan negara² islam asia barat. Indonesia akan bergabung dengan negara negara islam asia tenggara untuk membentuk kesatuan negara² islam asia tenggara dan begitu juga di wilayah-wilayah milik umat islam. Semua kesatuan negara² islam ini memang dirancang begitu untuk dijadikan alat mereka melancarkan perang dunia ketiga iaitu blok islam dan anti israel dengan israel dan sekutunya. Mereka memang merancang dengan satu tujuan sahaja iaitu menguasai dunia. kerana hanya dengan perang sahaja satu² wilayah itu boleh menjadi milik mutlak israel dan sekutunya. Mereka sangat yakin akan memenangi perang ini. Amerika khususnya akan mengangkat bendera damai dan kerjasama dengan negara-negara islam dengan mengubah sikap berlembut dengan negara-negara islam dengan alasan untuk melindungi negara² islam dari dijajah oleh komunis terutama negara china padahal semua itu sudah tersimpan rapi dalam skrip mereka. china juga jadi alat mereka. Perang ini tidak dapat dielak. ia pasti terjadi. Mereka merancang rancangan jahat yang besar tetapi Allah sebaik-baik pembalas mereka. Erdogen memang dirancang dan diperalat untuk mengumandangkan perang kepada israel atas isu pembebasan al aqsh iaitu palestin. Kesatuan negara² islam akan diberi dana dan senjata dengan alasan untuk melindungi diri dari gangguan china. Dengan kekuatan dana dan senjata inilah memberi keyakinan untuk blok islam ini bersatu untuk memerangi israel yang sangat licik. Tidak mustahil sekarang ini mereka sedang melaksanakan rancangan untuk menaikan Habib Rizieq untuk mejadi khalifah islam indonesia dan seterusnya khalifah kesatuan asia tenggara melalui revolusi berdarah oleh rakyat Indonesia menjatuhkan rejem jokowi. DSAI dinaikan di malaysia. Dan ada desas desus yang mengatakan ada kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan malaysia hari ini untuk digantikan dengan DSAI. Sekiranya DSAI tidak berjaya menaiki takhta Perdana Menteri pasti ada penggantinya.... Apa-apa pun biarkan sahaja mereka melaksanakan rancangan makar mereka kerana di penghujungnya nanti Islamlah yang menguasai dunia. kita sebagai rakyat biasa harus siap siaga bermula sekarang. Saya ada dengar ceramah seorang yang berilmu bahawa tahun 2021 adalah tahun semua rakyat kekurangan makanan. maka sesiapa yang ada tanah itu tanamlah padi atau ubi.. apa2 sahaja yang boleh dijadikan sumber makanan. Jangan lupa terus belajar. belajar tentang iman, kuatkan iman...mantapkan iman. hanya dengan iman boleh mengalahkan dajjal. Semoga semua pejuang islam Ahli Sunnah Waljamaah terus diberikan kekuatan berjuang. Allah SWT sentiasa bersama umat yang beriman.