Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 31 Januari 2021

Islam Cara Hidup

Islam itu adalah cara hidup yg sempurna yang datangnya dari Allah yang mencipta segala makhlukNya. Islam jika ia dapat difahami ia akan membetulkan jalan berfikirnya manusia itu sehingga manusia itu dapat meluruskan cara hidupnya sesuai dengan hukum hukum Allah yg fardu ain dan hukum hukum Allah yg fardu kifayah. 

Dan bermula islam itu ialah soal kepercayaan, ada kepercayaan yang fardu ain hukumnya untuk di percayai dan itulah 6 perkara dalam urusan keimanan dalam Islam. 

Dan yang paling awal dalam urusan kepercayaan yg fardu ain hukumnya untuk dipercayai ialah kepercayaan kepada Allah iaitu iman kepada Allah. 

Ketahuilah iman kepada Allah ini adalah urusan yang pertama dalam islam dan yang paling utama. Tidak boleh beralih ke urusan yang seterusnya sebelum urusan yang pertama dan utama ini belum selesai, ini disebut tertib dalam urusan iman. setelah memiliki @ menguasai iman pada Allah baru boleh beralih ke urusan iman yang seterusnya. Memiliki iman kepada Allah fardu ain hukumnya.

Dan yang sebenarnya jika urusan iman ini dilaksanakan dengan mengikut tertibnya urusan ini akan semakin mudah di sempurnakan. Menyempurnakan urusan iman hukumnya fardu ain. Kegagalan menyempurnakan urusan iman ialah kerana urusan iman itu dilaksanakan tidak mengikut tertib. Bila tidak mengikut tertib jawabnya batal. Inilah hukum fardu ain yang wajib disempurnakan sebelum melaksanakan hukum hukum fardu ain yang lain dan perlaksananya wajib mengikut tertibnya.

#RukunImanPertama
#BerimanKepadaAllah
#istiqamahZikirUtama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou