SEUTAMA UTAMA ZIKIR IALAH LAILAHAILALLAH.
Hanya kalimah ini yang Allah izinkan boleh menumbuhkan iman jika ia diamalkan.
PERBAHARUI(TINGKATKAN) IMAN KAMU DENGAN LAILAHAILALLAH.
Hanya kalimah ini yang Allah izinkan dapat meningkatkan iman seseorang itu ke tingkatan iman yang lebih tinggi jika ia diamal secara istqomah sepanjang hayatnya.
BARANG SIAPA MENGUCAP LAILAHAILALLAH MASUK SYURGA.
Inilah kalimah yang menjadi anak kunci kepada pintu syurga, sehingga siapa sahaja yang mengucapnya kerana imannya kepada Allah wajib baginya masuk syurga, walau pun mungkin akan ke neraka dahulu kerana dosa tetapi pasti akan masuk syurga juga, hebatnya kalimah ini.
UCAPAN YANG RINGAN DI LIDAH TETAPI YANG PALING BERAT TIMBANGANYA DI PADANG MAHSYAR ITULAH LAILAHAILALLAH.
Mengucapkan kalimah ini kerana iman kepada Allah adalah ibadah yg paling utama disisi Allah sehingga ia adalah ibadah yang paling berat timbanganya di hari berbangkit di padang mahsyar nanti. Itu kehidupan di akhirat, di kehidupan dunia akan diberi oleh Allah nikmat iman dan islam.
UCAPAN SEKALI LAILAHAILALLAH ITU LEBIH BERAT TIMBANGANYA DISISI ALLAH DARI PADA LANGIT DAN BUMI SERTA ISINYA.
Inilah sebesar-besar amal soleh disisi Allah, dan seutama utamanya ibadah seorang hamba kepada Robnya. Amal ibadah yang paling ringan dilaksanakan tetapi paling tinggi nilainya di sisi Allah. Beruntunglah mereka yang ditakdirkan mengamalkan amalan ini dengan istqomah sepanjang hayatnya.
LAILAHAILALLAH ITU BENTENG KU BARANG SIAPA YANG MASUK KE DALAMNYA MAKA SELAMATLAH DIA DARI AZAB KU.
Masuk ke dalamnya ertinya ialah menjadi ahli zikir kalimah ini sehingga menjadi darah dagingnya maka ia akan menjadi insan yang mendapat perlindungan Allah dari segala azab Allah di dunia dan di akhirat.
#ZIKIRLAAILAAHAILLALLAH
#CPMOHMADABDULLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou