Satu - satunya usaha yang boleh menyampaikan seseorang yang telah menguasai ilmu makrifatullah kepada Iman pada Allah ialah dengan mengusahakan mengistiqomahkan menzikirkan kalimah tauhid sambil menghayatinya.
Inilah jalan iman yg ditempuh oleh nabi dan sahabat bsginda 13 tahun di mekah dan hasilnya lahir 313 orang sahabat nabi yang sempurna imannya dan mereka inilah yang menjadi tentera kaum muslimin di dalam peperangan Badar iaitu 313 orang mengalahkan musuh yang berjumlah 1000 orang lebih. Mereka bukanlah punya kekuatan mengalahkan musuh tetapi Allah yang menguatkan mereka dengan bantuan tentera dari bangsa malaikat kerana mereka layak mendapat pertolongan. mereka layak mendapat pertolongan adalah atas faktor iman yang mereka miliki.
Jadi menzikirkan kalimah tauhid sambil menghayatinya untuk memiliki iman kepada Allah adalah fardu ain hukumnya. Ini kerana memiliki iman kepada Allah fardu ain hukumnya. Apa sahaja jalan yang akan menyampaikan seseorang kepada yang fardu ain maka jalan itu juga hukumnya fardu ain.
#ZikirKalimahTauhid
#IstiqamahBerdiriDudukBerjalanTidur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou