Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 29 Julai 2010

Hati aman suda ba...

Huhuhu...urang yang selalu cari pasal sama sa suda tepindah. Aman suda d sa. Macam kawan sa cakap sa ni aman berganda. Bukan saja urang sengal tu yang tepindah tapi urang banyak cakap pun suda tepindah. Tapi pindah tempat saja ma. Ngah jauh ma dari tempat duduk sa. Ngam suda. Tiada nodi urang yang pagi-pagi lagi becakap suda. Kapanas ginawo. Tapi itu nono bei kayo urang tua kan? kuroyon podi hehehehe.... yang penting aman suda jiwa raga...huhuhu.... Ari ni sa penat butul. bukan panat buat karja tapi panat turun naik turun naik mau antar karja. kalu ada par sendiri kan bagus...heheheee...parasan kunun c ugou...padahal karja yang di ujung-ujung saja.

Kamarin sa suda antar borang tukar pi BKP. Sa mengharap no kopio dapat tapi mesti dapat pindah tu awal taun dapan dara. supaya sanang sikit mau angkat barang kaka. Tapi nda apalah. kalu dapat taun ni pun ambil saja daripada nda dapat turus. agipun sa bosan suda ba buat ni karja. Problem yang datang sama saja. Macam nda ada penambahbaikan kata urang putih. heheheeee..... agipun sa pun malas mo bepikir...mungkin bosan juga...abis nga panat-panat bepikir sakali nga the result is sama saja. Huh!!...biarlah urang atas yang pikir sendiri. Tapi selalunya durang pun malas mo pikir. mo harap urang bawah juga...kalu durang pikir sendiri lain jadinya. Mungkin itu yang durang pikir. Bagus juga la.

Sekarang ni macam-macam kempen berjimat cermat. Kempen Jimat kertas jimat toner jimat elektrik... Sokonglah kempen ini. Manalah tau ada bonus raya nanti.

Isnin, 26 Julai 2010

Sabtu di Sg. Congkak


Sekali sekala memang seronok. Yang tak bestnya jadi bahan usikan kawan-kawan. Kalau tak silap tahun 2005, saya, Tija, Sham dan Angah serta suaminya pernah ke sana. Yang kelakarnya first time saya buat sandwich untuk kawan-kawan. Kalau dekat kampung tu biasalah. I'm solute with seorang bos tu....dia tak kisah pun. I hope and prayer both of you will be succeed in your life and carieer. Well done!... Kawan-kawan kalau ada rezeki kita pergi lagi. Insya-Allah.




Mkbs ~ balik kg nanti saya ingat mau ajak sekeluarga piknik di Bunsit. Sudah terlalu lama tidak ke sana.

Selasa, 20 Julai 2010

8 Pantang Selepas Makan

Minum setelah makan, itu bagus. Tapi hindari 8 perkara selepas makan.....


1. MEROKOK

Merokok saja sudah merosak tubuh, apalagi jika dilakukan setelah makan. Berdasarkan penelitian, menghisap satu batang rokok setelah makan, sama saja dengan merokok sepuluh batang, sehingga kemungkinan terserang kanker jauh lebih besar.

2. MAKAN BUAH

Makan buah segera setelah makan sebaiknya dihindari, kerana membuat perut dipenuhi udara alias kembung. Sebaiknya, konsumsilah buah 1-2 jam setelah makan atau satu jam sebelum makan. Ini akan membuat perut Anda kenyang dan makan tidak terlalu banyak.

3. MINUM TEH

Daun teh memiliki kandungan asam yang tinggi. Hal ini menyebabkan kandungan protein dalam makanan sulit dicerna. Selain itu, minum teh setelah makan dapat menyebabkan hambatan penyerapan zat dalam tubuh hingga 80 persen. Padahal, zat besi sangat dibutuhkan untuk pertumbuhan kualitas tubuh manusia.

4. MENGENDURKAN IKAT PINGGANG

Mengendurkan ikat pinggang dapat menyebabkan usus terbelit dan terblokir.

5. MANDI

Mandi yang dilakukan setelah makan akan menaikkan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut.

6. BERJALAN-JALAN

akan menyebabkan sistem pencernaan tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang telah Anda makan.


7. TIDUR

Tidur setelah makan membuat makanan tidak dapat dicerna secara baik. Akibatnya, usus mengalami kembung dan terjadi peradangan.

8. MINUM AIR AIS

Air dingin akan membekukan makanan berminyak, terutama berlemak, yang Anda santap. Lemak itu akan terbentuk dalam usus dan akan mengakibatkan menyempitnya saluran-saluran pencernaan sehingga menimbulkan kegemukan. Gantilah dengan minum air hangat.

* Maklumat ini saya copypaste dari internet... untuk pengetahuan dan amat baik jika diamalkan.

Isnin, 19 Julai 2010

Jalan-jalan ke Pesta Bunga Putrajaya



Walaupun penat, panas tetapi seronok juga. Cuma sedikit tak puas hati. Bunga-bunganya biasa saja. Ataupun mungkin bunga yang saya suka sudah ditayang pada hari-hari sebelumnya. Maklumlah pergi pun hanya pada hari sabtu.

Dalam seronok-seronok saya dikejutkan berita yang tidaklah membuatkan saya pengsan tetapi cukup membuat saya strees. Apalagi kalau bukan pasal duit. Hanya duit yang boleh membuatkan fikiran saya bercelaru dan panas. Semuanya di luar jangkaan dan di luar bajet. Kalau sudah lari bajet di mana lagi nak korek? Huh!... Mampukah si gadis kecil ini melangsaikan bayaran RM15,000.00? Adakah perancangan yang sedang diatur sekarang akan dipengaruhi? Adakah belanjawan yang akan dipotong atau disingkirkan dari perancangan yang sedang diatur? Masihkah akan terus berada di takuk belanjawan yang lama? Sesungguhnya ia begitu memeningkan. Dan yang paling penting, walaupun boleh dibayar secara ansuran Bilakah ia akan langsai? Memang ia telah mengganggu perjalanan perancangan yang sedang diatur. Nampaknya perancangan terpaksa ditangguhkan untuk pengaturan semula mengikut bajet yang telah mejadi minus. Semoga dalam dua tiga bulan ini saya boleh mendapat ilham jalan penyelesaian. Saya juga mengharap terbuka pintu hati adik-adik membantu kakak mereka ini yang dalam kebingungan memikirkannya. Semoga Allah berikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada hambaNya yang lemah ini menghadapi dan mengharungi segala dugaan dan cabaran. Saya harus dan mesti kuat kerana itu adalah pilihan yang saya. Saya mesti akhiri apa yang telah dimulakan. Saya yakin pasti ada hikmah disebaliknya.

Jumaat, 16 Julai 2010

Gerak Anggota...apa maknanya

Salam,

Seronok bila memikirkan esok cuti....petang ni kitorang nak pi tengok pesta bunga di presint 2. Actually this is my first time to go there....make me shy if anybody knows....whatever....

rindu mengenangkan suasana ini...


Alamat Pergerakan Tubuh

•Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.

•Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan

•Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.

•Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.

•Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.

•Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.

•Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.

•Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.

•Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.

•Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.

•Bibir bawah bergerak - akan menangis.

•Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.

•Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.

•Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.

•Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.

•Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.

•Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.

•Telinga bergerak - akan berkelahi.

•Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.

•Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.

•Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.

•Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.

•Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.

•Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.

Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Semoga semua perancangan akan berjalan dengan lancar seperti yang diingini. Insya-Allah.

Khamis, 15 Julai 2010

WAKAKA Crew!!!!!!!!!!!!!.........

Huh!.....Winner Malaysia's Best Dance Crew is WAKAKA Crew. Puas hati saya. Berbaloi saya mengundi mereka. Congratulations!... Sebenarnya yang lain tu pun best juga tapi biasalah adat pertandingan. Cuma yang saya tidak puas hati sepanjang menonton siaran langsung tersebut adalah persembahan artis jemputan. Apa punya persembahan....?????.... jemput si Tomok buat apa?... sebenarnya saya mengharap 8tv menjemput Stacy untuk sesi persembahan tapi laaaa......... Saya paling puas hati dengan persembahan WAKAKA. Menonton persembahan crew ni membuat saya seolah-olah terlonjak-lonjak...sampaikan boleh terlupa makan nasi dekat depan..... Apa-apa pun untuk semua showdown battle saya ucapkan semoga kamu semua akan berjaya dengan pilihan kamu. Berjuang demi karier pilihan kamu. Harus diingat karier seorang penari adalah seni yang paling tidak dihargai. Oleh itu buktikan kamu semua boleh berjaya dengannya. Cayok!

Jumaat, 9 Julai 2010

Terlalu manjakan....???????

Tajuk semanis kurma semalam ' Terlalu Manjakan Suami '

Seronok mendengarnya kerana ia bukan sahaja untuk suami tetapi juga dapat dikaitkan dengan si isteri, kawan, anak atau adik-beradik. Cuma yang tidak seronok tetamu jemputan (mangsa) tak reti nak bercakap. Cerita si mangsa "..saya sanggup berhutang demi suami tetapi akhirnya suami meletakkan beban hutang kepada saya. katanya dia tak minta saya buat begitu..." Sebenarnya bukan pasangan suami isteri sahaja yang menghadapi situasi sedemikian. Teringat suatu ketika dulu, saya sanggup bertengkar dengan ayah agar ayah bagi adik belanja beli buku sekolah yang diminta oleh guru. Namun apabila ditegur kerana tak belajar...tahu tak apa dia jawab?...."saya tidak suruh ko buat begitu"...sakit tak sakit hati saya. Macam nak nangis saja. Sekarang ni pula dia sibuk-sibuk nak minta tolong dengan adik-adik yang lain. Siapa lagi yang sanggup. Sebelum ni dah tolong tapi tak tahu nak menghargai. Tau nak mengamuk saja. Yang kelakar tu boleh pula dia cakap 'bila dorang susah jangan harap dapat minta tolong saya...sampai bila-bila saya akan ingat..." tolonglah...sedarlah sikit..selama ini siapa yang minta tolong siapa. Geram saya dibuatnya.

Manja yang positif ;-
1) Sentuhan - jangan sentuh suami / isteri orang
2) Belaian - saling belai-membelai
3) Urutan - saling urut-mengurut. jangan suami saja yang minta urut
4) Pelukan - jangan berpeluk masa bercinta/ bertunang
5) Bisikan

Punca
* Suami sudah set dalam minda
- dia bos dirumah / tidak boleh ditegur / dikritik / mesti ikut perintah
- isteri mesti jadi tukang di rumah seperti memasak / mengemas dan sebagainya.

* Isteri terlalu menunjukkan sayang seolah-olah seorang hamba.

Tragis ;-
Walaupun suami telah mendapat layanan serba serbi sempurna dari seorang isteri, mengapa si suami masih mencari yang lain? Ada dua jawapan yang biasa diberi oleh suami iaitu ;-
1) sebab suami ada keinginan untuk mempunyai isteri lebih daripada satu
2) itu adalah takdir...terimalah qada dan qadar

Marah tak marah dengan jawapan tu... kesimpulannya, bagi yang sudah berkahwin bukan sahaja kena sentiasa bersedia untuk dilukai atau dikhianati tetapi juga kena bersedia untuk dimadukan. betul tak?...hahaha.....

Tragisnya....'perempuan sanggup buat pinjaman bank semata-mata untuk membiayai majlis perkahwinannya dek kerana si lelaki tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat'....saya tetap positif dengan perkara ini. Apabila si perempuan sanggup berbuat demikian saya beranggapan dia telah bersedia untuk menerima kesusahan di masa hadapan. Bukankah sebelum kita membuat sesuatu kita kena membuat pertimbangan, analisis apa kesan jangka pendek apa kesan jangka panjang?.... Bak kata pepatah melayu 'berani buat berani tanggung'. 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai'. Betulkah?

Apapun yang kita katakan apapun yang kita beritakan hanya mereka yang pernah mengalami kepayahan dan keperitan yang tahu. Itu sebab ada yang mengatakan 'bercakap memang senang tetapi setelah berhadapan dengan situasi sebenar ramai yang kandas menanganinya'... So, bagi yang masih hidup bahagia setakat ini, sayugia diingatkan jangan confident sangat jangan berlagak sangat.

Mkbs - minggu depan nak gi exam ptk tapi tiada teman nak gi...ingat nak naik teksi tp rasa tak berbaloi pula sebab persediaan saya untuk exam tu tak seberapa... kalau ada rezeki insya-Allah.

Jumaat, 2 Julai 2010

Angkara Marah

Semanis Kurma :

3 jenis marah ;-

1)  Marah yang sia-sia - perkara yang patut marah tetapi tidak marah. Contoh membenarkan isteri bergaul
                                     bebas

2)  Marah yang melampau - tidak terkawal / tanpa sebab

3)  Marah yang sederhana - dapat dikawal.

"orang yang kuat ialah orang yang berjaya mengawal kemarahan"

Surah / doa mengawal / menghindar marah;-

- Surah al-Hasyr ; 10
- Surah al-Imran ; 200
- Surah al-Syura ; 19