Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 19 Julai 2010

Jalan-jalan ke Pesta Bunga Putrajaya



Walaupun penat, panas tetapi seronok juga. Cuma sedikit tak puas hati. Bunga-bunganya biasa saja. Ataupun mungkin bunga yang saya suka sudah ditayang pada hari-hari sebelumnya. Maklumlah pergi pun hanya pada hari sabtu.

Dalam seronok-seronok saya dikejutkan berita yang tidaklah membuatkan saya pengsan tetapi cukup membuat saya strees. Apalagi kalau bukan pasal duit. Hanya duit yang boleh membuatkan fikiran saya bercelaru dan panas. Semuanya di luar jangkaan dan di luar bajet. Kalau sudah lari bajet di mana lagi nak korek? Huh!... Mampukah si gadis kecil ini melangsaikan bayaran RM15,000.00? Adakah perancangan yang sedang diatur sekarang akan dipengaruhi? Adakah belanjawan yang akan dipotong atau disingkirkan dari perancangan yang sedang diatur? Masihkah akan terus berada di takuk belanjawan yang lama? Sesungguhnya ia begitu memeningkan. Dan yang paling penting, walaupun boleh dibayar secara ansuran Bilakah ia akan langsai? Memang ia telah mengganggu perjalanan perancangan yang sedang diatur. Nampaknya perancangan terpaksa ditangguhkan untuk pengaturan semula mengikut bajet yang telah mejadi minus. Semoga dalam dua tiga bulan ini saya boleh mendapat ilham jalan penyelesaian. Saya juga mengharap terbuka pintu hati adik-adik membantu kakak mereka ini yang dalam kebingungan memikirkannya. Semoga Allah berikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada hambaNya yang lemah ini menghadapi dan mengharungi segala dugaan dan cabaran. Saya harus dan mesti kuat kerana itu adalah pilihan yang saya. Saya mesti akhiri apa yang telah dimulakan. Saya yakin pasti ada hikmah disebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou