Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 9 Julai 2010

Terlalu manjakan....???????

Tajuk semanis kurma semalam ' Terlalu Manjakan Suami '

Seronok mendengarnya kerana ia bukan sahaja untuk suami tetapi juga dapat dikaitkan dengan si isteri, kawan, anak atau adik-beradik. Cuma yang tidak seronok tetamu jemputan (mangsa) tak reti nak bercakap. Cerita si mangsa "..saya sanggup berhutang demi suami tetapi akhirnya suami meletakkan beban hutang kepada saya. katanya dia tak minta saya buat begitu..." Sebenarnya bukan pasangan suami isteri sahaja yang menghadapi situasi sedemikian. Teringat suatu ketika dulu, saya sanggup bertengkar dengan ayah agar ayah bagi adik belanja beli buku sekolah yang diminta oleh guru. Namun apabila ditegur kerana tak belajar...tahu tak apa dia jawab?...."saya tidak suruh ko buat begitu"...sakit tak sakit hati saya. Macam nak nangis saja. Sekarang ni pula dia sibuk-sibuk nak minta tolong dengan adik-adik yang lain. Siapa lagi yang sanggup. Sebelum ni dah tolong tapi tak tahu nak menghargai. Tau nak mengamuk saja. Yang kelakar tu boleh pula dia cakap 'bila dorang susah jangan harap dapat minta tolong saya...sampai bila-bila saya akan ingat..." tolonglah...sedarlah sikit..selama ini siapa yang minta tolong siapa. Geram saya dibuatnya.

Manja yang positif ;-
1) Sentuhan - jangan sentuh suami / isteri orang
2) Belaian - saling belai-membelai
3) Urutan - saling urut-mengurut. jangan suami saja yang minta urut
4) Pelukan - jangan berpeluk masa bercinta/ bertunang
5) Bisikan

Punca
* Suami sudah set dalam minda
- dia bos dirumah / tidak boleh ditegur / dikritik / mesti ikut perintah
- isteri mesti jadi tukang di rumah seperti memasak / mengemas dan sebagainya.

* Isteri terlalu menunjukkan sayang seolah-olah seorang hamba.

Tragis ;-
Walaupun suami telah mendapat layanan serba serbi sempurna dari seorang isteri, mengapa si suami masih mencari yang lain? Ada dua jawapan yang biasa diberi oleh suami iaitu ;-
1) sebab suami ada keinginan untuk mempunyai isteri lebih daripada satu
2) itu adalah takdir...terimalah qada dan qadar

Marah tak marah dengan jawapan tu... kesimpulannya, bagi yang sudah berkahwin bukan sahaja kena sentiasa bersedia untuk dilukai atau dikhianati tetapi juga kena bersedia untuk dimadukan. betul tak?...hahaha.....

Tragisnya....'perempuan sanggup buat pinjaman bank semata-mata untuk membiayai majlis perkahwinannya dek kerana si lelaki tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat'....saya tetap positif dengan perkara ini. Apabila si perempuan sanggup berbuat demikian saya beranggapan dia telah bersedia untuk menerima kesusahan di masa hadapan. Bukankah sebelum kita membuat sesuatu kita kena membuat pertimbangan, analisis apa kesan jangka pendek apa kesan jangka panjang?.... Bak kata pepatah melayu 'berani buat berani tanggung'. 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai'. Betulkah?

Apapun yang kita katakan apapun yang kita beritakan hanya mereka yang pernah mengalami kepayahan dan keperitan yang tahu. Itu sebab ada yang mengatakan 'bercakap memang senang tetapi setelah berhadapan dengan situasi sebenar ramai yang kandas menanganinya'... So, bagi yang masih hidup bahagia setakat ini, sayugia diingatkan jangan confident sangat jangan berlagak sangat.

Mkbs - minggu depan nak gi exam ptk tapi tiada teman nak gi...ingat nak naik teksi tp rasa tak berbaloi pula sebab persediaan saya untuk exam tu tak seberapa... kalau ada rezeki insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou