Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 28 November 2010

I'm Alone....


Two nights i'm alone at home... Huh!...much scare. Scare when i heard many sound. But actually it's ordinary.....and sometimes i like...really like this situation.... Juga hari pertama saya berpuasa ganti. Early morning before subuh i have to sahur....


Tadi jam 8.30 pm berlangsung majlis penutupan Sukan Asia ke-16, Guangzhou. Incheon, Korea akan menjadi tuan rumah pada 2014.

* Tahniah buat kontinjen Malaysia di atas kejayaan memperolehi 9 pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa. Ada atlit yang berjaya memperbaiki kejayaan ada yang menurun dan tidak kurang juga yang berjaya mempertahankan kejayaan.

* Badminton adalah sukan tumpuan saya. Hebatnya Datuk Lee Chong Wei. Beliau hampir-hampir berjaya merobohkan tembok besar China. Laporan akhbar mengenai kecederaannya memberi keyakinan pemain China untuk menang mudah. Lihat saja kemarahan Chen Jin apabila kalah. Katanya pihak media menipu. Lin Dan juga berkata begitu ketika kalah pada set ke-2. Kerana bagi mereka Datuk Lee Chong Wei adalah satu-satunya pemain yang boleh menyekat kemenangan mereka. Saya amat berharap Datuk dapat terus bermain sehingga dapat merangkul emas di Sukan Asia dan Olimpik mahupun Piala Thomas. Pelapis Datuk bagaimana ya....macam tiada ja.....


* Di Sukan Komenwel Sukan badminton menang besar manakala di Sukan Asia sukan milik sukan skuasy.


* Saya cukup terhibur dengan persembahan penyanyi Korea Rain (Bi). I love you.....


* Tidak dinafikan kehebatan China. Mereka serba-serbinya hebat. Malaysia mempunyai sekolah sukan tetapi kenapa jaguh-jaguh kita bukan lahir dari sekolah tersebut? Jadi apa fungsinya sekolah itu?


* Suatu masa dulu saya amat berminat dengan sukan renang. Alex Lim dan Kelvin Chia adalah jaguhnya. Daniel Bego? Seperti tiada bisa....

* Sepak takraw? Regu Malaysia terlalu ghairah apabila meraih mata sehingga hilang fokus. Regu Thailand memang hebat. Tiba-tiba saya terfikir kenapa regu negara gemuk-gemuk? Bila saja nak buat rejaman badan mesti terhempas. Regu Thailand slim-slim handsome lagi...(huhuhu...)


* Saya tidak suka cara bekas pemain gimnastik negara Nurul Fatiha membuat pengacaraan sukan di tv 1. Banyak salah dan tidak sesuai.


Drama Korea Tamra, the island.
Kasihan William. Kasihan Beo Jin. Kasihan Park Yu. Apakah dan bagaimanakah perasaan jika selalu disakiti, jika selalu dianiayai? Jika memilih untuk bersabar selama manakah ia mampu bertahan?


Mbks - i have no patient to buy a spectacle. But now i have no money. Not enough. I have to strong even my look really poor. Sick!!!....


SO - i'm never like him. And i'm not thinking about him. And i'm never ask with him about 3 years. But now he always come on my dream. Jiwa kacau betul. Forget it!


Ok i want to sleep now. Nanti nda bangun sahur....

Selasa, 23 November 2010

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur ..

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.

Iblis Bertanya Allah Menjawab

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
 "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

 Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


by Nor Abu on Sunday, October 17, 2010 at 11:33pm

 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA


Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

  
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Surah Al-Ahzab:71)

mkbs -  Sebagai panduan. Tak rugi jika diamalkan.

Nasib Baik....


'Flash Forward' abis suda... Nda sabar mo tingu sambungan dia.


Anugerah Juara Lagu

1) Faizal Tahir - hanyut
2) Shahir - kebahagiaan dalam perpisahan
3) Hafiz - noktah cinta
4) MUH - drama king ....layak juga??
5) Adira - ku ada kamu
6) Yuna - cinta sempurna
7) A.P.I - pelita
8) Tomok - berlari
9) Black - sofea jane
10) Hujan - revolusi....unlike
11) Faizal Tahir - selamat malam
12) Bunkface - extravanganza....ishh unlike too
13) Stacy - jahat
14) Ana Rafali - tolong ingatkan aku....bagus ambik lagu Adibah Nor...


**risau juga bila nama Stacy tak disebut. Nasib baik. My hope...Stacy will be do something different of her show as not like before this...should be more better...elegant, execlusif and beautiful. For win the best perform... Semoga percubaan ketiga akan membuahkan hasil.

Mkbs - Ada PTD baru balik kursus DPA tapi malas buat kerja. Ada pula yang baru nak pergi tunjuk muka berlagak....hahaha.....

Isnin, 22 November 2010

Pecah Rekod.....


Lama tak tengok Hyu Bin berlakon. Ataupun saya yang terlepas.....


13-21, 21-15, 10-21. Memang sengit. Sama hebat sama handal. Kedua-duanya belum pernah merangkul kejuaraan itu dan kedua-duanya mahukan kemenangan. Walaupun Datuk Lee Chong Wei tewas tetapi dia berjaya mencuri 1 mata. Tahniah kerana berjaya memperbaiki pencapaian berbanding di sukan Asia Doha lalu sekadar pingat gangsa. Tahniah juga atas semangat juang anda!... Mampukah Chong Wei melakar kejayaan seperti Taufik Hidayat? Pemain kelahiran Indonesia yang telah berjaya merangkul semua gelaran kemenangan di kejohanan besar. Mampukah Chong Wei merangkul gelaran juara di Sukan Olimpik dan Sukan Asia sebelum bersara?.... Tenaga semakin lama semakin berkurang. Bersukan tidak sama dengan menyanyi dan berlakon. Malaysia mempunyai jaguh no 1 dunia untuk sukan badminton dan skuasy. Persoalannya, pelapisnya sudah ada belum?


Mkbs - kejarlah impian anda selagi nyawa dikandung badan. Jangan jadi seperti saya yang berhenti separuh jalan. Membiarkan kaki melangkah mengikut gerak hati asalkan tidak terpesong dari landasan sudah memadai.....have a nice sleep...i hope when i open my eyes i can get a new spirit....:-*

Ahad, 21 November 2010

Just stay at home...


Lost my feeling...i have no idea what i'm talking about.... hahaha.... Sy nda sabar suda mau tunggu januari 2011. Yeaaaa.....



Today, i'm watching Guangzhou Game....double man's badminton. My dream are they will win the game. They should be a winner. Broke my heart. A little bit. Huh! What happen...... After this i hope Datuk Lee Chong Wei will give a execelent perform. Lin Dan or Park Ji Sung? Just beat it!... Can we get the gold, aren't?.... China have a advantage which play at they home..... But nothing imposibble. Who knows? I'm just gonna be say Insya-Allah. Malaysia will be a winner.... Lets together we pray for our player success....


I'm watching Shoutawards just now. Yuna got a 3 award. Congratulation! But i don't like her wearing... Apalah, pakai tudung but baju ketat. Tak seksi pun...hahaha.... Feel not good coz Stacy not at all. So this year i didn't used my force to vote anybody...



Early morning i want to jogging....

Khamis, 18 November 2010

Cukup Stres.....


Cukup tertekan...aku dah nekad untuk berhadapan dengan apa jua rintangan namun....aku akui terasa berat sekali. Sesak nafas. Aku mesti bertahan. Aku wajib bertanggungjawab dengan risiko ini. Aku mesti berjaya. Aku mesti berusaha. Aku mesti berani.


Masa berlalu dengan pantas. Apa pun yang terjadi life must go on. Selagi Dia tak ambil nyawa ini lakukan semua yang diingini.


Kita merancang Tuhan menentukan. Ya itulah realitinya. Aku dah terlalu penat untuk merancang tetapi tiada kesudahan. Lain yang dirancang lain yang jadi. Banyak yang dikorbankan. So tired.... Mungkin ada baiknya tak perlu merancang lagi. Selesaikan yang telah dirancang dan jalani kehidupan seadanya. So high my hopefully, i will more patient more strong to face at all. My God help me..,



Mkbs - my aim this time is....mau lulus exam kpsl n27 kertas A. Kenapa susah sangat mau lulus kertas tu....??... Bosan kerja w ni...



SO : Tahun 2011 : maybe.... stress of the year. Ready....it's not easy. But i still keep on my heart not. I hope so. Aku mengharap akan ada keajaiban..... Insya-Allah.



Rabu, 17 November 2010

Tension! Tension!!!....


Hari ni tension betul... Cermin mata patah. Oh!! Nak nangis rasanya..... I have no prepare about it. Bajet kosong. Huh!...nampaknya bulan ni terpaksalah pakai kanta lekap. Adus!!....


Mkbs - napalah cuai sangat ni....tak pasal-pasal duit melayang. Belanja buatnya bukannya murah. Cukup untuk belanja makan 2 bulan.

Ahad, 14 November 2010

Alamak...how to do?


I like take a picture but......



Huhuhu.....dah lama tak keluar jogging di hujung minggu. Tapak kaki ini terasa ngilu terasa berpasir. Kelmarin saya pergi taman rekreasi hospital Putrajaya. Pijak batu refleksi kaki selama 45 minit. Aduh! Walaupun sedikit sakit tapi wow sedapnya. Terasa selesa sekali. Tapi belum puas lagi. Minggu depan kena pergi lagi.

Pagi tadi jogging dekat flat hijau. Just 45 minute only. Tapi yang dahsyatnya penat jogging tiba-tiba tengahari kawan serumah balik dari exam belanja KFC. Hahaha....rosak-rosak. But whatever it's all right. Semoga dia lulus dengan cemerlang. Insya-Allah.


Sekalung tahniah buat adikku Noor Haidaiyah kerana telah berjaya memperolehi 2A 3B dalam UPSR. Semoga dia akan terus cemerlang.
Cuma saya risau dengan Siti Khadijah. How about her's PMR? Walaupun kami tidak menekan untuk dia perolehi keputusan yang lebih baik, i hope she do the best.

Sabtu, 13 November 2010

Butterfly....


Tiba-tiba rama-rama ni ada dalam bilik. Halau-halau tak mau berganjak. Apalah dia buat tu? Semoga ia tiada kaitan dengan saya dan keluarga. Amiin. Hei, rama-rama cepat pergi dari sini. Saya nak tidur....


Mkbs - lepas subuh nak pi pijak batu...

Jumaat, 12 November 2010

Kalah gima kami....


Pengurus (tudung biru) tengok Azean berlatih 'batu seremban'.


Sungguh kecewa. Tak berjaya masuk ke separuh akhir. Kalah kali kedua. Tempat yang sama pada tahun 2008. Tapi apa nak buat. Tiada rezeki. Cuba lain waktu...

Bisuk pagimo pi injak watu.. ...

Batu Seremban....


Batu seremban oh batu seremban.... Sudah 4 kali....tapi belum pernah jadi johan. 2 kali dapat 2nd runner, 1 kali 3nd dan 1 kali fail. Dan yang kalah itu game diadakan di aras 7. Kali ini juga akan diadakan di situ. Huh! Janganlah....my target is final. But this is a group competition. Hope they have think as like. I know imposibble to fight BKP but atlease have to try... Mana tau ada rezeki...insya-Allah.

Kelakar juga tu cina...buka laci... Believe it...all of people love kebersihan. But they too much work to do so they are have nothing time to do it. Just do it...for yourself.


Mkbs - kalau kita selalu mengharap balasan yang setimpal dengan perbuatan kita,...kita pasti akan kecewa.


Ok i want to sleep now. Hope have a shining day after i open my eyes....bye

Khamis, 11 November 2010

Auh mungkodom oh mato....


Huhuhu....3 budak nakal suka main air...1 sakit kaki tinggal berapa?


Terharu dan bangga. Masa balik kerja tadi naik bas nadiputra, pemandunya seorang wanita. Wow! Cara pemanduannya bagus. Laju memang laju. Lalu di laluan berbonggol tetap cermat. Harap-harap wanita itu terus berkhidmat dengan cemerlang.


Kabarnya pukul 11 pagi nanti ada lawatan QES. Risau dibukanya laci. Harap-harap dia tidak berkesempatan melakukan semua itu...tak datang terus lagi bagus....amiin...

Rabu, 10 November 2010

Ada Saja Masalah....


Olaid no auh nakakan do jagung....



Stres betul dekat ofis. Bayaran elaun luar negara Biasiswa Agong lebih 14 hari. Bosan dah asyik-asyik nak push. Lagi-lagi dengan Cimb bank. Hairan juga... Masalah ni kan selalu berulang kenapa bos-bos tu tak bincang dengan AG kenapa bank selalu lewat proses? Bila nak minta tolong bank durang cakap kena ikut giliran. First come first serve. LDP kan selalu nak segera.... Cuma yang hairannya kenapa mereka ambil masa sampai seminggu untuk kreditkan. Saya fikir positif. Sebab kerja banyak staf tak cukup. Lagipun ada juga bayaran yang tak sampai 10 hari biarpun tak minta urgent. Tapi masalah bayaran LDP SL itulah selalu. Walaupun kena marah saya reda saja asalkan my part ok. Tapi yang tak sedap didengar datin tu cakap 'apa korang buat kat atas. Tak buat kerja ke? Kerja gossip jer?'. Bukan itu saja siap gertak nak telefon timbalan. Wow! Sentap jugalah... Takkan peristiwa 2008 berulang lagi. O no! But what can i do? Malas mau fikir... Semua bayaran mau push nda lama jadi gila....hahaha.....

Isnin, 8 November 2010

Seronoknyeee....


Cuti panjang raya lalu tapi nda sampat makan sambal tapayas.


Wow! Seronoknya cuti. If can i want to ......but enough baby. So hate when think about office. Till i do this part from a half 2007, this year i feel so trouble. So busy. Why? Hairan taU....

Miss to back home. Miss to talk my mum, play with sister and miss they cook. At here...eat alone making me.......???... But what more can i do? I like stay at home... Boring with a place that many people. It was so bore. Just now my favourite tv device on air...everyday i wait it. Can't miss although 1 second. On Monday at 8tv 8.30pm to 9.30pm ; korean drama Style, 9.30 to 10.30 Flash Forward and 10.30 to 11.30 Criminal Mind. On Tuesday as usually i will watch korean drama and then The Vampires Diarys. But at 8.30 to 9.30 advertise time i also watch Singapore chinese drama The Pupils at ntv7. Wednesday to Friday i just watch korean drama. And i always waiting for is Korean drama at 8tv every saturday at 6.30 to 8.00pm. The title of the drama is Tamara, The Island. On Sunday i waiting for Japan drama Buzzer Beat also at 8tv that on air 3pm. And the last one my favourite drama is Fringle on air at ntv7 at 8.30 to 9.30pm. So at the time my phone will be silence. Anytime i make it divert call. Excepted if any appoiment...hehehe..... Oh no time showing 12.55am. Tommorrow have to get up early. Have to work... Oooo..... Nababasan oku no mangamal ti karaja .....nga kuroyon podi. If i get a chance after this i get it.


Mkbs - if u alone this life feel like so bore. But if u have somebody or more u will make many sins. So just u only u can do the choice. Whatever u choose if u can make it colourful, nothing cause u feel loss. Nothing cause u should be give up but don't make a same mistake. U should keep yourself from injured. U should know at all....u should make a prepare to pace at all...cry when u need...if it can make your heart easy...but don't give a people look...sometimes u should make it secret.... Remember my x-school friend said 'if u love someting don't over because if u see the weaks u will more disappointed'... Bye

Khamis, 4 November 2010

Rahsia Disebalik Pangkal Nama Menurut Islam

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.
Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.
Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang. Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu’, sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga. Walaupun berbau `agak perkauman’, masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan. Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak ‘menggugurkan’ atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.
“Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.
“Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon.
Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.
Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.
“Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.
“Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik..
Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda?

BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double!
Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih’?
“Tidak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah.
“Dalam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah,” kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud.
Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras. Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa’. Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa.
Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat.

Apa ada pada nama?

MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga ‘tekanan’ khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata.
i-Kon cuba ‘menyelami’ identiti mereka yang mempunyai pangkal nama istimewa yang tidak dimiliki sebarangan orang dan berkongsi pandangan mengenai identiti mereka, asal usul keturunan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan dalam keturunan mereka.


Nik Norma

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.
Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. “Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.
“Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’,” katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?
“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.
“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.
Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. “Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.


Aida

BERBEZA pula dengan Aida S Kadir, 36 yang tidak meletakkan nama Sharifah di pangkal nama, sedangkan bapanya adalah dari keturunan Syed. Nama sebenar bapanya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir.
Kata Aida, susur jalur keturunan gelaran Syed dalam keluarganya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir bin Sheikh @ Syed Omar bin Tunku Syed Abdul Rahman al-Qadri (Pembesar Linggi Negeri Sembilan) – pembesar Melayu zaman British.
Namun, bapanya juga tidak meletakkan nama Syed dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk kelebihan dan keistimewaan nama dimiliki keluarganya itu. Bagaimanapun, kata Aida, dua abangnya mengangkat sumpah untuk mendapatkan semula gelaran Syed dengan alasan untuk memelihara keturunan Syed pada generasi akan datang.
“Dari cerita bapa, saya dari keturunan al-Qadri dari Riau Sumetera, suku sakat yang membuka Negeri Sembilan. “Walaupun saya tidak memegang gelaran Sharifah, dua anak kembar saya yang berusia dua tahun dinamakan Putri iaitu Putri Maryam Idez Azlisham dan Putri Khadijah Idez Azlisham,” kata anak keempat dari lima beradik ini.

Info JPN
JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.
Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.
Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).


NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.


NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian

Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis

Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin

Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo


mkbs - Sekadar untuk bacaan dan pengetahuan bersama. Mungkin boleh dijadikan panduan. Siapa tahu?