Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Selasa, 15 Januari 2013
Twitt IM Ustaz Hassan, Ustaz Don, ustaz Idrus. Saya suka baca suka twitt mereka. Emmmmm.....memberi peringatan kepada diri sendiri.......terima kasih.
"Jika kita marahkan dia jangan sampai tak nampak lagi kebaikkannya. Jika kita menyukai dia jangan sampai tak nampak lagi keburukkannya"
"Jangan kita bangga dengan pakaian kita yg mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yg berwarna putih"
"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita."
Si miskin naik kereta kancil, Si kaya naik kereta ferrari, Apabila mereka sudah mati, kedua-duannya naik van jenazah, Allah Itu Maha Adil..
Apabila seorang prempuan itu mengalirkan airmata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Tiada abang angkat atau adik angkat dalam islam.
SAHABAT yang baik adalah sahabat yang memimpin tangan kita ke JANNATUL FIRDAUSI , bukannya yang menolak kita ke NERAKA .
Jagailah ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan menjagai kamu.
"Jagalah tepi kain orang lain, jangan asyik untuk menyelaknya. Jagalah tepi kain sendiri, jangan sampai terselak"
Tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan dibakar di Api Neraka.
Ada perlawanan bola sanggup datang. Ada konsert maksiat sanggup tonton. Ada kuliah Maghrib tepi rumah buat bodoh je.
"Kita tak boleh mengubah takdir Allah,tapi kita boleh pilih jalan yg terbaik untuk menguruskan takdir yang telah ditetapkan ke atas kita"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou