WALAUPUN SEKIAN LAMA dilihat sebagai lambang islam yang paling unik, yang mengejutkan ialah tidak ada satu pun ayat Quran menyeru wanita muslim memakai hijab. Tradisi memakai tudung dan mengasingkan diri diperkenalkan di Tanah Arab lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad, terutamanya melalui hubungan Arab dengan Syria dan Iran di mana hijab merupakan tanda status sosial. Dalam Ummah, tradisi memakai tudung tidak wujud sehingga sekitar 627 masihi apabila kononnya 'ayat hijab' tiba-tiba diturunkan kepada masyarakat itu. Namun begitu, ayat tersebut tidak ditujukan kepada kaum wanita secara umum sebaliknya ia ditujukan khusus buat isteri-isteri Nabi : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi ....kecuali kamu dijemput. Dan jika kamu dijemput maka masuklah....janganlah duduk memperpanjang percakapan. Dan apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri-isteri Nabi maka mintalah dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka" (33:53). Sekatan ini sememangnya masuk akal apabila kita mengingati kembali yang rumah Nabi Muhammad juga menjadi masjid masyarakat: pusat kehidupan agama dan sosial Ummah. Menjelang tahun 627, apabila baginda menjadi pemimpin yang sangat berkuasa, pengasingan terpaksa dilakukan bagi mengekalkan kehormatan isteri-isteri baginda. Oleh itu, wujudlah tradisi memakai tudung dan mengasingkan para wanita paling utama dalam masyarakat daripada pandangan orang lain, tradisi yang dipinjam dari wanita-wanita kelas atasan Iran dan Syria.
Hakikat bahawa pemakaian tudung diwajibkan hanya kepada para isteri Nabi lebih jelas lagi pada hakikat bahawa istilah memakai tudung, darabat al-hijab, digunakan secara sinonim dan bertukar ganti dengan "menjadi isteri Nabi Muhammad". Atas alasan ini, sewaktu hayat Nabi, tiada wanita lain dalam Ummah yang memakai hijab. Sudah pasti, semua orang beriman diseru untuk memelihara kehormatan mereka dan kaum wanita khususnya diarahkan untuk "melabuhkan pakaian mereka supaya menutup tubuhnya; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) agar dengan itu mereka tidak diganggu" (33:59). Lebih terperinci, kaum wanita harus "memelihara kehormatan mereka....dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian (khamr) menutupi dada mereka" apabila berada di kalangan lelaki-lelaki asing (24:31). Namun demikian, seperti yang diteliti oleh Leila Ahmad, tidak terdapat dalam seluruh al-Quran istilah hijab yang diterapkan kepada mana-mana wanita lain kecuali isteri-isteri Nabi.
Sukar untuk dikatakan dengan pasti ketika mana tudung diterimapakai oleh anggota-anggota Ummah yang lain. Kemungkinan besar ia diterima lama selepas kewafatan Muhammad. Wanita muslim mungkin mula memakai tudung sebagai cara untuk mencontohi isteri-isteri Nabi yang digelar sebagai "Bonda-bonda Ummah". Namun demikian, pemakaian tudung tidak diwajibkan mahupun diamalkan secara meluas sehinggalah beberapa generasi selepas kewafatan Nabi Muhammad, apabila sekian banyak sarjana kitab dan perundangan yang terdiri daripada kaum lelaki mula menggunakan kuasa agama dan politik mereka untuk mendapatkan semula dominasi mereka ke atas masyarakat yang telah hilang, kesan daripada reformasi kesetaraan yang dilancarkan oleh Nabi.
- Petikan daripada buku Tiada Tuhan Melainkan Allah oleh Reza Aslan.
Mkbs - ingat pesan ustaz Idrus 'tutup aurat tak semestinya pakai tudung'... Lihat saja trend wanita-wanita memakai tudung pada masa kini. Bermacam-macam.....cuma yang tak elok pakaian ketat. Terutamanya part dada. Kalau 'ninin' tu saiz harga 50sen oklah. Macam mana kalau 'ninin' harga 2 ringgit dan ke atas?
saya tak faham, maksud saudari pakai hijab tu tak wajib ke, atau tutup aurat tak wajib?
BalasPadam