Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 16 Januari 2013

Bila Diuji


Bila manusia diuji dengan kesusahan ramai yang tabah tapi bila manusia diuji dengan kesenangan ramai yang rebah. Betul bukan? Ketika dalam susah kita berusaha untuk menabahkan hati menguatkan semangat. Setiap detik dalam solat tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar dikuatkan iman ditetapkan di jalan yang diredhai. Mahu bangkit semula menikmati kesenangan dan kepuasan hidup. Mahu bangkit dari kegagalan agar tidak dipandang rendah. Mahu membuktikan pada dunia bahawa dia juga mampu mencapai impian seperti orang lain. Kesenangan dan kemewahan hidup adalah impian setiap insan. Setelah berjaya mengecapi kesenangan mengapa doa yang dahulunya menghiasi segenap ruang kehidupan terabai? Dilupakan?. Dari kesusahan kepada kesenangan. Dari kesenangan kepada mengekalkan kesenangan itu sendiri... Ketika susah kita berusaha untuk bangkit agar tidak dipandang rendah. Tapi setelah berada di atas kenapa memandang rendah kepada orang lain? Teringat kata-kata seseorang 'jangan mencabar kemampuan orang yang tinggi ilmunya dan yang senior dari kita. Mencabar diri sendiri adalah lebih baik'. Saya ada terbaca twitt seorang hamba Allah katanya, 'terlalu penat menghadapi liku kehidupan!. Saya mengandaikan dia adalah insan terpilih yang amat bahagia. Nampaknya dia tidak cukup bahagia. I just smile. Hati kecilku berkata 'lain kali jangan berlagak sangat'...(harap dia bahagia tapi ingin lihat dia tersungkur...). Tak salah bukan? Kadang-kadang teringin seperti mereka...namun komitmen lain tidak mengizinkan. Keinginan perlu dicapai dan dilaksanakan satu persatu. Kita tidak boleh melawan takdir tapi kita mampu menguruskan takdir kita. Walaupun ada sekelumit rasa cemburu tidak mengapa. Cemburu itu mungkin mampu membantu kita mencapai hasrat yang diingini secara perlahan-lahan. Kadang-kadang terasa diri sering disusahkan. Mengapa mereka berbuat demikian? Atau ia sekadar kebetulan. Hati selalu berkata, alangkah bahagianya jika aku dapat melarikan diri. Sesuatu keputusan dan risiko yang diambil ada harganya. Kadang-kadang hati merungut sendirian. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap perpisahan ada permulaan. Apabila terdapat kesilapan kita berkata, tiada manusia yang sempurna. Tapi dalam masa yang sama menunding jari kepada orang lain tanpa menyedari kesilapan diri sendiri. Saya suka dengan kata-kata ini 'jangan berjanji ketika gembira, jangan buat keputusan ketika marah'. Saya selalu terkena dan akhirnya menyesal. Tapi tak serik-serik. Walaupun bom nuklear jarang meletup tapi kesannya di luar jangkaan. Hati sendiri yang pilu. Tiba-tiba teringat dialog drama slot samarinda 'biar malu sekali jangan menyesal seumur hidup'. Apa maksudnya itu?
Aduh...saya taip apaini? Macam tidak habis cerita saya. Tergantung....saya pun tidak faham. Hahaha.... Tidak dapat tidur ba kenegi...


Mkbs - Nik Aziz kata 'penggunaan nama ALLAH oleh agama lain mengarut'. Kenapa tak cakap 'TAK BOLEH'. Cakap berbelit-belit. Kalau beginilah keadaannya...jika parti pakatan berjaya memerintah kemungkinan besar Malaysia akan menjadi seperti Indonesia. Indonesia membenarkan MURTAD. Kalimah ALLAH juga digunapakai oleh agama lain. Tunggu dan lihat bagaimana kesudahannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou