Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 7 Januari 2013

STACY kandas lagi di AJL 27


Anugerah Juara Lagu ke 27, 2012

Persembahan pembukaan.

Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir. Cantik. Macam muzik vedio pun iya. Faizal Tahir bagi Intan Lidyana sejambak bunga...


Ombak Rindu / Nurzaidi Rahman /
Hafiz dan Adira
- huh! Pentas penuh bunga. Beautiful!. Bestnya.
- Adira kena dukung Aron Aziz. Really like.

Patah Seribu / Shila Amzah
- sebutan 'telefon' dah jadi slang Indonesia dah.
- persembahannya biasa saja. Ringkas. Malas kali mo buat gempak-gempak bukan menang pun. Lagipun dah menang di Anugerah Planet Muzik 2012, kan?

Simetri / Audi Mok / Zel Firdhaus Haduan / Hazama dan Amy Search
- rambut tu...negro ka?
- saya suka permulaan lagu ni. Owaauuh...
- ala-ala 'beat it'.

Idola / Audi Mok / Azlan and typewriter
- muka tu menggerutu?..siapa yang pakai baju bendera Malaysia tu? Gerak gerinya...rentak tarinya macam pencuri berjalan berlari terbongkok-bongkok. Mungkin hantu allahyarham Sudirman sedang mengejar Azlan.
- hehehe...kawan tak tengok, tak suka katanya.

Pelangi Senja / Taja / Tun Teja / Stacy
- bayangkan jika penari tu terlebih tarik kain ala-ala pelangi tu...huhu..
- like it! Berdiri bulu roma. Sedih dan beremosi. Pertama kali saya terharu dengar Stacy nyanyi lagu ni. Bertenaga. Saya juga suka vokal Stacy.
- but you know Stacy, saya mengharap lebih dari itu dan saya percaya Stacy boleh buat lebih dari itu. Persembahan tu tak ubah macam muzik vedio asal. Next time do the best more than that.

Lagu / Bo Amir Iqram / Bedroom Sanctuary
- fun! Di alam fantasi.

Juara Lagu AJL Mobile : Ombak Rindu

Tanpamu / Amir Jahari
- adui...muka comot. Main cat ka? Hahaha....
- peninglah...

Teman Pengganti / Malique / Black dan RJ
- saya suka intro lagu ni. Macam ada iras lagu lama. Lagu apa ya...
- kata rapper laju...tak laju pun. Kalau takat itu aku pun boleh buat...
- nampak sangat Black nak menang vokal terbaik.

Terukir Di Bintang / Yuna
- disampaikan oleh Aizat.
- tak sedap Aizat nyanyi. Tiada dinamik. Terukir di bintang berubah menjadi jerrypah. Hahaha... Kalau lagu ni menang bukan kerana penyampaian Aizat...

Kuakui / Ajai / Hafiz
- i really love this song. The melody and lyric. Also like his tone and vocal.
- pemain biola tu emosi sungguh wajahnya...
- simple!

Andai Ku Bercinta Lagi / Edry Abdul Halim / Mojo
- wow...Marsha cantiknya ko.
- saya suka. Sedap dan bertenaga.
- Aweeraaa...i love you just now. Hahaha...saya harap lagu ni berada di top 3...

Anak Kampung / Jimmy Palikat dan One Nation Emcee
- hahaha...macam copy konsert Tok Ti. Jimmy naik basikal ba...
- satu Malaysia kaini? Ada tarian manggunatip (betul ka ejaan ni...) lagi...
- lakonan bapa dan anak yang menangis 'tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..' tak bleh bla...hahaha... Menghiburkan!

Persembahan Penutup

Pemain gitar tu...woww!!

Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey BPR dan Ramli Sarip. Rock never die!!.. Persembahan mereka memang superb!. Terutamanya Ramli Sarip. Macam konsert Ramli Sarip dah. Lebih dahsyat daripada peserta bertanding. Kata Tengku Aidil akan buat persembahan...tiada pun...Emmm... Apa-apa pun saya suka gandingan pengacara Faizal Ismail dan Cheryl Samad.


KEPUTUSAN PENUH

Juara : Terukir di bintang / Yuna

Kedua : Idola / Azlan Typewriter / Audi Mok

Ketiga : Kuakui / Hafiz / Ajai

Vokal Terbaik : Hafiz / Kuakui. (Hebat. Sudah tiga kali menang vokal terbaik di pentas AJL)

Persembahan Terbaik : Teman Pengganti / Black dan RJ. (Kategori ni atas undian penonton)

TAHNIAH! semua.

Mkbs - kecewa ratu pop dance tak menang. Bukan rezeki. Belum ada tuah untuk menang. Teruskan berusaha. Jaga diri hiasi peribadi. Have a nice dream! Wo ann... Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou