Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 27 Januari 2013

Sungai Bunsit


Hari ni kami sekeluarga dan adik bongsu perempuan mama bersama anak perempuannya keluar mengambil angin di sungai Bunsit. (a.k.a picnic...hehehe...). Sampai pukul 10am dan balik pukul 1pm lebih. Puas mandi. Adik-adik mandi sampai tak ingat dunia. Saya mandi kejap saja. Tak tahan. Sejuk ba. Sakit-sakit badan kelmarin belum hilang lagi. Taman bunsit ni tidaklah sehebat...secantik mana.... Ada yang kata ada ikan dalam sungai. Tiada pun. Ceh!... Masuk tandas 30sen tapi tiada air. Ceh!... Apa kes?.... Positif thinking...mungkin tempat ni pernah kena banjir. Alasan!... Tapi menjelang pukul 12pm orang yang datang semakin ramai. Nasib baik kami datang awal. Dapat tempat @ pondok teduhan yang bagus dan sesuai. Walauapapun janji adik-adik happy.... (Sebenarnya rancang nak pergi Poring). Yang kelakarnya sampai rumah mereka merungut. Ingatkan apa....rupa-rupanya sebab muka sudah jadi merah. Sekejap lagi akan berubah warna dan rasa... Hahaha...kotoh! Isai menuhu... Hari ni juga rumah jiran sebelah ada majlis perkahwinan. Pengantin perempuannya sepupu saya. Sekarang durang sedang busy dengan acara berkaroke. Emmm...bapa dan adik bongsu (nung-nung) saja yang pergi. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru. Hiduplah dengan bahagia. Buktikan anda lebih bahagia daripada mereka yang tidak menyukai.


Mkbs - saya difahamkan kematiannya disebabkan disihir. Terkilan kerana orang yang berbuat demikian kawan sepejabat. Dengki, iri hati. Kenapa perlu dengki dengan kebaikkan dan kehebatan orang lain? Saya yakin orang yang berbuat demikian akan terima balasannya. Bila sendirian, saya terfikir...sedikit rasa takut. Walaupun saya rasa saya tidak pernah kacau hidup orang lain...walaupun kadang-kadang bila saya marah mulut saya jahat ... Saya tidak tahu penerimaan orang lain. Sihir ada di mana-mana. Siapa-siapa boleh terkena. Walaupun saya tak akan buat kerja haram tu tapi saya mungkin akan terkena. Sama ada oleh rakan sepejabat, rakan lama, jiran sekampung kiri kanan depan belakang...mungkin kawan yang pernah anggap saya kawan baik, mungkin juga adik-beradik saudara-mara...saya tak akan tahu. Ummm...ajal maut ketentuan Allah. Tawakal saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou