Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 13 Januari 2013

Air Mineral Tidak Selamat


Emmm...tidak mengejutkan tapi sedikit takut. Hasil kajian penyelidik pasaran Mintel, air minuman dalam botol lebih mudah tercemar dan menjadi sumber pencemaran berbanding air paip. Air paip mengandungi klorin yang menghalang penyebaran pencemaran bahaya seperti jangkitan bakteria. Berbeza dengan air minuman botol kerana pengeluarannya hanya menjalani ujian bulanan terhadap sumber produk tersebut. Minuman botol juga berada dalam simpanan selama beberapa bulan sebelum dijual. Air botol juga tidak mengandungi bahan tambahan pembasmi kuman seperti klorin.
# Pada tahun 1990 sebuah firma menarik balik berjuta-juta air minuman botol di seluruh dunia yang dikesan mengandungi benzin #.
Saya agak risau kerana saya lebih suka minum air mineral. Saya membelanjakan lebih RM50 sebulan untuk membeli air mineral dan ia adalah air minuman utama saya. Emmmm......

Hahaha.....kelakar. Orang gemuk panjang umur. Saya berusaha untuk mengurang dan menstabilkan berat badan, tiba-tiba keluar jurnal persatuan perubatan Amerika...mereka yang mempunyai lebihan berat badan adalah enam peratus kurang untuk mati berbanding mereka yang memiliki berat badan normal. Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes dilihat tidak begitu menjejaskan kesihatan. Jadi....kalau selesa dengan kegemukkan dan keobesan anda tak payah merungut-rungut bagai. Kalau tidak selesa makanya jagalah berat badan. (Me too...).
Hari ni saya beli akhbar berita harian. Anugerah bintang popular berita harian 2012 Zizan dan Neelofa unggul dengan 3 kategori. Zizan tu saya tak hairan tapi Neelofa? Tiada satu pun lakonan drama Neelofa yang saya ingat. Ada ke? Filem? Yang saya tahu filem Azura. Itupun kutipan tak sampai sejuta. Tapi...walaupun saya tak tahu dia berlakon drama mana...saya undi untuk dia... Saya pasti dia akan cemerlang sedikit masa lagi.
Tadi saya tengok satu rancangan tv di Hong Kong. Lebih kurang rancangan mencari bintang di tv2. Saya suka pengacara perempuan tu. Seorang peserta perempuan tidak yakin dengan kecantikkan wajahnya. Kata hos perempuan tu, di awal pembabitannya dalam bidang pengacaraan dia tidak cantik. Dan dia tidak pernah melakukan pembedahan. Jika kamu lihat dia cantik sekarang itu kerana dia sudah 10 tahun pengalaman. Kata-katanya sangat bagus.


Mkbs - tak sabar nak balik kampung. Menghitung hari....tapi masalahnya barang banyak...uuhhh....janji balik dan happy...'wahai sang pelangi indah...cepatlah muncul...bawa daku pergi...'

What happen???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou