Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 4 Januari 2013

KEBEBASAN WANITA

KEBEBASAN WANITA

Etika Pertemuan Lelaki dan Perempuan

1. Kepentingan pertemuan : Topik perbualan haruslah dalam batasan yang baik dan tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran. Dalam setiap pertemuan mestilah ditentukan kepentingan tujuan utama. Pertemuan yang banyak dihiasi gurau tawa merupakan pembuka jalan kepada kemungkaran. Namun keseriusan bukanlah bererti mutlak. Jika sekali-sekala ada gurauan secara spontan yang dapat mengakrabkan dan menceriakan suasana, hal itu tidak menjadi masalah jika tidak bertentangan dengan tujuan pertemuan. Sebagaimana hadis riwayat HR Bukhari dan Muslim.

2. Menahan pandangan : (surah An-Nur : 30-31). Menahan pandangan hukumnya wajib. Ibnu Abdilbarr berkata "diperbolehkan melihat itu di antaranya mata dan kedua telapak tangan, tapi dengan syarat pandangan tersebut tidak mencurigakan. Adapun pandangan kerana syahwat dikatakan haram meskipun tertutup pakaian apalagi melihat wajah wanita yang sedang terbuka". Jelas sekali bahawa pandangan yang diiringi nafsu/syahwat sangat terlarang. Nabi SAW mengatakan "zina nafsu adalah berharap-harap dan berkeinginan". Perintah menahan pandangan kerana ditakuti terjadi fitnah. Namun ada situasi tertentu yang membenarkan pandangan tersebut seperti dalam majlis-majlis tertentu asalkan tidak didasari pada syahwat dan kedua-duanya berniat dan melaksanakan menahan pandangan.

3. Menghindari jabat tangan pada situasi umum : Sentuhan adalah haram kerana sentuhan lebih kuat merangsang syahwat berbanding pandangan. Riwayat HR Bukhari dan Muslim (32)(34) dan HR Thabrani (33). Diperbolehkan menyentuh ketika ada keperluan dan jauh dari fitnah. Hadis riwayat HR Bukhari dan Muslim (36)(37)(38)(40)(42). Namun kesimpulannya, Rasulullah SAW tidak mahu berjabat tangan dengan kaum wanita. Berjabat tangan secara umum tidak disenangi oleh Rasulullah SAW.

4. Memisahkan lelaki dan perempuan dan tidak bersesak-sesak : Kaum wanita tidak boleh berjalan di tengah-tengah jalan. Kaum wanita haruslah menghindari bersesak-sesakkan di jalan dan di tempat perkumpulan umum. (HR Bukhari(47)).

5. Menghindari khalwat : Dari Ibnu Abbas r.a, dari Nadi SAW bersabda 'janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya'. Hadis riwayat HR Bukhari (51).

6. Izin suami : hendaklah mendapat kebenaran atau keizinan suami jika suami berada di rumah. 'Seorang lelaki tidak dibolehkan masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada kecuali dia bersama seorang atau dua orang lelaki'. (HR Muslim(61))

7. Hindari pertemuan yang lama dan berulang-ulang : Contohnya kunjungan berulang-ulang dengan jarak waktu sangat dekat antara karib kerabat dan teman-teman apalagi jika pertemuan tersebut berlangsung berjam lamanya. Namun hal yang berkaitan dengan tugas yang menuntut pertemuan yang berulang-ulang untuk berkerjasama dan bertukar fikiran atau hal-hal yang memberi manfaat dibolehkan asalkan sentiasa berwaspada dan terpelihara akhlak yang baik.

8. Menghindari tempat yang mencurigakan : Sabda Rasulullah "tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukan kamu". Jauhi perbuatan dosa. Allah SWT berfirman "....dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi...." (al-An'am : 151). Di antara dosa yang jelas adalah lalai dalam menerapkan etika pertemuan dan di antara dosa yang tersembunyi adalah perasaan menyukai dan menyenangi sesuatu yang haram serta ingin mendapatkannya lebih banyak lagi.


Etika Khusus Untuk Kaum Wanita

1. Berpakaian sopan : Allah berfirman "...dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya...". "...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa daripadanya..." (an-Nur : 31). "...dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu..." (al-Ahzab : 33). Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua golongan penghuni neraka.......dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang". Hadis riwayat Muslim(67).

2. Tidak memakai wangian : Dari Zainab, isteri Rasulullah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : 'apabila salah seorang di antara kamu (kaum wanita) ingin solat di masjid maka janganlah memakai wangian' (HR Muslim(70)). Dalam hadis lain, dari Abu Musa al-Asy'ari, Rasulullah SAW bersabda : 'apabila seorang wanita memakai wangian lalu dia melewati kaum adam sehingga mereka mencium aromanya, maka dia adalah wanita begini dan begini.' Rasulullah SAW mengatakannya dengan nada tinggi. (HR Abu Daud(71)). Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa dibolehkan memakai wangian asalkan tidak berlebihan dan tidak menarik perhatian.

3. Serius dalam berbicara : "...maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..." (al-Ahzab : 32)

4. Tenang dalam bergerak : "...dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (an-Nur : 31). Jalan berlenggang-lenggok juga tidak dibenarkan kerana pergerakan tersebut menarik perhatian kaum adam untuk melihat.


mkbs : Membaca buku berkaitan kebebasan wanita amat mencabar. Apalagi human like me yang lebih suka membaca buku berkaitan penyiasatan, thriller something like that. Insya-Allah, saya akan membaca buku ni sehingga habis before i off. Banyak ilmu dan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Perkara yang saya tahu tetapi tidak diamalkan, perkara yang saya tahu tetapi semakin dilupakan...peringatan sentiasa diperlukan dalam hidup seharian. Pergaulan wanita memang banyak batasannya. Kadang-kadang hukum agama terkebelakang disebabkan fikiran berdasarkan logik.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou