Tahukah engkau telah melukai hatiku? Tahukah engkau telah menyakiti perasaanku? Tahukah engkau betapa dalamnya luka hatiku? Tahukah engkau bahawa kau telah mengecewakanku?Tahukah engkau betapa aku menyayangimu? Tahukah engkau aku amat menghargaimu? Tahukah engkau betapa tingginya nilaimu terhadapku? Tahukah engkau betapa aku menyukaimu? Walaupun kau bakal pergi meninggalkanku aku mahu mengatakan bahawa aku amat menyayangimu, aku amat menghargaimu, aku amat menyukaimu...menjagamu dengan penuh kasih sayang...sesungguhnya memilikimu bukan suatu keputusan yang mudah bagiku...menyingkirkanmu amat melukakan hatiku. Biarpun engkau tengah nazak aku masih setia menggunakan khidmatmu sehingga ke titik noktah terakhir. Dan aku mahu engkau tahu sehingga kini aku masih berusaha untuk memulihkan keadaanmu seperti sediakala.Dan kesempatan ini juga aku mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas perkhidmatanmu dalam tempoh ini. Jasamu akan tetap kukenang sampai bila-bila. Aku memohon maaf andai aku terpaksa membuangmu suatu ketika nanti. Terima kasih wahai TELEFONKU... .hahahaa....siut saja kan?...sedih...sekarang ni aku guna telefon adik aku..itu nasib baik diberi pinjam...bukan senang aku nak beli benda yang ????....tiga kali pi kedai telefon tak jalan juga. kejap saja ok. lepas tu ko balik. Nanti ada masa nak try repair di mines pula...
mkbs - emmm....rupanya message ni tak berjaya publish...tak perasaan pun. So, now i click publish. hahahaa...nak terpublish suda....(rupanya banyak lagi yang tak berjaya publish...mungkin disebabkan kerosakan my phone...)..tak sempat nak click publish...huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou