Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 7 Februari 2013

Ceramah Maulidur Rasul 1434H

Lama tak hadir majlis ilmu. Ambil kesempatan ketika ada kelapangan, kerja tidak sibuk. Ceramah nilai murni Maulidur Rasul 1434H yang diadakan di auditorium aras 4, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Penceramahnya ialah Ustaz Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim. Bagus ceramahnya. Diselitkan dengan contoh-contoh yang kelakar. Walaupun kelakar tetapi ia sebenarnya perkara benar yang menjadi rutin kehidupan kita. Ringkasannya :-


3 Tanda Orang Beriman
  1. Hatinya tidak terpaut pada dunia - urusan dunia tidak melekat pada hatinya.
  2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu keduniaan yang berlebihan
  3. Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia

3 Tanda Orang Alim
  1. Jujur dalam berkata-kata
  2. Menjauhi segala yang haram
  3. Rendahkan diri

3 Tanda Orang Jujur
  1. Merahsiakan ibadahnya - ibadah waktu malam
  2. Merahsiakan sedekahnya
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya

3 Tanda Orang Bertakwa
  1. Takut berlaku dusta dan keji
  2. Menjauhi kejahatan
  3. Memohon yang halal takut jatuh kepada haram

3 Tanda Ahli Ibadah
  1. Mengawasi dirinya
  2. Menghisab dirinya
  3. Memperbanyakkan ibadah 


* Jangan melayan rasa marah
* Jangan mencela makanan - jika makanan tak sedap atau tak suka makanan yang terhidang diam dan
   jangan makan. Jangan mencela dan menghina makanan tersebut.
* Berwuduk dan berzikir sebelum tidur

mkbs - banyak pengajaran dan peringatan yang diperolehi. Syukur al-Hamdulillah. Perlu dipraktikkan dalam tempoh 21 hari Inysa-Allah akan menjadi tabiat - kata Prof Dr Muhaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou