Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 18 Februari 2013

Peculiar Murder

Perlu ke buat macam tu? Tension betul. Marah aku dibuatnya. Sabar sajalah. Apa-apa sajalah. Sekarang ni saya tengah membaca buku bertajuk "A most peculiar Malaysian murder" tulisan Shamini Flint. Saya suka. Cerita penyiasatan inspektor Singh from Singapore berkerjasama dengan polis Malaysia dalam membongkar pembunuhan seorang ahli bisnes terkaya berbangsa cina warganegara Malaysia yang merupakan suami kepada seorang model warganegara Singapore. Mereka telah bercerai dan dalam proses mahkamah untuk merebut hak penjagaan anak. Jalan mudah mendapatkan hak penjagaan anak ahli bisnes tersebut telah memeluk agama islam. Namun sebelum kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah dia telah mati ditembak di depan kediamannya. Siapakah yang melakukannya? Setakat ini abang sulungnya telah mengaku dan telah dipenjarakan. Namun siasatan tetap diteruskan kerana menurut bekas isteri si mati mustahil. Abangnya tiada motif. Abangnya telah lama meninggalkan rumah menjalani kehidupan sendiri kerana tidak mahu mewarisi bisnes keluarga. Tekaan saya ketika ini ialah sama ada anak sulung si mati atau adik si mati. Adiknya kerana dia sudah sekian lama menginginkan syarikat keluarganya namun mendiang ayahnya memilih si mati. Anak sulungnya kerana teman wanitanya ada hubungan dengan si mati. Malah si mati pernah mengatakan akan berkahwin dengan teman wanitanya. Saya terus membaca dan ada satu suspek lagi iaitu teman lelaki bekas isteri si mati. Hahahahahaaaaaa........tidak sabar sudah mau tahu. Cayok!!!!!!...... Nanti sambung lagi yer....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou