Tuhan adalah cahaya langit dan bumi
Cahaya-Nya seperti sebuah relung (pada dinding)
yang dalamnya ada sebuah pelita,
Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu
seakan-akan bintang bersinar,
dinyalakan dengan minyak dari sebatang pohon zaitun-
Pohon tumbuh tidak di sebelah Timur
dan tidak pula di sebelah Barat-
Yang minyaknya bersinar walaupun
api tidak menyentuhnya :
Cahaya di atas Cahaya!
Tuhan membimbing kepada Cahaya-Nya
siapa yang Dia kehendaki.
Tuhan memperbuat perumpamaan-perumpamaan
bagi manusia
Dan Tuhan mengetahui segala sesuatu. (24:35)
Setelah hampir tiga bulan hari ini saya habis membaca buku karya Reza Aslan bertajuk Tiada Tuhan Melainkan Allah. Bukan sengaja melambat-lambatkan tetapi pada masa yang sama saya membaca buku lain mengikut mood. Apa boleh buat saya bukanlah seorang yang suka membaca apalagi berkaitan sejarah. Buku ini memberi banyak pengetahuan mengenai asal-usul, perkembangan dan masa depan islam. Bermacam-macam konflik yang melanda. Politik di sana-sini. Negara barat seperti Amerika Syarikat begitu takut dengan kebangkitan islam. Pertumpahan darah sesama islam hanya kerana berlainan fahaman. Puak syiah dan sunni. Ahli wahhabi dan ahli sufi. Amerika Syarikat pernah menyokong Saddam Hussein dengan dibekalkan bahan kimia dan biologi oleh Pusat Kawalan Penyakit dan American Type Culture Collection syarikat yang berpangkalan di Virginia, melancarkan serangan ke atas bumi Iran. Saddam Hussein ada sebabnya menyerang Iran namun niat kerajaan Amerika Syarikat menyokong Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq ialah untuk membendung penyebaran revolusi Iran. Akhirnya, Saddam Hussein juga mati di tangan kerajaan itu. Begitu kuatnya pengaruh negara kuasa besar dunia itu. Negara islam sama sekali bukanlah satu konsep monolitik. Terdapat banyak negara dalam dunia moden yang boleh digelar sebagai negara islam, namun tiada satu pun di antara negara-negara itu yang mempunyai banyak persamaan dengan yang lain. Mesir ialah sebuah negara autokrasi yang berlakon sebagai sebuah negara republik. Syria ialah kediktatoran Arab yang presidennya tunduk kepada pihak tentera yang serba berkuasa. Jordan dan Maghribi pula ialah kerajaan yang sentiasa bergolak. Raja-rajanya yang muda takut-takut melangkah ke arah demokrasi meski tanpa menjejaskan penguasaan mutlak mereka. Iran ialah sebuah negara fasis yang ditadbir oleh sebuah oligarki ulama yang korup dan komited memadamkan sebarang percubaan ke arah pembaharuan demokratik. Arab Saudi ialah sebuah teokrasi fundamentalis yang hanya al-Quran menjadi perlembagaannya dan syariah undang-undangnya. Kesemua negara ini bukan saja menganggap diri mereka sebagai realisasi bagi ideal-ideal Madinah, mereka malah melihat satu sama lain sebagi pencemaran terhadap ideal-ideal itu. Jangan tidak tahu Arab Saudi dan Jordan menggunakan mata wang usd (amerika syarikat) dalam urusniaga ekonomi. Osama bin Laden dari puak Wahhabi juga pernah menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat ketika Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet. Demokrasi dibentuk oleh pluralisme bukan sekularisme. Sebuah negara demokratik dapat ditubuhkan di atas kerangka kerja moral yang normatif selagi pluralisme kekal menjadi sumber keabsahannya. Negara Israel diasaskan di atas kerangka kerja moral Yahudi yang eksklusif yang mengiktiraf semua Yahudi di dunia tanpa mengira kewarganegaraan mereka sebagai warga negara itu. Walaupun saya tidak suka Israel dan Yahudi tetapi saya akui kehebatan mereka. Bolehkah Islam melakukan seperti itu sedangkan penganut islam sering bergolak dengan perbezaan fahaman? Masing-masing mahu mengakui diri sendiri saja yang betul. Jika benar-benar ingin bersandarkan kepada ideal-ideal Madinah untuk menentukan sifat dan fungsi negara islam, ia perlu dicirikan tidak lebih sekadar sebagai menifestasi nasionalis bagi ummah. Tahap yang paling asas sebuah negara islam ialah sebuah negara yang ditadbir oleh muslim untuk muslim di mana penentuan nilai-nilai, norma-norma tingkah laku dan pembentukan undang-undang dipengaruhi oleh moraliti islam. Pada masa yang sama agama-agama minoriti dilindungi dan mereka dibenarkan ikut serta secara aktif dalam proses sosial dan politik masyarakat sepertimana dibenarkan di Madinah dulu. Saya percaya prinsip demokrasi tidak mungkin dapat diharmonikan dengan nilai-nilai islam yang asasi. Politik dan agama tidak sesuai bergabung. Ahli agama dan ulama berfungsi untuk memelihara moraliti negara. Politik mencemar maruah agama. Lihat saja pemimpin politik PAS Nik Aziz. Kenyataannya dan sokongannya sentiasa berubah. Contohnya, BR1M. Tahun lalu dia menyokong namun tahun ni lain jadinya. Yang tidak baik didengar penerima BR1M disamakan dengan haiwan. Katanya, duit tu duit rakyat dan sepatutnya dia juga layak menerimanya. Kenapa Nik Aziz tak buat permohonan? Kalau dia buat permohonan tentulah dapat. (apa sudah jadi?) Emmmm.... Kalau parti BN parti islam semata-mata (seperti PAS) saya yakin pertumpahan darah pasti berlaku. Apa-apa pun seperti kata Abdolkarim Soroush ,paling utama demokrasi islam mestilah prihatin bukan untuk mensejajarkan kedaulatan rakyat dengan tuhan tetapi keprihatinan untuk mensejajarkan 'kepuasan rakyat dengan keredhaan Tuhan'. Sekiranya terjadi konflik antara kedua-duanya, tafsiran islamlah yang mesti tunduk kepada realiti demokrasi bukan sebaliknya. Begitulah keadaannya sejak dulu sejak Tuhan menurunkan Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad. Kisah islam terus menerus berada dalam keadaan evolusi kerana ia memberi respons terhadap keadaan sosial, budaya, politik dan keadaan-keadaan sementara. Ia akan sentiasa berevolusi. Cuma cara dan keadaan berbeza. Jangan terus berperang sesama islam sudah.
saya suka ungkapan ini. Sesuai ditujukan kepada siapa saja. Ibubapa kepada anak, adik-beradik, sesama kawan, di tempat kerja bos dengan anak buah dan banyak situasi lain.
"semakin ia cuba dilenyek, semakin kuat jadinya. Jika ditentang dengan kekejaman, ia meraih pengikut. Jika dibunuh pemimpin-pemimpinnya mereka menjadi syuhada. Jika ditekan dengan kuku besi, ia menjadi satu-satunya suara pembangkang. Jika cuba dikawal, ia berpaling menentang anda. Jika anda cuba menyenangkan hatinya, ia akan mengambil alih kuasa". Baik biar bertempat kata orang. Tapi tidak kata ahli sufi.
Update date : 24
mkbs : al-hamdulillah. Banyak yang nak ditaip, berlegar-legar di kotak fikiran namun i give up to do it. Terima kasih kepada buku ini.
Wowww....hujan lebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou