Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kemerdekaan Ke-56

Selamat Hari Merdeka : Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku. Merdeka! Merdeka! Merdeka!... Syukur al-Hamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana terus memberi rahmat keamanan buat negaraku Malaysia. Walaupun terdapat banyak masalah sosial namun tidaklah seperti negara Mesir dan yang seumpamanya. Semoga nikmat ini akan terus bersama di Malaysia. Insya-Allah. Selamat Hari Lahir buat adikku Siti Zubaidah. Semoga dia dan keluarganya sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan dilindungi Allah SWT selalu. Insya-Allah. Begitu juga buat anak buahku Siti Solehah yang dilahirkan pada 30 ogos. Genap 2 tahun dah. Cepatlah besar yerr supaya saya faham ucapmu. Leha nama panggilannya. Leha memanggil saya kakak...seronok kan?...terasa muda sangat....hehehee.... Mereka telah merdeka kan.... Tahniah juga buat kawan sekampungku Ustazah Nurul Atikah kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan pada jumaat lalu 30 ogos. Dah kahwin tu jangan lupa saya tau... Akhirnya tercapai juga impiannya untuk berumahtangga. Saya belum merdeka lagi..... Rabu khamis depan ada exam kpsl w27....study pun tak...tiada persediaan maha hebat. Tapi masih mahu mencuba. Menduduki exam kali kedua - adakah soalan semakin susah. Selepas ini mahu terus berusaha setelah gagal interview kpsl N27 dan mungkin tiada lagi peluang selepas ini apabila spa mengambil simpanan tetap yang sangat ramai.....tawakkal sajalah. Mungkin tak sesuai yang itu maka cuba yang ini. Manalah tahu ada rezeki.... Kata orang, kita harus sentiasa mencuba sebab kita tidak tahu di mana rezeki kita. Melihat keretakkan rumahtangga orang amat menyedihkan. Namun apakan daya itu pilihan mereka. Mereka berhak memilih sama ada terus bersama atau berpisah. Walaupun saya belum berumahtangga namun saya dapat merasakan keperitan dan kesakitan itu. Kerana saya pernah melihat keluarga mama saya menghadapinya. Tanpa sokongan memang akan jatuh. Saya cuma berharap mereka yang terlibat apa pun yang akan terjadi mereka tetap berbaik-baik, hormat-menghormati dan maaf-memaafkan antara satu sama lain. Janganlah terus menunding jari mencari kesilapan orang lain. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Bila dia marah itu bererti anda telah berbuat kesilapan yang menyinggung perasaannya. Bukan senang menjaga hati manusia. Jika anda tidak mampu menjaga hati mereka maka jagalah hati anda. Jangan biarkan diri anda terluka kerana orang lain. Ketahuilah apabila anda melukakan hati mereka anda melukai hati anda sendiri. Sentiasa ingat, jika hari ini anda nekad melukai hati mereka bersedialah kerana selepas itu anda pasti akan dilukai oleh orang lain. Jangan lupa Allah itu maha Adil. (pesanan buat diriku....). Lain orang lain ujian-Nya. Berpisah itu menyakitkan bagi dia tapi bahagia bagi anda. Bersama itu derita baginya tapi bahagia padamu. Begitu kan.... Tidur itu bosan bagi orang lain tapi tidur itu bahagia bagi saya. Melancong itu relaks bagi orang lain tapi stress bagi saya. Orang lain lebih suka bahagia sehari derita seumur hidup.... Saya lagi suka bahagia sikit-sikit tetapi seumur hidup. Bolehkah begitu?.... Hati manusia lain-lain. Kemahuan manusia lain-lain. Kebahagiaan manusia lain-lain. Akhirnya kita hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan diri dan semua orang di dunia ini. Insya-Allah. Janji jangan lupa Yang Maha Esa.

Rabu, 28 Ogos 2013

Khatimah.......



Pesan orang tua-tua ; cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kata pujangga ; cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi namun getarannya tetap terasa. Cinta mampu mempengaruhi fikiran sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari. Petikan daripada novel islamik bertajuk 'Tiada Khatimah Cinta'. Taubat harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk melenyapkan keburukkan atau dosa dalam diri. Taubat dilakukan dengan hati (bermaksud merendahkan diri kepada Allah dan benar-benar insaf memohon keampunan. Tundukkan kesombongan sesama manusia dan hatinya berjanji memberikan kebaikkan), lisan (bermaksud mengakui bahawa diri menganiaya diri sendiri dan mohon ampun dengan tulus ikhlas. Boleh diungkapkan dengan memperbanyakkan istighfar) dan anggota badan (seluruh anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah, banyakkan sedekah, perbanyakkan amal ibadat wajib dn sunat. Eemmm....kadang-kadang kita terlalu mudah menilai orang. Ketahuilah bahawa, Mereka bukanlah orang jahat. Mereka bercita-cita tinggi. Namun dalam mengejar cita-cita dan kemakmuran hidup, mereka terlepas pandang, tersalah pijak, tersilap pilih jalan dan terabai aspek fitrah. Percayalah sampai masa dan ketika mereka pasti akan kembali kepada fitrah. Insya-Allah. Ooowww....minggu depan exam kpsl w27 akan bermula. Saya kena di PICC. Sayangnya secubit pun saya belum study. Sudahlah biul.... Macam mana ni?. Last year ok lagi - ada study. Adakah tahun ni pun saya kena datang exam untuk menyalin soalan?..... Tahun lalu dah salin dah.... Kalau tahun ni salin soalan lagi confirm tahun depan lulus exam. Hahahaaa....perasan. Asyik-asyik nak lulus exam saja tapi darjatnya tak naik juga. Tak layak lah tu. Interview n27 dah dukacita dah....masuk list simpana pun tak layak. Alamatnya, sampai pencenlah saya jadi ptq ni.... Emmmm....apa-apa sajalah. Asalkan kerja saya ok...gaji masuk setiap bulan. Syukur al-Hamdulillah masih ada kerja dan gaji. Kalau ada rezeki dapatlah.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192323548
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Ahad, 25 Ogos 2013

Lafazkan Kalimah Cinta

LAFAZKAN KALIMAH CINTA, novel hasil karangan Siti Rosmizah. Novel ini saya pinjam untuk adikku Haidaiyah. Dia peminat dan pembaca novel juga peminat sastera tapi bercita-cita untuk menjadi seorang ustazah dan designer. Dia kata best cerita novel ni. Kalau tak percaya bacalah. Stress aku dengar. Dia baca sekejap marah, sekejap ketawa, sekejap sebak....pernah menangis. Dalam hati saya poyo jer. Saya bukannya peminat novel terutamanya novel cinta - saya peminat novel thriller. Selepas tu adikku Asma sambung pula baca novel ni. Siuk-siuk saya tengok drama boleh dia ketawa dengan kuat sekali. Kadang-kadang kedengaran katanya sedihnya macam mo nangis. Geram aku tengok dua beradik tu. Kalau dengan Haidaiyah aku tak hairan peminat sastera. Asma peminat sains dan sejarah boleh terjebak sekali. Teringin nak baca tapi tiada kesempatan. Takkan bercuti di kampung nak habiskan masa baca novel pula. Tak berbaloi. Kelmarin terdetik hati ni nak baca buku ni. Al-maklumlah dah sampai Putrajaya dua hari rehat di rumah tak jalan ke mana-mana. Saya harus akui - cerita dalam novel ni memang sarat dengan kisah sedih, lucu, geram, marah dan cinta sayang. Awal-awal lagi saya dah menangis. Mentang-mentanglah sedih tinggalkan kampung belum hilang lagi - baca novel ni menangis sungguh. Tak dapat ditahan-tahan pula tu. Bukan sekali dua. Asal babak sedih mesti air mata mengalir. Semalam tidur pukul tiga pagi baca buku ni. Pertama kali saya tak tidur siang sabtu ahad semata-mata baca novel ni. Crazy!!.. Tengok cermin awal pagi mata dah bengkak dah. Panas siut!!.. .Saya paling benci kisah keretakkan kasih sayang keluarga. Saya cepat tersentuh dan mudah menangis. Kisah seorang anak yang menagih kasih daripada seorang bapa dan seorang suami. Walaupun pelbagai rintangan yang menghalang demi mencapai hasrat sanggup diredah walaupun begitu dibenci oleh ayah sendiri. Terpaksa menumpang kasih daripada bapa saudara dan orang gaji. Itupun nasib baik ada yang sudi menumpangkan kasih. Sakit hati bila bab ayah mencemuh anak yang tak berdosa. Tengah sebak tiba-tiba babak lucu muncul. Hahahaa..... Rasa sungguh bahagia saat Aqilah dan Ryan mula menerima satu sama lain. Bila bahagia, bahagia sangat. Bila bergaduh stress dibuatnya. Babak lucu paling banyak pada cerita orang gaji. Kak Kembong orang gaji yang hebat. Tengku Ryan Ameer, i love you..... Saya suka wataknya. Saya dapat membayangkan. Hahahaa....seperti kata Farhana kawan Aqilah, kalau Ryan masuk meminang aku untuk isteri yang ketiga pun belum tentu aku menolak. Hahahaaa.....gila. Kenapa ya sama ada dalam novel atau dalam drama watak perempuan yang gila-gila happy go lucky mesti kuat cemburu. Ye ke?.... Sama ada dalam novel atau drama mesti khawin sepupu. Ceh.....perlu ke?.... Boleh pula sepupu bersuka bercinta. Geli aku. Walaupun saya kasihan dengan Aqilah tapi kadang-kadang over. Over happy - over suka - over sayang - over cemburu. Tension. Kalau dalam real dah aku hempuk kepalanya. Hahahaaa..... Tapi hebatlah Shafiq tu. Suka dan cinta dalam diam. Walaupun tahu wanita itu bersikap kurang ajar suka berpoya-poya tapi cintanya tak pernah padam. Kalau dalam real ada orang macam Shafiq nak melamar saya, saya confirm terima dengan bahagia. Heheheee..... Pandang dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Tiada yang sempurna katanya. Aduiii....terasa aku!.... Hidup kita tak selalunya malang dan tak selalunya bahagia. Walaupun mati itu pasti namun kita disaran untuk berusaha untuk menjaga dan merawat tubuh kita sebaik mungkin. Sungguhpun kita sudah peroleh kebahagiaan jangan terlalu yakin kita akan terus bahagia pada hari-hari seterusnya. Menyimpan harapan memang bagus namun mengharap yang terlalu tinggi akan meruntuhkan kepercayaan. Cuma saya belum pernah rasa lagi kawan duit. Masa kita ada duit datang berduyun masa kita nothing tiada seorang pun. Macam mana nak rasa saya memang tak berduit. Mana ada orang nak datang berkepit dengan perempuan kedekut. Hahaaaa..... Lagipun saya bukannya orang yang pandai memujuk bagi hadiah bagai. Nak hadiah beli sendiri!..... Simple jer.... Novel ini novel cinta kedua yang saya baca selepas Bicara Hati. Rugi tak baca. Namun novel Bicara Hati masih yang terbaik bagi saya. Perkataan 'CUN' dalam novel ni jadi ikutan adikku Haidaiyah. Disuruh buat kopi katanya 'orang cun macam saya mana pandang kopi...'. 'Orang cun macam saya mana ada lelaki yang tak pandang...' 'Orang cun macam saya mana cuci kain pakai tangan'... Kurang asam betul. Bikin panas!!.... Selain itu perkataan yang paling glamour adalah 'di mana-mana'. Bila ditanya, mana gunting?....dijawabnya, di mana-mana. Semua adikku di rumah jawab begitu. Mamaku pun stress macam aku. Sabar sajalah. Oklah. Esok dah kerja dah. Malas nak masuk office sebenarnya. Tiada mood mo buat kerja tapi kalau tidak kerja macam mana mo cari rezeki kan..... Haaaa.... Alangkah baiknya kalau saya duduk rumah setiap bulan ada orang bank in duit 10k. Ada ke?. Jangan angan-angan.....dalam mimpi pun tak wujud. Tiba-tiba teringat pula.... Aiyyooo.... Masa di kampung adik sepupuku kata "adik-adik ko sudah kawin ko bila lagi...". Saya ketawa saja. Keesokkan harinya, kakak mama pula kata, "si kb suda 2 anak ko bila lagi. Nanti anak dia suda besar anak ko masih merah...". Saya ketawa saja. Seminggu kemudian, entah tak kenal nama kata, "ko kakak sulung kan? Berapa suda anak ko?..." Saya tergamam tak tahu nak jawab. Aishhh....cun-cun aku ni dikata sudah kahwin. Ada orang tolong jawab, "dia belum kahwin lagi....adik dia yang suda kahwin...". "Sorry....sy ingat suda sebab adik suda...". Saya ketawa saja. Nasib baik dia minta maaf. Selepas itu masa saya tolong jaga anak adik saya yang masa tu berurusan dengan bank ada orang kata, "comelnya. Muka dia macam urang semenanjung. Anak ko?". Kurang ajar. Banyak tanya lagi tu. Sabar sajalah. Yang paling buat saya terkedu dua hari sebelum raya saya turun pekan beli barang saya terserempak dengan kawan lama. Masa tu saya tengah mencari sos tiram. Dia tegur saya dulu. Lepas berborak-borak dia tanya "ko balik seorang ka?". Saya blur sekejap. Saya jawab "balik seoranglah...jadi?". Saya tak faham maksud dia. Dia pun nampak blur juga. Katanya. "mana laki ko...". Mengucap saya. Dia macam tersentak. "ko belum kawin?...sorry...sorry...". Ammmaaaa..... Saya ketawa saja. Dalam hati dalam facebook jadi friend tapi tak tahu.... Lupa pula - dalam fb tak mention status. Hahahaaa..... Blur.... Masa balik kampung naik teksi dari airport ke stesen teksi pemandu tu kata "balik seorang ja. Husband mana?". Adoyyyaiii.... Tapi saya senyum saja tak kata apa-apa. "balik kampung masing-masing ka?". "ko tinggalkan laki ko di kl seorang-orang....". Setelah banyak tanya saya tak jawab dia kata "ka ko belum kawin....". Saya senyum saja sampai di stesen teksi. Sampai ke sudah saya tak jawab soalannya. Mesti dia stress kan.... Padan muka!. Banyak tanya. Orang penat. Hishhh...... Walaupun soalan-soalan kahwin ini amat merimaskan tapi bila masa berlalu dan teringat kembali ia melucukan. Tersenyum seorang diri. Kadang-kadang terfikir nak jawab "tunggu orang masuk meminang...". Tapi takut kalau betul-betul ada yang masuk meminang. Hahahaaa.....takut nak tukar status. Belum ada keyakinan ba. Lupakan semua itu. Forget it. Bagus tidur...... Byeee.... Assalamualaikum. Have a nice dream....sweet dream.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Kisahnya.....

Setelah sekian lama, kali ini rasa sebak sangat terasa. Sungguh letih menahan sebak. Melihat seluruh ruang bilik...sebak. Masuk bilik sembahyang lagi sebak. Merenung di segenap ruang tamu bergenang air mata. Sabar..... Berkumpul bersama keluarga amat menggembirakan. Bila saat mahu berpisah sedihnya amat terasa. Tapi apakan daya masing-masing punya kehidupan sendiri. Ya..asalkan tidak saling melupakan sudah memadai.... Dua orang anak buahku yang burogo dan bunggihad - karena mereka amat memeningkan namun sentiasa saja dirindui. Yang bikin panas bangun awal pagi tengahari petang malam asyik nak tengok tayangan kartun. Orang nak tengok berita jam 8 malam pun tidak dapat. (tapi pernah sekali saya tukar channel ke berita tv1 dia menangis tak henti-henti....lastly saya tengok berita setengah jam saja. Menangis sambil sebut 'saya mo tingu katun' dengan pelatnya yang kadang-kadang saya faham kadang-kadang tak....). Itu karena anak buahku yang bernama Upin. Nama panggilannya Upin tapi tak suka tengok kartun Upin Ipin. Yang adiknya bernama Leha pula, selain kuat menangis kuat guntai dan gurongit. Apa orang lain pegang direbutnya. Orang tengah main dipukulnya. Yang jadi mangsa budak Israr adik sepupunya. Kedua adik beradik ni memang memeningkan. Kalau pergi pekan satu pekan dorang nak beli. Hahaaa... (but its all right...nasib baik aku terselamat...)Bukan itu saja mereka ni makan pun memilih-milih. Tiba-tiba saja nak ikan la...nak ayam la...nak telur la... Sayur tak makan sangat. Ibunya pun ikut saja. Mungkin sebab benda-benda tu semua dah tersedia...but pokai aku dibuatnya. Tapi bila dah habis saya tak beli lagi....doranglah beli sendiri..hehehe.. Anak buah yang seorang lagi pasti saja akan dirindui - degilnya halus gitu. Semua benda nak dibuatnya. Orang nak potong sayur nak ikut orang nak 'tutuk' bawang pun nak ikut orang nak makan dia nak juga orang nak minum nak juga orang nak turun bawah dia nak juga orang nak mandi dia nak juga orang nak round-round keliling rumah nak ikut juga - moto dihidupkan saja dia yang nombor satu naik dulu...hahahaaa.... Apalagi kalau naik kereta dia nak duduk depan jadi driver. Lagak macam hero tetapi tidur dikelilingi anak patung. Hahahaa.... Tapi yang bagusnya tidak kuat bunggihad ba. Kalu momurogo sama mihad pun sekejap saja mau bolingo kecualilah kalau moodnya in trouble. Ooopppssss.....kapal nak fly, stop dulu - sambung bila sampai di Putrajaya. ###################################################################### Penat!!!!..... Dah sampai Putrajaya. Kelmarin semasa dalam teksi driver dan seorang guru dari Sandakan sibuk bercerita politik dan pembangunan Negeri Sabah. Sabah dianaktirikan dan termasuklah kes pemberian IC zaman Tun Dr. M. Kupasan mereka ada yang negatif ada yang positif. Cerita mereka lebih kepada jalan raya dan perkembangan bandar. Mereka membandingkan Negeri Perlis dengan Keningau. Keluasan Keningau lebih besar daripada Perlis. Kenapa bilangan ADUN dan PARLIMEN di Keningau kurang?. Sepatutnya kerajaan persekutuan memperuntukkan peruntukkan yang lebih besar kepada Negeri Sabah. Wowww....orang lama meluahkan perasaannya. Mereka juga ada menyebut tentang pemberian BR1M dan BL1M. Kata pendidik tu kepada driver, susah mo jumpa orang lama macam abang yang kontra-kerajaan. Kalau bercakap dengan orang lama yang pro-kerajaan disuruhnya saya keluar Malaysia. Katanya lagi, gaji naik tapi barang juga naik cukai juga naik. Hahahaaa..... Sepanjang hampir dua jam setengah saya mendengar perbualan mereka (saya dengar dalam tidur sebab durang banyak tanya ba...jadi sy tutup mata saja) kesimpulannya, sebenarnya mereka pun tahu sama ada pro atau kontra kerajaan ada baik ada buruknya. Cakap-cakap mengeluh-mengeluh berontak-berontak begitu-gitu juga kembali kepada asalnya. Pilihan masing-masing ba. Seperti kata Dr. HM Tuah "setiap kesusahan yang kita dapat memberi kesenangan kepada orang lain dan setiap kesenangan yang kita dapat memberi kesusahan kepada orang lain". Dari kita saja baitu...... Tiada guna juga kita tiap-tiap hari berdoa memohon kepada Allah tapi pada masa yang sama asyik mengeluh menyalahkan orang lain. Slow and steady....berusaha bersungguh-sungguh mengambil manfaat setiap ruang yang ada tanpa menyalahkan orang lain Insya-Allah pasti akan beroleh kejayaan. Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri dan pinjamkan. Insya-Allah akan dipermudahkanNya. (nasihat untuk diri sendiri juga....). SEMOGA SEMUA PERKARA AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR....sekembalinya di Putrajaya maka harus fokus semula.... INSYA-ALLAH. AMIIN. Semoga perjalanan adikku Siti Zubaidah bersama suami dan dua anaknya balik ke Kota Marudu pagi ini baik-baik saja. Dan khabarnya adikku Siti Khadijah telah selamat tiba di Labuan bersama geng bolanya. Semoga mereka semua baik-baik sahaja. Insya-Allah. Sekian......

Khamis, 22 Ogos 2013

Dukacita

DUKACITA. Banyak perkara yang dukacita...yang mendukacitakan. Perkara yang dianggap all right selama ini rupanya tersimpan dukacita yang agak memeritkan. Perkara yang dianggap ok sejauh ini rupanya terdapat banyak unsur hasutan. Perkara yang dianggap biasa telah mendatangkan unsur fitnah, hasad dengki dan bahan umpatan. Salah faham membuahkan bibit kebencian yang maha dalam. Uuuhhhh.... Meskipun berusaha menjaga hati manusia, salah faham masih ada di sana sini. Perkara yang paling mendukacitakan adalah minggu ini minggu akhir saya berada di kampung halaman. Jumaat nanti akan terbang balik bertugas di Putrajaya. Sehingga kini masih berusaha mahu melangsaikan perkara-perkara yang belum selesai sebelum bertolak balik. Dukacita juga tentang bajet. Sudah 4 hari mengira bajet potong sana sini - sehingga kini masih belum selesai. Ooohhhh.... Tiba-tiba teringat tentang Temu Duga tempoh hari. Katanya, DUKACITA anda tidak layak. Hahaaaa..... Tapi walaupun keputusan Dukacita perasaan tidak Dukacita. Sudah dijangka awal. Masih banyak jangkaan dan rancangan yang masih tidak dicapai sehingga kini. Memang sentiasa mendukacitakan. What should i do?. Sabarlah selalu - kerana itu tidak kucapai disebabkan kemampuanku masih belum utuh. Aku sentiasa mahu merangkak, berdiri, berjalan dan berlari perlahan-lahan....sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Saya pernah rasa cemburu dengan kawan lama - bekerja sebagai surirumah sepenuh masa dan mempunyai bisnes sendiri. Kehidupannya mewah malah mempunyai wang simpanan yang banyak. Namun sedihnya dia diberi ujian penyakit oleh Allah. Semoga dia terus sembuh. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Teringat kata-kata seorang ilmuan, kita jangan bersikap lagak kita takkan jatuh, kita takkan sakit kerana setiap manusia akan melaluinya dengan cara berbeza-beza. Ooowwhhh.....just now i have to make a preparation - many things that need i do today before i come back to Putrajaya tomorrow. Hope everythings will be all right. Insya-Allah.

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Hari Raya 1434H

Woww...hari ni baru dapat menyinggah. Kalau di kampung jangankan internet...telefon pun tak terurus. Perkara paling menggembirakan adalah balik kampung. Semua orang pasti rasa begitu. Tapi yang menyedihkan beliau saya sedang sakit ba. Kurus suda dia - but still naughty. Sabar sajalah. Apa bulih buat kan?. Begitulah keadaan kalu urang yang inda pernah sakit teruk. Hari ni my sister balik dari Kota Marudu. Perjalanan jauh yang memakan masa hampir 6 jam - penat katanya. Urat punggung kejang. Hahahaaa.... Begitulah yang saya rasa. Tapi perjalanan jauh itulah baru namanya balik kampung kan?. Nikmat dalam sengsara, gembira dalam derita. Heheheee...... Sekarang ni kami sedang menunggu kepulangan anak sulung lelaki pulang kampung. Tarikh balik asyik ditunda-tundanya. Pagi tadi telefon katanya nak bawa anaknya sekali. Oowwwhhh.... Sekarang ni dah ada tiga orang budak kecil - riuh-rendah dibuatnya. Jika ditambah seorang lagi bagaimana agaknya.... Lari sana lari sini nangis sana nangis sini - berebut alat permainan. Berebut naik kereta berebut naik basikal berebut anak patung. Aduhaiiii..... Pening kepala. Mak cik Jienah sudah kepeningan. Sabar sajalah. Hari selasa ni nak buat kenduri. Mak cik Jienah tak habis-habis kira bajet - sampai tidur lewat malam (hahahaa.....). Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Isnin, 5 Ogos 2013

Genap 10 Tahun

Al-Hamdulillah...hari ni 05.08 genap 10 tahun saya berkhidmat di jabatan perkhidmatan awam Malaysia. Sepanjang 10 tahun berkhidmat bermacam-macam masalah yang dihadapi. Tiada perubahan besar yang berlaku. Diriku macam-macam itu saja. Tidak kurus tidak gumuk. Hahahaaa.... Perubahan dari segi kemudahan cuti, gaji etc.... Sikitk-sikit lah. Namun saya cukup bersyukur kerana pada tahun genapnya 10 tahun perkhidmatan saya telah berjaya lulus BITK dan saya juga telah berjaya menghadiri temu duga N27. Tapi masih belum berjaya untuk berpindah bertugas di negeri sendiri. Malas sudah mau fikir. Di saat saya selalu berharap keputusannya seringkali tidak menyebelahi....lalu saya memutuskan untuk berserah sahaja. Di mana-mana pun pasti boleh asalkan ada kemahuan dan iltizam. Somebody say 'kalau kamu kata asal dapat pindah balik negeri kamu boleh balik kampung setiap minggu - apabila kamu sudah dapat kamu pasti tak akan dapat buat begitu kerana ada halangan lain...'. Emm...bila difikir sedalam-dalamnya....ada betulnya. Banyak contoh yang saya lihat. Masing-masing ada masalah sendiri. Maka itu, niat kena betul. Bagaimana nak membetulkan niat?. Hanya Dia yang lebih mengetahui. Walaupun pernah membuang harapan, masih menyimpan secebis harapan. Walaupun selalu dikhianati, masih ingin dan mahu percaya. Terima seadanya. Terima kasih kepada semua rakan sekerja yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Tanpa anda saya tentu tak berada di sini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda. Eeeemmmm....apakah reaksi anda...apa perasan dan keputusan anda..... Apabila kebencian yang disimpan dalam tempoh yang lama...kebencian yang disimpan demi rasa hormat....di saat anda berusaha untuk memaafkan perkara lama berulang lagi... Dan saat itu kebencian bertambah lagi. Lalu bilakah masanya untuk memberi kemaafan dan melupakan kebencian?. Sabar sajalah. Ya, saya sentiasa mahu bersabar. Insan yang penuh dengan kelemahan hanya mampu bersabar. Sabar adalah senjata yang paling ampuh. Hari demi hari saya berharap saya dapat menghadapi dan mengharungi semua cabaran kerjaya mahupun cabaran diri sendiri. Uuummmpppphhhh....setakat ini sahaja. Mengantuk sangat. Banyak perkara yang ingin diceritakan namun seringkali terbantut. Byeeee....sebelum raya saya akan singgah di sini lagi.


Ahad, 4 Ogos 2013

Israr

hari ini saya sudah berada d kampung. panas d mala sekarang. atukei teitam nedi mala sy ni ...hehehe.... hari ni mo pi kadai mo pi kasi abis duit..duit yang sikit ini...hehehe....semalam sy suda makan ketut ayam..sadap ba... hari ni mo pi beli lagi sayap manuk..ok ka?... nanti kamu tatayan ba. ok la mo pi monsu dulu..


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Sabtu, 3 Ogos 2013

BITK LULUS

Setelah tujuh kali menduduki peperiksaan ini akhirnya LULUS. Saya tidaklah ulangkaji tahap tinggi - begitu gitu saja...baca nota kursus kewangan di PD tempoh hari dan baca nota dan soalan dari anm yang diberi oleh Cik Rosni. Dalam hati penuh harapan agar soalan dan nota yang dibaca sebelum masuk ke dewan peperiksaan akan keluar. Then, yesss....banyak juga yang keluar tetapi tak confident dengan jawaban. Sebelum exam tidak henti berdoa...selepas exam terus berdoa lagi.... Ya...doa memberi harapan. Terima Kasih Allah kerana mengurniakan kepadaku rezeki ini. Dan saya sentiasa berdoa dan berharap agar limpahan rahmatMu akan sentiasa bersamaku. Insya-Allah. Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan. Astaghfirullah aladzim.... Seronok dah lulus. Hanya mereka yang berulangkali menduduki peperiksaan ini yang memahami. Dan saya bukan sekadar seronok lulus exam saja...tapi seronok sebab hari ni nak balik kampung - kampungku di Keningau, Sabah. Yeeaaahhhh......... Tak sabar. Tinggal beberapa jam saja lagi. Selamat Tinggal Putrajaya. Saya akan bercuti mulai 5 ogos sehingga 23 ogos. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi. Kawan-kawan yang dalam perjalanan balik kampung - berhati-hati di jalan raya. Namun dalam keseronokkan nak balik kampung hati stress sebab beg tak muat nak simpan barang. Lalu bagaimana?. Tak tahulah..... Dengan beg berat begitu bagaimana nak angkat?.... Aduh aduh aduh aduh duh duh duh.... Balik kampung punya pasal Insya-Allah semua boleh. Cayok!!!.... Assalamualaikum. Have a nice dream.