Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kemerdekaan Ke-56

Selamat Hari Merdeka : Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku. Merdeka! Merdeka! Merdeka!... Syukur al-Hamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana terus memberi rahmat keamanan buat negaraku Malaysia. Walaupun terdapat banyak masalah sosial namun tidaklah seperti negara Mesir dan yang seumpamanya. Semoga nikmat ini akan terus bersama di Malaysia. Insya-Allah. Selamat Hari Lahir buat adikku Siti Zubaidah. Semoga dia dan keluarganya sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan dilindungi Allah SWT selalu. Insya-Allah. Begitu juga buat anak buahku Siti Solehah yang dilahirkan pada 30 ogos. Genap 2 tahun dah. Cepatlah besar yerr supaya saya faham ucapmu. Leha nama panggilannya. Leha memanggil saya kakak...seronok kan?...terasa muda sangat....hehehee.... Mereka telah merdeka kan.... Tahniah juga buat kawan sekampungku Ustazah Nurul Atikah kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan pada jumaat lalu 30 ogos. Dah kahwin tu jangan lupa saya tau... Akhirnya tercapai juga impiannya untuk berumahtangga. Saya belum merdeka lagi..... Rabu khamis depan ada exam kpsl w27....study pun tak...tiada persediaan maha hebat. Tapi masih mahu mencuba. Menduduki exam kali kedua - adakah soalan semakin susah. Selepas ini mahu terus berusaha setelah gagal interview kpsl N27 dan mungkin tiada lagi peluang selepas ini apabila spa mengambil simpanan tetap yang sangat ramai.....tawakkal sajalah. Mungkin tak sesuai yang itu maka cuba yang ini. Manalah tahu ada rezeki.... Kata orang, kita harus sentiasa mencuba sebab kita tidak tahu di mana rezeki kita. Melihat keretakkan rumahtangga orang amat menyedihkan. Namun apakan daya itu pilihan mereka. Mereka berhak memilih sama ada terus bersama atau berpisah. Walaupun saya belum berumahtangga namun saya dapat merasakan keperitan dan kesakitan itu. Kerana saya pernah melihat keluarga mama saya menghadapinya. Tanpa sokongan memang akan jatuh. Saya cuma berharap mereka yang terlibat apa pun yang akan terjadi mereka tetap berbaik-baik, hormat-menghormati dan maaf-memaafkan antara satu sama lain. Janganlah terus menunding jari mencari kesilapan orang lain. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Bila dia marah itu bererti anda telah berbuat kesilapan yang menyinggung perasaannya. Bukan senang menjaga hati manusia. Jika anda tidak mampu menjaga hati mereka maka jagalah hati anda. Jangan biarkan diri anda terluka kerana orang lain. Ketahuilah apabila anda melukakan hati mereka anda melukai hati anda sendiri. Sentiasa ingat, jika hari ini anda nekad melukai hati mereka bersedialah kerana selepas itu anda pasti akan dilukai oleh orang lain. Jangan lupa Allah itu maha Adil. (pesanan buat diriku....). Lain orang lain ujian-Nya. Berpisah itu menyakitkan bagi dia tapi bahagia bagi anda. Bersama itu derita baginya tapi bahagia padamu. Begitu kan.... Tidur itu bosan bagi orang lain tapi tidur itu bahagia bagi saya. Melancong itu relaks bagi orang lain tapi stress bagi saya. Orang lain lebih suka bahagia sehari derita seumur hidup.... Saya lagi suka bahagia sikit-sikit tetapi seumur hidup. Bolehkah begitu?.... Hati manusia lain-lain. Kemahuan manusia lain-lain. Kebahagiaan manusia lain-lain. Akhirnya kita hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan diri dan semua orang di dunia ini. Insya-Allah. Janji jangan lupa Yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou