Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Rabu, 15 Julai 2009
Tak Sabar Nak Cuti....
Tak sabar rasanya nak tunggu hujung minggu. Hujung minggu ni kawan ajak balik kg pi makan buah tapi malaslah. Penatlah berjalan jauh. Tidak apalah belum ada rezeki...hehehe..... beli sajalah buah di pasar malam. Tapi tunggu harga turun dululah...kwang..kwang..kwang... lagipun di ofis selalu dapat makan buah free... al-Hamdulillah.
p/s ; kawan cakap senyum selalu jangan muncung-muncung....hehehe... sy tekejut ba tadi. Pasal tu pagawai comel tiba2 dia cakap jangan main tapuk-tapuk. Terkedu sy...sebab suda lama sy nda pakai tu bahasa... musykil sy...
Isnin, 13 Julai 2009
Black Juara... CHAQ Kedua...
1) Black
@ Persembahan pertama - Medley lagu-lagu 'jeritan batinku, jangan kau mimpi dan nakal'. Bagi saya persembahannya ok-ok saja.
@ Persembahan kedua - Medley lagu-lagu lama 'di alam fana cinta dan sinar' berduet dengan Shamrin dan Mus May. Rangkaian lagu-lagu lama yang saya minati. Boleh Tahan persembahannya. Range suaranya boleh dikatakan sesuai dan berjaya. Tapi saya tidak gemar dengar mereka menyanyi seperti banyak menjerit.
@ Persembahan ketiga - Lagu baru 'Aku rindu sayang kamu'. Saya tidak pasti pencipta lagu ini. Boleh tahan lagu ni. Suara Black sesuai dan sedap didengar. Tapi pelik pula cara Black duduk depan gadis tu...kelakar!!!
* Apa yang saya suka dengan Black adalah dia mempunyai nota suara yang cukup tinggi untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
* Ini bukan persembahan terbaik dari Black yang pernah saya tonton.
# Black mendapat komen positif dari para juri.
# Juri Awam memberi markah 14
2) Fira
@ Persembahan Pertama - Lagu baru bertajuk 'bukan niatku'. Dengar tajuk saja macam menarik. Boleh tahan juga lagu ni. Tapi saya rasa Fira ada masalah dengan penyampaian lagu ni..'kureng'. Fira menyanyi macam takut orang yang sedang tidur lena terjaga....
@ Persembahan Kedua - Lagu medley bahasa inggeris (tak ingat tajuk...tak sempat nak tulis). Fira berduet dengan artis kelahiran program realiti Gangstarz 2, One Nation MC. Mula-mula risau tengok Fira sebab ONMC bukan calang-calang. Mereka sungguh energetik di atas pentas. Saya tidak menumpukan sepenuhnya persembahan ini kerana my father call.
@ Persembahan Ketiga - Medley lagu 'atas nama cinta, joget berhibur dan mentera semerah padi'. Lagu pertama kurang 'kik'. Ramai-ramai artis yang nyanyi lagu "Rossa" ni bagi saya hanya Stacy yang dapat membawakannya dengan baik sekali. Sayang sekali baju Fira tidak menarik. Kalau warna merah dikombinasikan dengan warna seperti hijau atau biru mesti nampak menarik dan nampak manis. Tapi saya suka penyampaian lagu 'mentera semerah padi'. Cantik! Aksi Fira bersilat itu yang paling mahal.
* Fira banyak menjerit yang tidak sedap didengar.
* Fira kurang 'feel' membawakan lagu barunya.
# Sedikit kritikan.
# Selepas program ini Fira harus bersaing dengan ramai penyanyi yang hebat-hebat belaka. Walaupun dia sebenarnya mempunyai vokal yang sedap tetapi tidak konsisten.
# Juri awam beri markah 13
3) Chaq
@ Persembahan Pertama - Chaq menyampaikan rangkaian lagu 'tapi bukan aku' dan 'revolusi'. Saya suka tone suara Chaq menyanyikan lagu 'tapi bukan aku'. Uhhh...sedap didengar. Lagu 'revolusi' sungguh bertenaga apalagi dengan kemunculan gitaris kumpulan Hujan. Tapi saya kurang jelas dengan sebutan Chaq. Mungkin boleh diperbaiki lagi. Berdebar-debar saya menonton persembahan Chaq. (di belakang pentas, mentor Black macam minta simpati pula...)
@ Persembahan Kedua - Lagu baru ciptaan sepenuhnya Mentor Ajai bertajuk 'penjelasan satu persatu'. Fun lagu ni. Best. i like it. (uhhh...hansome pula c Chaq....hehehe...) Saya terhibur dengan persembahan Chaq. Mungkin sebab Chaq menyanyi sambil menari. (masalahnya badan aku pun turut bergoyang...musykil...hehehe) Saya menjangkakan lagu baru ni akan menjadi siulan ramai selepas ini.
@ Persembahan Ketiga - Medley lagu melayu dan inggeris. (kalau tidak silaplah...sebab masa Ally Iskandar umumkan my father belum habis bercakap on the phone...ayoyo...) Wow!! The best perfomance. Puas hati saya. Kalau Ajai bagi Chaq dan Stacy 'full fast song' saya rasa lagi menarik. Tapi ye lah... Ajai yang nak buat album Chaq takkanlah dalam satu album semua lagu 'fast'. Ini adalah salah satu persembahan terbaik dari Chaq dan yang terbaik malam ini (bagi saya). Kalau tidak jadi juara pun 'nda apa-apa'.
# Kritikan dari juri 'Vokal kurang sikit'
# Kata juri Zainal Abidin 'itu tidak mengapa kerana Chaq sudah ada tempat dalam industri ini'.
# Juri awam beri markah 19
* Chaq beruntung menjadi protege Ajai. Sudah pasti Ajai akan terbitkan album untuk Chaq. Laluan Chaq cukup luas dan selesa berbanding Black dan Fira.
Keputusannya.
Juara Mentor 3 ialah Black protege kepada Mas Idayu. Naib juaranya (my favourite finale) adalah Chaq. Ketiga Fira protege Lah Ahmad. Tahniah buat semua.
* Terharu tengok Black mematahkan rotan magic mentornya.
* Saya menjangkakan sekiranya Mas Idayu tidak terus menjaga anak didiknya mungkin nasibnya sama seperti Pija juara mentor musim pertama. Mereka banyak persamaan. Ketika dalam 'competition' mereka sering dihujani oleh puji-pujian, mereka ramai peminat, punya mentor yang cukup tegas tetapi selepas jadi juara terus sepi...
Perkara yang memalukan pada hari Sabtu...
Pada hari sabtu saya pi Alamanda mau kasi pos baju for my father and mine jugalah. Saya jalan naik bas jam 11.25 am. Perkara yang bikin malu betul. Senang-senang saya duduk dalam bas tiba-tiba saya tercium bau yang nda sedap. Saya tingu urang depan kipas-kipas idung. Saya pun cari dari mana itu bau. Rupa-rupanya tahi kucing terpalit di sandle saya. Ya Allah....busuk betul. Ntah dari mana la saya terpijak itu tahi 'tungau'. Malunya.. saya nda sabar-sabar lagi mau sampai di Alamanda. Urang depan nda abis-abis kipas idung. Urang belakang nda tau sy nda tingu. Saya pura-pura saja nda tau sebab bukan saya saja yang naik bas masa itu... tp urang depan mesti tau... Nasib baik tiada urang duduk di sablah saya. Geram betul saya Oooo.... Kucing siapa lah yang 'birak' merata tempat itu. Kalau saya jumpa saya 'injak-injak' itu....hehehehe...
Jumaat, 10 Julai 2009
Esok Cuti........gembira siut....
Rakan sejawatan Haniza Haryati hari ni last. Dia dapat transfer balik kg dia di Kedah...wow!!! bestnya.. saya bila la pula... saya pohon awal durang dapat dulu. Nda acii.... Haniza Haryati good luck for you...semoga success selalu...jangan lupa kami di sini tau... Maaf andai pernah buat salah atau singgung perasaan you...
***esok mau pi kasi pos baju di kg...rindu balik kg. Sabar tinggal 2 bulan saja lagi...
Khamis, 9 Julai 2009
MJ dalam kenangan....kata orang la...
p/s : "Elak cari bukti suami / kekasih curang"...jangan mencari-cari bukti jika mahu terus bersama kerana jika anda terus mencari bukti Allah pasti kemukakan kerana Allah maha Pengasih.
Isnin, 6 Julai 2009
Hope CHAQ Will Be A Winner...not easy for him
Hari sabtu lalu saya terlepas drama korea pukul 6.30 petang di 8tv. Saya cuma sempat tengok separuh saja. Minggu depan saya mesti tengok sebab hero dan heroinnya my favourite actor....(tapi lupa pula tajuk drama tu...)
Yang kelakarnya menonton drama 'kontrak Cinta'. Adakah kehidupan begitu ada realitinya? Tapi yang menarik minat saya watak 'Fahrin' yang meletakkan alasan untuk tidak berkahwin kerana takut dapat isteri seperti ibunya. Namun akhirnya dia berkahwin dengan wanita yang dicintainya sebiji macam ibunya. Oh no... i'm so afraid. Dulu saya pernah terfikir perkara sebegitu. Saya risau apabila terfikir tentang kahwin sebab saya takut kalau-kalau dapat suami yang panas baran macam bapa saya. Tapi apabila menonton drama tu.....Oh no!!!!.... Tapi benar kata orang walaupun kita meletakkan berbagai syarat untuk gadis atau jejaka idaman kita, apabila diri jatuh cinta syarat itu tiada apa-apa maknanya. Percaya atau tidak saya belum pernah jatuh cinta dengan lelaki....(cinta monyet banyak kali...hehehehe)...
Mengimbau persembahan Mentor 3 semalam saya suka Black menyanyi lagu 'madah berhelah'. Mungkin sebab nadanya tinggi.... Ini pertama kali saya suka persembahannya. Saya 'kureng' dengan Fira. Tapi saya puji sikapnya yang bersungguh-sungguh dan 'all out' dalam membuat persembahan. Chaq adalah peserta kegemaran saya. Ini adalah persembahan terbaik Chaq (bagi saya). Saya suka dengar suaranya ketika menyanyi lagu 'mengenangmu' dan 'selalu mengalah'. Tarian tak perlu cakap. Itu memang makanannya. Terus terang saya katakan, saya lebih suka suara Chaq berbanding Adam Af2, berbanding Zahid Gangstars, berbanding Rich Estranged, berbanding Tomok. Suara Chaq sedap didengar 'ada rasa'. Saya terkedu bila tengok markah Chaq cuma 56.50. Jika hanya dua peserta yang mara ke final perjalanan Chaq terhenti di sini. Namun Ally Iskandar mengumumkan ketiga-tiga mereka akan ke final. Al-Hamdulillah. Saya musykil betul...rendah sangat ke markah yang juri bagi dengan Chaq?...atau markah sms yang rendah?. Nasib baik juri awam beri markah yang baik. Saya amat berharap di final nanti Chaq dan Ajai akan buat yang terbaik. Saya juga berharap peminat-peminat Chaq akan terus menyokongnya dengan menghantar undian. Kalau tidak dapat jadi juara, naib juara pun jadilah. Amiin. Actually i hope so Chaq will be a winner in this session. But, when i compare with Black....as like...not easy for Chaq...but as like a people say...nothing imposibble int the world... hope Chaq will be all out ...make a great perform and a magic will be ....(man no kopio Chaq...kada po alang-alango...inda om man ih asandi-sandi)....
p/s ; sy try kunun vote c chaq mentor5. sy mau test barapa duit kana talan...2 kali lagi tu. sy takajut moti oi...5 rggt ilang. ingat om 1 kali antar 0.50 saja kana putung. Oh no... nasib baik juga c chaq ada chan pi final...nda rugi duit sy....hehehehe
Jumaat, 3 Julai 2009
Kuroyon Poddi....
Semalam saya menonton drama 'Flaming Butterfly'. Basah pipi saya. Sedih siut. Saya dapat bayangkan bagaimana sakitnya apabila orang yang kita sayang dan percaya rupa-rupanya ada menyimpan perasaan curiga kepada kita. Kalau setakat kawan-kawan mungkin itu boleh diterima tetapi dalam rumahtangga itu tidak masuk akal dan sepatutnya tidak berlaku. Tapi siapa kita untuk menduga semua itu kan? Walaupun kita gagah pertahankan bahawa diri kita tidak akan begitu tetapi kalau diri sendiri yang berada di tempatnya pasti sebaliknya. Saya pun tidak berani menjamin saya seorang wanita yang pemaaf, saya seorang wanita yang sabar, saya seorang wanita yang dipercayai atau saya seorang wanita yang setia... kerana saya mudah berubah apabila terluka...walaupun saya tahu saya tidak mudah terluka tetapi apabila telah terluka saya tidak mudah melupakannya.. Saya amat berharap kawan-kawan saya yang sudah melayari kehidupan berumahtangga akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.. kalu begaduh tu kenyit-kenyit la mata supaya urang sebelah tersenyum....
p/s : malam ni kena kira bajet takut bisuk bajet lari...nda pulang aku...tidur di bustop tiada tambang mau pulang putrajaya...hehehe...
Rabu, 1 Julai 2009
Gerammmmmm.........nnyaaaaaaaaa..........
hishhh....asyik berangan sj macam mana mau dapat kan... Lupakan saja.... kalu mau cari boprind cari sj la urg sabah...senang sikit mau muli kampung.... Huh!!! berangan pun penat juga...kwang kwang kwang...
Hehehe...kengkawan sebelah sibuk cerita pasal forumer mengutuk kerani...kesian kan?...apa bulih buat ba... sabar saja. urg yg mengutuk tu pun blm tau lg bagus... buat apa mau jealous2...syukurla, yg penting ada kerja yg penting nda merempat mengemis, yakin lah dengan rezeki masing2...bukan semua pekerja goverment tu hidup bahagia dan bukan semua pekerja swasta tu hidup sengsara...kerja d mana pun sama saja cuma mungkin ada perbezaan dari segi kemudahan. Pokoknya bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.
Semalam saya sempat menonton drama "segalanya ku terima" di tv3. Tragis! Benarkah kekayaan boleh mengubah sifat kemanusiaan manusia? Benarkah kekayaan boleh menjadikan manusia bertindak kejam sesama sendiri? Saya tidak dapat bayangkan kehidupan begitu. Nauzubillah. Biarlah hidup serba sederhana janji gembira dan bahagia. Kalau diberi pilihan antara kekayaan dan kesihatan saya akan pilih kesihatan. Sebab kalau sihat hidup pasti gembira dan bahagia.
p/s : Tahniah buat Joanna kerana menggondol gelaran naib juara bintang RTM 2009. Dia juga meraih anugerah persembahan terbaik dan bintang paling popular sms. Harap2 Joanna dapat memberi saingan hebat dengan penyanyi dari program realiti yang lain.
