Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 13 Julai 2009

Black Juara... CHAQ Kedua...

Semalam saya menonton Final Mentor 3. Final yang saya nanti-nantikan kerana selain dari mementingkan aspek vokal, persembahan paling menarik banyak gimik. Seronok siut!. Satu pembukaan yang bertenaga oleh 3 bekas finalis yang tersingkir. Membawakan lagu tema program ini 'tunjuk ajarmu Sifu'. Tapi terus terang saya katakan 'i don't like'. Vokal mereka berserabut. Kah saya yang salah dengar? 'suara Thye di mana?' ... Juri professional yang diundang ialah Acis, Zainal Abidin dan Syed Haikal (from singapore). Nasib baik juri yang dijemput semuanya baik-baik belaka.



1) Black

@ Persembahan pertama - Medley lagu-lagu 'jeritan batinku, jangan kau mimpi dan nakal'. Bagi saya persembahannya ok-ok saja.

@ Persembahan kedua - Medley lagu-lagu lama 'di alam fana cinta dan sinar' berduet dengan Shamrin dan Mus May. Rangkaian lagu-lagu lama yang saya minati. Boleh Tahan persembahannya. Range suaranya boleh dikatakan sesuai dan berjaya. Tapi saya tidak gemar dengar mereka menyanyi seperti banyak menjerit.

@ Persembahan ketiga - Lagu baru 'Aku rindu sayang kamu'. Saya tidak pasti pencipta lagu ini. Boleh tahan lagu ni. Suara Black sesuai dan sedap didengar. Tapi pelik pula cara Black duduk depan gadis tu...kelakar!!!



* Apa yang saya suka dengan Black adalah dia mempunyai nota suara yang cukup tinggi untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
* Ini bukan persembahan terbaik dari Black yang pernah saya tonton.



# Black mendapat komen positif dari para juri.
# Juri Awam memberi markah 14



2) Fira

@ Persembahan Pertama - Lagu baru bertajuk 'bukan niatku'. Dengar tajuk saja macam menarik. Boleh tahan juga lagu ni. Tapi saya rasa Fira ada masalah dengan penyampaian lagu ni..'kureng'. Fira menyanyi macam takut orang yang sedang tidur lena terjaga....

@ Persembahan Kedua - Lagu medley bahasa inggeris (tak ingat tajuk...tak sempat nak tulis). Fira berduet dengan artis kelahiran program realiti Gangstarz 2, One Nation MC. Mula-mula risau tengok Fira sebab ONMC bukan calang-calang. Mereka sungguh energetik di atas pentas. Saya tidak menumpukan sepenuhnya persembahan ini kerana my father call.

@ Persembahan Ketiga - Medley lagu 'atas nama cinta, joget berhibur dan mentera semerah padi'. Lagu pertama kurang 'kik'. Ramai-ramai artis yang nyanyi lagu "Rossa" ni bagi saya hanya Stacy yang dapat membawakannya dengan baik sekali. Sayang sekali baju Fira tidak menarik. Kalau warna merah dikombinasikan dengan warna seperti hijau atau biru mesti nampak menarik dan nampak manis. Tapi saya suka penyampaian lagu 'mentera semerah padi'. Cantik! Aksi Fira bersilat itu yang paling mahal.



* Fira banyak menjerit yang tidak sedap didengar.
* Fira kurang 'feel' membawakan lagu barunya.



# Sedikit kritikan.
# Selepas program ini Fira harus bersaing dengan ramai penyanyi yang hebat-hebat belaka. Walaupun dia sebenarnya mempunyai vokal yang sedap tetapi tidak konsisten.
# Juri awam beri markah 13


3) Chaq

@ Persembahan Pertama - Chaq menyampaikan rangkaian lagu 'tapi bukan aku' dan 'revolusi'. Saya suka tone suara Chaq menyanyikan lagu 'tapi bukan aku'. Uhhh...sedap didengar. Lagu 'revolusi' sungguh bertenaga apalagi dengan kemunculan gitaris kumpulan Hujan. Tapi saya kurang jelas dengan sebutan Chaq. Mungkin boleh diperbaiki lagi. Berdebar-debar saya menonton persembahan Chaq. (di belakang pentas, mentor Black macam minta simpati pula...)

@ Persembahan Kedua - Lagu baru ciptaan sepenuhnya Mentor Ajai bertajuk 'penjelasan satu persatu'. Fun lagu ni. Best. i like it. (uhhh...hansome pula c Chaq....hehehe...) Saya terhibur dengan persembahan Chaq. Mungkin sebab Chaq menyanyi sambil menari. (masalahnya badan aku pun turut bergoyang...musykil...hehehe) Saya menjangkakan lagu baru ni akan menjadi siulan ramai selepas ini.

@ Persembahan Ketiga - Medley lagu melayu dan inggeris. (kalau tidak silaplah...sebab masa Ally Iskandar umumkan my father belum habis bercakap on the phone...ayoyo...) Wow!! The best perfomance. Puas hati saya. Kalau Ajai bagi Chaq dan Stacy 'full fast song' saya rasa lagi menarik. Tapi ye lah... Ajai yang nak buat album Chaq takkanlah dalam satu album semua lagu 'fast'. Ini adalah salah satu persembahan terbaik dari Chaq dan yang terbaik malam ini (bagi saya). Kalau tidak jadi juara pun 'nda apa-apa'.


# Kritikan dari juri 'Vokal kurang sikit'

# Kata juri Zainal Abidin 'itu tidak mengapa kerana Chaq sudah ada tempat dalam industri ini'.

# Juri awam beri markah 19

* Saya berharap jika Chaq buat album nanti, akan ada satu lagu dia berduet dengan stacy.
* Chaq beruntung menjadi protege Ajai. Sudah pasti Ajai akan terbitkan album untuk Chaq. Laluan Chaq cukup luas dan selesa berbanding Black dan Fira.



Keputusannya.



Juara Mentor 3 ialah Black protege kepada Mas Idayu. Naib juaranya (my favourite finale) adalah Chaq. Ketiga Fira protege Lah Ahmad. Tahniah buat semua.

* Terharu tengok Black mematahkan rotan magic mentornya.

* Saya menjangkakan sekiranya Mas Idayu tidak terus menjaga anak didiknya mungkin nasibnya sama seperti Pija juara mentor musim pertama. Mereka banyak persamaan. Ketika dalam 'competition' mereka sering dihujani oleh puji-pujian, mereka ramai peminat, punya mentor yang cukup tegas tetapi selepas jadi juara terus sepi...




Perkara yang memalukan pada hari Sabtu...

Pada hari sabtu saya pi Alamanda mau kasi pos baju for my father and mine jugalah. Saya jalan naik bas jam 11.25 am. Perkara yang bikin malu betul. Senang-senang saya duduk dalam bas tiba-tiba saya tercium bau yang nda sedap. Saya tingu urang depan kipas-kipas idung. Saya pun cari dari mana itu bau. Rupa-rupanya tahi kucing terpalit di sandle saya. Ya Allah....busuk betul. Ntah dari mana la saya terpijak itu tahi 'tungau'. Malunya.. saya nda sabar-sabar lagi mau sampai di Alamanda. Urang depan nda abis-abis kipas idung. Urang belakang nda tau sy nda tingu. Saya pura-pura saja nda tau sebab bukan saya saja yang naik bas masa itu... tp urang depan mesti tau... Nasib baik tiada urang duduk di sablah saya. Geram betul saya Oooo.... Kucing siapa lah yang 'birak' merata tempat itu. Kalau saya jumpa saya 'injak-injak' itu....hehehehe...



p/s : pagi tadi hati saya terusik lagi...jumpa lelaki hansome...tengok like orang sabah...tapi macam pemalu orangnya...aiyoooo... i dah jumpa dia 2 kali... uhh..perasan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou