Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 17 Julai 2009

Esok Cuti nak buat apa?????

Hari ini macam seronok saja sebab kerja semua beres... Gembira sebab esok cuti hujung minggu. Tapi tak tau nak buat apa.... Semalam saya tengah iron baju saya terdengar 'ustaz Shamsul Ariffin akan memperdengarkan bacaannya'...wow! apalagi saya pun berlari menggapai buku tafsir al-Quran. Saya nak dengar dan semak bacaan juga tarannumnya kerana dulu saya belajar tarannum merujuk ustaz saya (Mohd Khairuddin) dan kaset belajar tarannum ustaz Shamsul Ariffin. Saya suka dengar suara dia. Masa dia persembahkan bacaan dia hanya menggunakan tarannum yang mudah, ringan dan ringkas. Bolehlah ikut sikit-sikit..(ustaz Shamsul Ariffin adalah juara menunggu tahun lalu...)

Semalam juga bermulanya drama Korea 'Gourmate'. Macam best saja drama ni tapi tak tau lagi sebab cerita baru bermula. Dan yang pastinya drama Korea 'world within' esok saya nanti-nantikan. Habislah esok tak tau nak buat apa.. lepak sajalah di rumah makan dan tengok tv. Kalau tak silap saya malam ini ada siaran langsung Shout Award di 8tv. Nak tengok juga...harap-harap Ayu, Stacy dan Marsha akan menang. Saya harap juga Ayu dan Stacy akan bawa kejayaan di Jakarta sempena Anugerah Planet Muzik 2009. Kalau tidak menang anugerah pun sekurang-kurangnya mereka beri persembahan yang menakjubkan dan meninggalkan impak kepada penonton di sana. Jika ada rezeki mereka bakal diterima oleh peminat seni muzik di sana.
Tunggu dan lihat sajalah.


p/s : Aku harap esok ada sinar kegembiraan buatku.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou