Bergenang air mata menonton drama 'Nur Kasih'. Sampai hati Adam buat begitu. Geram. Kasihan Nur Amina. Cita-cita dan rumahtangganya tercalar. Saya nak ikuti drama ini sehingga ke penghujungnya. Insya-Allah. Adakah pengarah atau penulis drama ini akan menyatukan semula Adam dan Nur Amina atau sebaliknya. Atau mungkin Nur Amina akan bersama dengan Aidil. Saya berharap drama ini berakhir dengan kebahagiaan Nur Amina dan kekesalan kepada Adam. Saya benci watak Adam dalam drama ni. Walaupun perkahwinan mereka atas pilihan keluarga, Adam sepatutnya cuba belajar untuk menerima seadanya seperti Nur Amina melakukannya. Saya tidak pasti adakah kehidupan begitu di dunia realiti. Sesiapa yang mengalaminya sabar sajalah. Terimalah seadanya.
Hari sabtu lalu saya terlepas drama korea pukul 6.30 petang di 8tv. Saya cuma sempat tengok separuh saja. Minggu depan saya mesti tengok sebab hero dan heroinnya my favourite actor....(tapi lupa pula tajuk drama tu...)
Yang kelakarnya menonton drama 'kontrak Cinta'. Adakah kehidupan begitu ada realitinya? Tapi yang menarik minat saya watak 'Fahrin' yang meletakkan alasan untuk tidak berkahwin kerana takut dapat isteri seperti ibunya. Namun akhirnya dia berkahwin dengan wanita yang dicintainya sebiji macam ibunya. Oh no... i'm so afraid. Dulu saya pernah terfikir perkara sebegitu. Saya risau apabila terfikir tentang kahwin sebab saya takut kalau-kalau dapat suami yang panas baran macam bapa saya. Tapi apabila menonton drama tu.....Oh no!!!!.... Tapi benar kata orang walaupun kita meletakkan berbagai syarat untuk gadis atau jejaka idaman kita, apabila diri jatuh cinta syarat itu tiada apa-apa maknanya. Percaya atau tidak saya belum pernah jatuh cinta dengan lelaki....(cinta monyet banyak kali...hehehehe)...
Mengimbau persembahan Mentor 3 semalam saya suka Black menyanyi lagu 'madah berhelah'. Mungkin sebab nadanya tinggi.... Ini pertama kali saya suka persembahannya. Saya 'kureng' dengan Fira. Tapi saya puji sikapnya yang bersungguh-sungguh dan 'all out' dalam membuat persembahan. Chaq adalah peserta kegemaran saya. Ini adalah persembahan terbaik Chaq (bagi saya). Saya suka dengar suaranya ketika menyanyi lagu 'mengenangmu' dan 'selalu mengalah'. Tarian tak perlu cakap. Itu memang makanannya. Terus terang saya katakan, saya lebih suka suara Chaq berbanding Adam Af2, berbanding Zahid Gangstars, berbanding Rich Estranged, berbanding Tomok. Suara Chaq sedap didengar 'ada rasa'. Saya terkedu bila tengok markah Chaq cuma 56.50. Jika hanya dua peserta yang mara ke final perjalanan Chaq terhenti di sini. Namun Ally Iskandar mengumumkan ketiga-tiga mereka akan ke final. Al-Hamdulillah. Saya musykil betul...rendah sangat ke markah yang juri bagi dengan Chaq?...atau markah sms yang rendah?. Nasib baik juri awam beri markah yang baik. Saya amat berharap di final nanti Chaq dan Ajai akan buat yang terbaik. Saya juga berharap peminat-peminat Chaq akan terus menyokongnya dengan menghantar undian. Kalau tidak dapat jadi juara, naib juara pun jadilah. Amiin. Actually i hope so Chaq will be a winner in this session. But, when i compare with Black....as like...not easy for Chaq...but as like a people say...nothing imposibble int the world... hope Chaq will be all out ...make a great perform and a magic will be ....(man no kopio Chaq...kada po alang-alango...inda om man ih asandi-sandi)....
p/s ; sy try kunun vote c chaq mentor5. sy mau test barapa duit kana talan...2 kali lagi tu. sy takajut moti oi...5 rggt ilang. ingat om 1 kali antar 0.50 saja kana putung. Oh no... nasib baik juga c chaq ada chan pi final...nda rugi duit sy....hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou