Drama 'Flaming Butterfly' melabuhkan tirainya semalam. Ia seperti yang saya jangkakan. 'Christ' telah sedar dari koma. Penjelasannya kepada 'Sum Yen' telah merapatkan kembali ketegangan hubungan antara 'Sum Yen' dan 'Sum Yi'. Hubungan yang amat diperlukan ketika 'Sum Yi' hampir-ampir putus harapan. Akhirnya 'Ka Keong' tewas juga kepada kehebatan 'Sum Yi' (padan muka dia..hehehe). Hebatnya kekuatan cinta antara 'Hock Yu' dan 'Sum Yi'. Kisah percintaan yang penuh dengan halangan berpisah dan bertemu semula. Kematangan dan kebijaksanaan 'Sum Yi' banyak membantu mengukuhkan jalinan percintaan sekaligus ke ambang perkahwinan. Namun setelah lima tahun bersama kepercayaan dinodai hati dilukai. Hampir-hampir berpisah namun akhirnya bersama juga. Kehebatan cinta dan kebahagiaan yang disemai oleh 'Hock Yu' dan 'Sum Yi' tercalar setelah lima tahun melayari bahtera hidup berumahtangga. Kata orang 'hidup berumahtangga betul-betul teruji pada usia perkahwinan lima tahun'. Siapa yang pernah mengalaminya pasti tahu benar atau tidak kenyataan di atas. Pada saya dalam apa jua perkara kesabaran dan kepercayaan adalah tunjang utama. Kesabaran boleh mengatasi semua permasalahan selagi kepercayaan masih wujud. Cuma yang saya tidak setuju, kenapa semua drama yang berkisarkan bisnes mesti ada dialog 'dalam bisnes tidak boleh terlalu jujur'. Apa maksudnya?.. Sedangkan kerjaya Rasulullah s.a.w pada zamannya ada perniagaan. Apa bezanya berniaga zaman dulu dan zaman sekarang? Saya pun tidak tahu. Hanya pakar ekonomi yang mampu menjawabnya.
Semalam hari kedua Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ke 52 yang berlangsung di Perak dan bersiaran langsung di TV1. Saya sempat menyaksikan bekas pemenang ketiga Akademi al-Quran musim pertama iaitu Amirrahman Abad yang mewakili Wilayah Persekutuan. Saya pernah menyimpan impian untuk menyertai MTQ peringkat negeri dan kebangsaan tetapi proses pembelajaran tarannum menjadi perlahan apabila mula bekerja di Putrajaya ogos 2003. Namun saya masih mengharapkan ia akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Insya-Allah.
My favourite korean drama 'World Within'....tak sabar nak tengok sabtu ni.
p/s :- "orang baik sentiasa diberkati"....( tadi tejumpa jejaka tu...alahai...nasib baik kali ni hati tidak berbunga-bunga....hehehe...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou