Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Hari Lahir


31 ogos bukan sahaja tarikh keramat negara kita Malaysia tetapi juga tarikh keramat buat adikku kerana dilahirkan pada tarikh tersebut cuma tahun yang berbeza. Di kesempatan ini saya dedikasi ucapan istimewa buat adikku yang disayangi 'SELAMAT HARI JADI...semoga terus menjadi insan berjaya yang boleh dibanggakan oleh ibu ayah, bahagia selalu, sihat selalu dan senyum selalu'. Siou kio abis nga ingga present ka diolo. Ingga bajet kaka. Minanangkus o tusin. Auh nasampatan do manampoh. Soruai suai tadau. Kada kotogod kio. Balanjan oku no kouli oku kio.. Tadi suda antar sms tapi suda tidur kali. ※?????









SO ; tapi betul ba. Taun ni bajet banyak lari. Balik kg nda bulih berpoya-poya as long as like before. Nda la dapat jalan-jalan selalu. Duduk la aku diam-diam di rumah. Mama aku bilang apa susah-susah pigi memutung la. Hehehe.... Hantam saja la labu...

Ahad, 30 Ogos 2009

Disebalik Deruan Ombak...


Biar apa mereka kata Gelora itu tetapkan kuhadapi Datanglah setinggi mana Mutiara bertuah ini akan terus menerokai ke dasar Mengintai setiap lubuk mencari permata hati.... Dengarlah setulus hatimu Gemersik nyanyian ombak Tanyalah rahsia diri Apa yang tersembunyi di sebalik deruan ombak.... Aku masih lagi di sini Antara sedar dengan tidak Sekadar mampu mendongak Terapung bersama bahtera di muara samudera Sedangkan tekadku masih tetap utuh.... Tapi jangan salahkan aku Aku juga insan lemah Keinginan yang membara Tunduk pada kekuasaan alam Tiada upaya menentukan arah.... Namun harus diingat Akukan bangkit semula Untuk lebih kuat dan utuh.... Akan kudendangkan lagu ceria Deru suara hati menangkap makna sunyi Dan di sini ku terapung bergelut ombak deras Mengharap sesuatu sinar yang pasti Dan akan kujeritkan kepada dunia AKULAH JUARA!...





Mkbs ; huh! Cepatnya masa berlalu. Hari ni masuk hari ke 9 umat islam Malaysia berpuasa. Sekejap kan? Sehari lagi akan memasuki bulan september. Benci dan gembira. Gembira sebab nda sabar suda mau muli kampung. Benci sebab umur semakin meningkat. Oh no!.... Nu no sorohon nu... Pogoyon oh pemusarahan ka diama.....

Jumaat, 28 Ogos 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara 31 Ogos 1957. Semoga Malaysia akan terus aman dan makmur. Insya-Allah. Amiin.


Selamat bercuti untuk semua rakyat Malaysia.
so : seronok nak bercuti tiga hari....tp ntah mau buat apa cuti ni...bulan posa kan...tp sy nda posa tei... bulih la makan-makan hehehe....


Khamis, 27 Ogos 2009

Berjaya kah Khatam Ramadhan kali ini....

Juz’ 1 – Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141
Juz’ 2 – Al Baqarah 142 - Al Baqarah 252
Juz’ 3 – Al Baqarah 253 - Al Imran 92
Juz’ 4 – Al Imran 93 - An Nisaa 23
Juz’ 5 – An Nisaa 24 - An Nisaa 147
Juz’ 6 – An Nisaa 148 - Al Ma’idah 81
Juz’ 7 – Al Ma’idah 82 - Al An’am 110
Juz’ 8 – Al An’am 111 - Al A’raf 87
Juz’ 9 – Al A’raf 88 - Al Anfal 40
Juz’ 10 – Al Anfal 41 - At Tauba 92
Juz’ 11 – At Tauba 93 - Hud 5
Juz’ 12 – Hud 6 - Yusuf 52
Juz’ 13 – Yusuf 53 – Ibrahim 52
Juz’ 14 – Al Hijr 1 – An Nahl 128
Juz’ 15 – Al Isra (or Bani Isra’il) 1 - Al Kahf 74
Juz’ 16 – Al Kahf 75 – Ta Ha 135
Juz’ 17 – Al Anbiyaa 1 - Al Hajj 78
Juz’ 18 – Al Muminum 1 - Al Furqan 20
Juz’ 19 – Al Furqan 21 - An Naml 55
Juz’ 20 – An Naml 56 - Al Ankabut 45
Juz’ 21 – Al Ankabut 46 - Al Azhab 30
Juz’ 22 – Al Azhab 31 - Ya Sin 27
Juz’ 23 – Ya Sin 28 - Az Zumar 31
Juz’ 24 – Az Zumar 32 - Fussilat 46
Juz’ 25 – Fussilat 47 - Al Jathiya 37
Juz’ 26 – Al Ahqaf 1 - Az Zariyat 30
Juz’ 27 – Az Zariyat 31 - Al Hadid 29
Juz’ 28 – Al Mujadila 1 – At Tahrim 12
Juz’ 29 – Al Mulk 1 - Al Mursalat 50
Juz’ 30 – An Nabaa 1 - An Nas 6

Rabu, 26 Ogos 2009

Antara Luahan Hati & Bicara Hati...sisipan luka mengundang dendam??


Suatu kebiasaan menjadi duri, biasa terdengar menjadi terasing, alah bisa tegal biasa, mengapa tiba-tiba rasa terguris, setelah enam tahun keteguhan tembok air mata itu tercalar...gugur akhirnya.

08/25/09 - tadau yang bikin panas. Kalu bulih sa mau umpok tulu dia. Macam sa mau kondul mato dia..macam sa mau kasi pawi reh dia... Straight forward to my story... Mohd Reza call me and ask 'macam mana susunan...' i said 'sy susun ikut turutan pada senarai semak. Tempoh hari Nazarie tegur'. He just quiet. Mohd Reza ask again 'kenapa tak stepler. Ubat stepler dah habis ke? Pn Saleha tak bagi ubat stepler ke? Nak saya bagi...'. I'm so surprised and make me think why he saying that.. My answer...'untuk memudahkan sy fotostat bila mau hantar pigi unit akaun'. Mohd Reza jawab pula 'nak kena fotostate ke?'. Aikkk dia tak tau ke? Sy jawab 'ya..'. Tanya lagi 'tak boleh fotostat siap-siap'. In my mind first..dia ni biar betul..macam biul. My answer 'sudah sign semua baru fotostat'. Mohd Reza tidak puas hati. Dia cakap lagi 'bila nak fotostat selak la satu-satu'. Busul dia naragas. Sy jawab 'sy fotostat sekaligus'. Mohd Reza belum puas hati lagi. 'kalau tak stepler, salah satu helaian tercicir macam mana?' Amboi biasa buat nampak. Uuhhh..yang ini sy tak terjawab. Just queit but hot. What is the answer? I know my face tebal masa itu. Nak marah nak nangis pun iya. Last he said 'ok la, lain kali stepler'. 'ok la lain kali sy stepler'. Sy pun beredar dengan rungutan 'hish itu pun masalah besar'. Sy nda tau dia dangar nda... Persoalannya apa kes stepler tidak baucar panjar tu??? Kesimpulannya, 'dia terasa sebab sy bagi Aizuddin Aizat sebagai peraku pertama'... Sy musykil juga kenapa arahan Mohd Reza dengan Nazarie selalu berbeza? Kata bestfriend... Kah Nazarie sengaja buat begitu. Broken my heart, so angry and hot. (Sy berdoa agar dia ditimpa kemalangan..puas hati sy).. *ok la mau tidur dulu nanti tidak terbangun sahur. Uowah...dah pukul 1.30 pagi dah...ngantuk ba.. Bye...

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadhan Menjelang Lagi


Insya-Allah lusa umat islam akan berpuasa. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi ruang untuk menikmati lagi ramadhan ini. Dalam sibuk-sibuk nak puasa saya tak sabar nak bercuti balik kampung. Rindu sangat. Tak sabar nak tengok perubahan di kampung. Terutamanya dengan dua adik bongsu (gambar). Kata mak 'besar suda ba durang'. Nak tengok keadaan wajah ayah. Mak kata 'gigi atasnya suda tiada' (hehehe). Nak tengok adik 'kanak'. Mak kata 'nakagahui suda ba dia'. (Agahui dari sy ka?). Nak tengok adik 'kija' dan 'leng2'. Kata mak 'durang agayo takan. Perut baladar'. (Suda membesar kali tu). Nak tengok adik lelaki bongsu yang kepala batu. (Suda insaf belum?). Nak tengok adik 'tani'. Mak kata 'rajin-rajin suda siiikit'. (Kalu betul selamat sy. Bulih la sy jadi puteri hehe). Nak tengok sudah bertambah belum uban mak. (Hehehe). Dan yang penting, sempat ke tak saya makan rambutan belakang rumah... Macam-macam perubahan katanya. Tahun ini saya balik kampung awal seminggu sebelum syawal. Nak menikmati dengan lebih dalam lagi makna 'bersahur...berpuasa bersama keluarga tercinta'. 



Berangan nak jadi ahli korporat berjasa,
budi dihulur dengan hati yang luhur,
lusa kita akan berpuasa,
alahai malasnya nak bangun pagi bersahur,
bila bangun sahur memang bercinta,
nak sumbat nasi sungguh tak rela.


Burung terbang atas bumbung rumah pangsa,
cik ayam tak pandai panjat pokok kelapa,
setiap kali tiba masa berbuka puasa,
kepala pening fikir menu nak masak apa.


Kepada sahabat dan kawan-kawan Salam Ramadhan al-Mubarak dan SELAMAT MENYAMBUT DAN MENJALANI IBADAH PUASA. Akhirnya, mohon ampun dan maaf atas segala salah silap kata mengata, moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya. Amiin.




SO ; kejang jari jemari menaip blog via phone..tengah tension memikirkan presentation perkongsian ilmu kewangan next week..campur stress 'cuti dibekukan'...cis! Ponoruon ku nopo sutiku. Tidak dilupakan tahniah buat Norhanakausar kerana berjaya ke final MTQ peringkat JPA.

Rabu, 19 Ogos 2009

Audit Nak Datang???????.............

Semalam kitaorang dimaklumkan yang audit akan datang tengok kitaorang proses bayaran dari awal hingga akhir. Huh!! macam mana tu?.... macam tu lah kan??...hehehe... rasa stress pula. Ye lah orang nak tengok kita buat kerja. Tapi baiknya supaya mereka faham kerja kita dan takkan 'quiry' sesuka hati. Sesuka hati ke?... kalau puan zaleha jpm tau bengang dia. hehehe... harap-harap semua ok. Tapi sebenarnya dalam hati mengharap mereka tak datang atau pergilah tengok LSP pula. Tempoh hari ketua akauntan dah tengok kita... Audit Audit Audit.... Apa-apa pun harap semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah.


so ; tadi pagi sy tejumpa lagi tu kusai. uppsss...warna baju tesama pula..uhhh malunya...hehehe...

Isnin, 17 Ogos 2009

PILIH KASIH?? Memang Pilih Kasih

Semalam saya berkesempatan menonton program realiti 'Pilih Kasih' di TV2. Walaupun saya tidak mengikuti program tersebut tetapi semalam saya akui memang 'bestlah'. Syabas kepada produksi Pilih Kasih. Di akhir penutup peneraju utama program ini iaitu Rosyam Nor mengumumkan akan ada Pilih Kasih 2 'bagi mereka yang berani'. Saya mengharapkan peserta Pilih Kasih yang akan datang dipilih dari mereka yang bukan sahaja pandai berlakon tetapi pandai menyanyi. 'Real sikit'.

Pemenang Program Pilih Kasih.

Pelakon Wanita Terbaik : Wanina Zaki
Pelakon Lelaki Terbaik : Sofian Bujang

Juara : Iqbal hasari (0.36% + 39 = 39.36)
N. Juara : Reza Hasbi (24.27% + 12 = 36.27)
Third : Indera Hafiz (17.59% + 14 = 31.5)
Fourth : Nabila Dally (3.45% + 25 = 28.45)
Fifth : Wanina Zaki (0.67% + 26 = 26.67)

Yang saya suka
* Saya suka Sofian Bujang. Nasib baik dia menang pelakon lelaki terbaik.
* Saya suka persembahan monolog Liana Jasmyn. Dia memang layak menang anugerah pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-22. (Liana boleh jadi pelapis kepada Erra Fazira dan Maya Karin)
* Terharu dengan persembahan Amy Search walaupun pada awalnya seolah-olah 'mic tak on'. Bagi mereka yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan program ini tentu akan terasa kehilangan.

Yang saya tidak suka
* Saya tidak suka Kak Engku mengacara. Terpekik-pekik selalu pula buat salah (tapi pandai cover) as like Ally Iskandar...mentor 3
* Sofian Bujang tidak tersenarai dalam top 5
* Tak suka persembahan Azlan the typewriter. Ntah apa-apa saja.

kenapa???
* Persembahan terakhir selepas monolog kumpulan ketiga, watak 'Reza' terlalu ditonjolkan. Tapi melihat wajahnya, tariannya dia wajar mendapat undian sms tertinggi.

Geram!!!!
Dari awal menonton drama pendek 'pemburu' dan 'mangsa' saya teringin sekali nak tahu siapa pemegang watak yang memakai topeng tu...kejam sungguh...sungguh menyakitkan hati...rupa-rupanya Rosyam Nor. Kurang asam betul. Macam nak lepuk saja kepala Rosyam Nor.

mkbs : sedih dengan segmen 'ustaz Asri'. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. al-Fatihah.

Kecewa Kah? Renunglah gambar tu...


Kecewa!kecewa!kecewa! Kecewa sebab tiada satu pun wakil negara dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad. Saya mengharapkan pemain utama negara akan berjaya sekurang-kurangnya ke separuh akhir. Malangnya Dato' Lee Chong Wei kecundang di tangan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro pada peringkat semi final. Harapan untuk melihat gandingan beregu negara Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong ke saingan akhir juga tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu utama Korea Jung Jae Sung - Lee Young Dae. Namun tahniah diucapkan kerana mereka bersungguh-sungguh memberi saingan kepada pihak lawan. Pada saingan akhir China sudah memiliki dua kemenangan apabila dalam perseorangan lelaki dan wanita, mereka bersaing sesama sendiri. Manakala bagi beregu lelaki negara itu perlu menewaskan pemain handalan dari Korea. Indonesia ada wakil dalam acara beregu campuran. Sebenarnya saya juga mengharapkan Taufik Hidayat (kekasih gelapku..:-P) akan ke finale untuk bertemu dengan Lin Dan tetapi apakan daya.

 SO : sa nda tingu saingan akhir abis nga nda ada wakil Malaysia. Kecewa suda kan....hehehe;-) sebab i write this via my phone...nda banyak cerita...panat ba mau taip...hahaha

Khamis, 13 Ogos 2009

Qariah Wanita Malaysia Juara.........

Semalam MTQ melabuhkan tirainya.

Keputusannya.

Qari

1) Usmah Abdullah - Iraq (91.96%)
2) Jafar Hadi Fardi - Iraq (91.92%)
3) Azhar Darma Djunaidi - Indonesia (91.71%)
4) Mohd Sadid Abd. Latif - Singapore (91.17%)
5) Awang Muhd Fahmie Awang Matusin - Brunei (91.12%)

Qariah

1) Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman - Malaysia (94.75%)
2) Natipa Manasia - Thailand (88.46%)
3) Hajah Nurul Akmalina Hj Yahya - Brunei (86.21%)
4) Rosita Amran - Indonesia (85.92%)
5) Atiqah Suhaimi - Singapore (84.17%)


mkbs ;- saya juga ada impian untuk menduduki takhta itu....saya berharap ia akan menjadi realiti suatu ketika nanti.....

Selasa, 11 Ogos 2009

AKHIRNYA..............




dalam dewan (sempat tangkap gambar....)








Saya telah berkesempatan untuk menghadirkan diri pada MTQ peringkat antarabangsa pada 7/8/2009. Akhirnya tercapai juga hasrat saya. Itu pun setelah lima tahun. Sebelum ini teringin sangat nak pergi tetapi banyak sangat halangan antaranya tiada teman dan juga perasaan nak pergi seperti 'hangat-hangat tahi ayam'. Tapi kali ini saya terus nekad. Manalah tahu tahun depan saya sudah berpindah ke Sabah. Nasib baik kawan serumah Tija setuju. Kami ke PWTC dengan menaiki train. Kami tiba di sana lebih kurang jam 8 malam dan solat maghrib di sana.
*****saya sambung kemudian. banyak lagi ceritanya*******

Selasa, 4 Ogos 2009

Naragas Betul!!!!

Panas betul sy ooo... sy bukan nda suka dia tapi cara dia tu macam sot saja ba. Kamarin dia pangil sy tanya pasal bayaran. Sepatutnya dia semak butul-butul dulu ini nda. Yang bikin panas sakali tingu nga dia yang salah tingu...ko tau apa dia cakap 'saja mau tingu muka, ko' Ya ka? Why? she's a boss. Why must she do that. Telingung butul. itu pt dia pun sama-sama telingung. Buat salah tanya urang. Sakit ati sy oo....macam mau minta pagung. Naragas butul!!!!! orutum kopio. Kamarin juga ada saringan tilawah. sy mau ikut daa nga Mak Mah cakap sy baru lagi kaka juara. Juara apa?....juara hantaman...hehehehe.....Aduhai... sy mau juga daa bei...



so: langadon aku no moi pangaji....


Isnin, 3 Ogos 2009

1 OGOS d SUK Perlis








Sempat ambil gambar sebelum pertandingan batu seremban bermula. Mula-mula tension juga dengan baju besar tu... Tapi terimalah seadanya. (First time i'm write my blog via my phone...)


Corat-coret.


* Aduh perjalanan jauh betul siut.

* Yang kasihannya ingatkan tinggal dekat hotel atau paling kurang pun homestay, rupa-rupanya tinggal asrama ILP Perlis. Asramanya seperti sudah lama ditinggalkan. Banyak habuk banyak rambut dan banyak tahi cicak. Apa-apa pun ok la. Itu semua pengalaman.

* Dato' Ismail Alias kata dalam ucapannya pada Program Bincang, Bina dan Semarakkan Perkhidmatan Awam 'kemahiran berfikir dan kemahiran menguruskan diri adalah berbeza'. Hendak menjadi seorang yang berjaya dalam hidup perlu ada keseimbangan dalam dua perkara ini. Macam mana itu? Pantun lucu Dato' "pergi mentakap membeli milo, bila saya bercakap jangan tido'". hehehe...nampak dia kan? sebenarnya time tu saya baru je terjaga dari lelap...kuangkuangkuang....



* Kami diperkenalkan dengan permainan 'woodball'. Kalau diamat-amati adik beradik dengan golf. Katanya permainan ini berasal dari Taiwan mulai tahun 1990 dan telah lapan tahun berada di malaysia. Boleh dimainkan oleh semua peringkat dan yang paling penting permainan yang paling 'murah' katanya....kalu nda mampu beli bulih ba buat sendiri...



* Penat siut...malam 31 julai. Pertandingan congkak berlarutan sampai 12 tengah malam. Tapi dalam penat tu ada seronoknya sebab sempat jalan-jalan di pasar malam yang berhampiran. Tapi saya rasa pelik kenapa pasar malamnya sunyi sepi. Kalau di Keningau tu orang ramai macam semut...huh...



* Pertandingan batu seremban yang sepatutnya diadakan pada malam itu ditangguhkan kerana batu tak nampak.



* BMI juara permainan congkak. Tahniah buat yang menang.



* BMI sekadar naib juara batu seremban. Tahniah jugalah. Tangan mengigil-gigil tu...hehehe



* Ping pong walaupun tak menang tapi sebab ada 'Datuk K'... tahniah juga....huahuahua...



* Persahabatan bola jaring antara JPA dengan SUK Perlis katanya JPA menang besar.(ada yang kata JPA bawa sekali pemain import...ye tak ye i pun tak pasti...pasti mereka ada alasan tersendiri...) yang penting sudah menang.



* Malam 1 ogos - majlis makan malam bersama Dato' dengan SUK Perlis. Turut hadir Pengarah BKP En. Amir dan Pegarah BMI En. Tajudin Don.



* Yang sedihnya En. Tajudin tahu kitaorang main batu seremban. Apa muka kitaorang ni mungkin sekali pandang terpampang batu seremban...hish...



* Yang seronoknya kitaorang dapat offer duduk meja 'serve'. Selamat saya tak perlu berbaris ambil makanan. hehehehe....yang kelakarnya, manager batu seremban tu serius siut. Saya bergurau saja mau gigit buah rambutan tu... ketahui lah saya tak akan buat begitu. Saya dah selalu pi 'dinner' yang lagi protokol tau...sedih i.... hahahaha...



* Sporting lah Dato'..... tapi bab-bab hiburan memang kebanyakan orang akan sporting. (Saya saja yang nda sporting). Saya suka suara pengarah BKP menyanyi. Yang peliknya pihak urusetia paksa-paksa En. Amir menyanyi tapi kenapa tak suruh saja En. Tajudin tu... (mungkin dia tak suka hiburan....bagus bagus bagus)....



* 2 Ogos - kitaorang dibawa pergi melawat Taman Anggur dan Taman Reptilia. Program yang ini tidak boleh skip kerana telah diaturkan oleh SUK Perlis.



* Sebelum balik kitaorang pergi Padang Besar. Tempat tu biasa saja. Kalau ada banyak duit mau juga saya memborong tapi bajet tu tiada ba. Nak bawa balik bukannya senang. Beli sajalah di Putrajaya atau KL mana-mana yang lebih dekat. Semuanya sama.






so : sekali sekala berjalan tengok tempat orang rasa seronok. rindu di kampung...