Sempat ambil gambar sebelum pertandingan batu seremban bermula. Mula-mula tension juga dengan baju besar tu... Tapi terimalah seadanya. (First time i'm write my blog via my phone...)
Corat-coret.
* Aduh perjalanan jauh betul siut.
* Yang kasihannya ingatkan tinggal dekat hotel atau paling kurang pun homestay, rupa-rupanya tinggal asrama ILP Perlis. Asramanya seperti sudah lama ditinggalkan. Banyak habuk banyak rambut dan banyak tahi cicak. Apa-apa pun ok la. Itu semua pengalaman.
* Dato' Ismail Alias kata dalam ucapannya pada Program Bincang, Bina dan Semarakkan Perkhidmatan Awam 'kemahiran berfikir dan kemahiran menguruskan diri adalah berbeza'. Hendak menjadi seorang yang berjaya dalam hidup perlu ada keseimbangan dalam dua perkara ini. Macam mana itu? Pantun lucu Dato' "pergi mentakap membeli milo, bila saya bercakap jangan tido'". hehehe...nampak dia kan? sebenarnya time tu saya baru je terjaga dari lelap...kuangkuangkuang....
* Kami diperkenalkan dengan permainan 'woodball'. Kalau diamat-amati adik beradik dengan golf. Katanya permainan ini berasal dari Taiwan mulai tahun 1990 dan telah lapan tahun berada di malaysia. Boleh dimainkan oleh semua peringkat dan yang paling penting permainan yang paling 'murah' katanya....kalu nda mampu beli bulih ba buat sendiri...
* Penat siut...malam 31 julai. Pertandingan congkak berlarutan sampai 12 tengah malam. Tapi dalam penat tu ada seronoknya sebab sempat jalan-jalan di pasar malam yang berhampiran. Tapi saya rasa pelik kenapa pasar malamnya sunyi sepi. Kalau di Keningau tu orang ramai macam semut...huh...
* Pertandingan batu seremban yang sepatutnya diadakan pada malam itu ditangguhkan kerana batu tak nampak.
* BMI juara permainan congkak. Tahniah buat yang menang.
* BMI sekadar naib juara batu seremban. Tahniah jugalah. Tangan mengigil-gigil tu...hehehe
* Ping pong walaupun tak menang tapi sebab ada 'Datuk K'... tahniah juga....huahuahua...
* Persahabatan bola jaring antara JPA dengan SUK Perlis katanya JPA menang besar.(ada yang kata JPA bawa sekali pemain import...ye tak ye i pun tak pasti...pasti mereka ada alasan tersendiri...) yang penting sudah menang.
* Malam 1 ogos - majlis makan malam bersama Dato' dengan SUK Perlis. Turut hadir Pengarah BKP En. Amir dan Pegarah BMI En. Tajudin Don.
* Yang sedihnya En. Tajudin tahu kitaorang main batu seremban. Apa muka kitaorang ni mungkin sekali pandang terpampang batu seremban...hish...
* Yang seronoknya kitaorang dapat offer duduk meja 'serve'. Selamat saya tak perlu berbaris ambil makanan. hehehehe....yang kelakarnya, manager batu seremban tu serius siut. Saya bergurau saja mau gigit buah rambutan tu... ketahui lah saya tak akan buat begitu. Saya dah selalu pi 'dinner' yang lagi protokol tau...sedih i.... hahahaha...
* Sporting lah Dato'..... tapi bab-bab hiburan memang kebanyakan orang akan sporting. (Saya saja yang nda sporting). Saya suka suara pengarah BKP menyanyi. Yang peliknya pihak urusetia paksa-paksa En. Amir menyanyi tapi kenapa tak suruh saja En. Tajudin tu... (mungkin dia tak suka hiburan....bagus bagus bagus)....
* 2 Ogos - kitaorang dibawa pergi melawat Taman Anggur dan Taman Reptilia. Program yang ini tidak boleh skip kerana telah diaturkan oleh SUK Perlis.
* Sebelum balik kitaorang pergi Padang Besar. Tempat tu biasa saja. Kalau ada banyak duit mau juga saya memborong tapi bajet tu tiada ba. Nak bawa balik bukannya senang. Beli sajalah di Putrajaya atau KL mana-mana yang lebih dekat. Semuanya sama.
so : sekali sekala berjalan tengok tempat orang rasa seronok. rindu di kampung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou