Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 17 Ogos 2009

PILIH KASIH?? Memang Pilih Kasih

Semalam saya berkesempatan menonton program realiti 'Pilih Kasih' di TV2. Walaupun saya tidak mengikuti program tersebut tetapi semalam saya akui memang 'bestlah'. Syabas kepada produksi Pilih Kasih. Di akhir penutup peneraju utama program ini iaitu Rosyam Nor mengumumkan akan ada Pilih Kasih 2 'bagi mereka yang berani'. Saya mengharapkan peserta Pilih Kasih yang akan datang dipilih dari mereka yang bukan sahaja pandai berlakon tetapi pandai menyanyi. 'Real sikit'.

Pemenang Program Pilih Kasih.

Pelakon Wanita Terbaik : Wanina Zaki
Pelakon Lelaki Terbaik : Sofian Bujang

Juara : Iqbal hasari (0.36% + 39 = 39.36)
N. Juara : Reza Hasbi (24.27% + 12 = 36.27)
Third : Indera Hafiz (17.59% + 14 = 31.5)
Fourth : Nabila Dally (3.45% + 25 = 28.45)
Fifth : Wanina Zaki (0.67% + 26 = 26.67)

Yang saya suka
* Saya suka Sofian Bujang. Nasib baik dia menang pelakon lelaki terbaik.
* Saya suka persembahan monolog Liana Jasmyn. Dia memang layak menang anugerah pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-22. (Liana boleh jadi pelapis kepada Erra Fazira dan Maya Karin)
* Terharu dengan persembahan Amy Search walaupun pada awalnya seolah-olah 'mic tak on'. Bagi mereka yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan program ini tentu akan terasa kehilangan.

Yang saya tidak suka
* Saya tidak suka Kak Engku mengacara. Terpekik-pekik selalu pula buat salah (tapi pandai cover) as like Ally Iskandar...mentor 3
* Sofian Bujang tidak tersenarai dalam top 5
* Tak suka persembahan Azlan the typewriter. Ntah apa-apa saja.

kenapa???
* Persembahan terakhir selepas monolog kumpulan ketiga, watak 'Reza' terlalu ditonjolkan. Tapi melihat wajahnya, tariannya dia wajar mendapat undian sms tertinggi.

Geram!!!!
Dari awal menonton drama pendek 'pemburu' dan 'mangsa' saya teringin sekali nak tahu siapa pemegang watak yang memakai topeng tu...kejam sungguh...sungguh menyakitkan hati...rupa-rupanya Rosyam Nor. Kurang asam betul. Macam nak lepuk saja kepala Rosyam Nor.

mkbs : sedih dengan segmen 'ustaz Asri'. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou