Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 17 Ogos 2009

Kecewa Kah? Renunglah gambar tu...


Kecewa!kecewa!kecewa! Kecewa sebab tiada satu pun wakil negara dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad. Saya mengharapkan pemain utama negara akan berjaya sekurang-kurangnya ke separuh akhir. Malangnya Dato' Lee Chong Wei kecundang di tangan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro pada peringkat semi final. Harapan untuk melihat gandingan beregu negara Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong ke saingan akhir juga tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu utama Korea Jung Jae Sung - Lee Young Dae. Namun tahniah diucapkan kerana mereka bersungguh-sungguh memberi saingan kepada pihak lawan. Pada saingan akhir China sudah memiliki dua kemenangan apabila dalam perseorangan lelaki dan wanita, mereka bersaing sesama sendiri. Manakala bagi beregu lelaki negara itu perlu menewaskan pemain handalan dari Korea. Indonesia ada wakil dalam acara beregu campuran. Sebenarnya saya juga mengharapkan Taufik Hidayat (kekasih gelapku..:-P) akan ke finale untuk bertemu dengan Lin Dan tetapi apakan daya.

 SO : sa nda tingu saingan akhir abis nga nda ada wakil Malaysia. Kecewa suda kan....hehehe;-) sebab i write this via my phone...nda banyak cerita...panat ba mau taip...hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou