Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadhan Menjelang Lagi


Insya-Allah lusa umat islam akan berpuasa. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi ruang untuk menikmati lagi ramadhan ini. Dalam sibuk-sibuk nak puasa saya tak sabar nak bercuti balik kampung. Rindu sangat. Tak sabar nak tengok perubahan di kampung. Terutamanya dengan dua adik bongsu (gambar). Kata mak 'besar suda ba durang'. Nak tengok keadaan wajah ayah. Mak kata 'gigi atasnya suda tiada' (hehehe). Nak tengok adik 'kanak'. Mak kata 'nakagahui suda ba dia'. (Agahui dari sy ka?). Nak tengok adik 'kija' dan 'leng2'. Kata mak 'durang agayo takan. Perut baladar'. (Suda membesar kali tu). Nak tengok adik lelaki bongsu yang kepala batu. (Suda insaf belum?). Nak tengok adik 'tani'. Mak kata 'rajin-rajin suda siiikit'. (Kalu betul selamat sy. Bulih la sy jadi puteri hehe). Nak tengok sudah bertambah belum uban mak. (Hehehe). Dan yang penting, sempat ke tak saya makan rambutan belakang rumah... Macam-macam perubahan katanya. Tahun ini saya balik kampung awal seminggu sebelum syawal. Nak menikmati dengan lebih dalam lagi makna 'bersahur...berpuasa bersama keluarga tercinta'. 



Berangan nak jadi ahli korporat berjasa,
budi dihulur dengan hati yang luhur,
lusa kita akan berpuasa,
alahai malasnya nak bangun pagi bersahur,
bila bangun sahur memang bercinta,
nak sumbat nasi sungguh tak rela.


Burung terbang atas bumbung rumah pangsa,
cik ayam tak pandai panjat pokok kelapa,
setiap kali tiba masa berbuka puasa,
kepala pening fikir menu nak masak apa.


Kepada sahabat dan kawan-kawan Salam Ramadhan al-Mubarak dan SELAMAT MENYAMBUT DAN MENJALANI IBADAH PUASA. Akhirnya, mohon ampun dan maaf atas segala salah silap kata mengata, moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya. Amiin.




SO ; kejang jari jemari menaip blog via phone..tengah tension memikirkan presentation perkongsian ilmu kewangan next week..campur stress 'cuti dibekukan'...cis! Ponoruon ku nopo sutiku. Tidak dilupakan tahniah buat Norhanakausar kerana berjaya ke final MTQ peringkat JPA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou