Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 13 Februari 2011

LANGADON gawagu.....


Terusik hati ini. Tersentuh hati ini. Terasa rindu hati ini. Baru seminggu berada di sini rasa seperti sudah sebulan. Fuhhh!!!!.........

Banyak yang berubah. Ramai yang berubah. Ada yang bertambah. Ada yang berkurang. Ada juga yang kehilangan. Walau apapun yang berlaku banyak mana pun yang berubah saya mengharapkan perubahan itu bukan perubahan kepada yang negatif yang mampu menghancurkan ikatan keharmonian sebuah keluarga. Saya juga mahukan perubahan. Terutamanya perubahan kerjaya. Saya mahukan sesuatu yang mencabar secara natural. Itu adalah sasaran saya pada tahun ini. Saya harap saya mampu melakukannya. Saya mahu berjaya memilikinya berdasarkan kemampuan dan kelayakan yang saya ada. Saya mesti kejam deminya.

"Saya mahu jadi orang pertama. Saya mahu lebih pantas daripada orang lain. Saya mahu jadi orang ternama"..... Pernah jadi pegangan saya. Tetapi saya tidak berjaya melepasi halangan. Saya tidak cukup kejam untuk mengejarnya. Saya redha dan bersyukur terhadap semua yang ditakdirkan. Sekurang-kurangnya saya masih mampu menikmati hidup ini dengan bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou