Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 21 Februari 2011

What going on...


Siang tadi rancang nak jogging tapi......enaknya tidur. Akhirnya 'skipping' saja. Itupun 5 minit saja sudah bermandikan peluh. Siang tadi juga set alarm nak tengok drama jepun tapi......enaknya tidur. Tidur daripada pukul 2.30 sehingga pukul 5 petang. Itulah pasal sampai sekarang tak dapat tidur. Mata tak nak lelap esok kena bangun awal. Wawawawa.....

Kelmarin saya tengok siaran langsung Anugerah Seri Angkasa di tv2. Seronok juga. Tapi saya musykil dengan Daphine Iking. Boleh dia sebut 'Masya-Allah' dan 'Insya-Allah'. Sudah memeluk islam ke? Kalau sudah 'al-Hamdulillah'. Saya rasa kelakar pula apabila pengarah drama terbaik kata 'hidup perempuan'. Bagus sangat ke drama tu? Teringin nak tengok. Harap-harap tv2 akan buat siaran ulangan. Ingat lagi tak wartawan Astro Awani yang dapat anugerah khas juri? Aswad kan? Nama penuh tak ingat. Wah! Hebatlah. Masih muda dan dapat pengiktirafan pula tu. Tahniah. Saya juga suka pengulas sukan rtm Hafizal Ahmad menang anugerah. Sesuatu yang merimaskan adalah Fauzi Nawi dengan Lisdawati berpegang tangan. Tahulah korang tu suami isteri. Relakslah. Mungkin mereka nak membuktikan dan menafikan khabar angin. Tak payahlah. Selamba jer. Berapa ramai artis yang buat begitu? Akhirnya.... Contohnya, Era Fazira, Kak Engku dan ramai lagi. Ambil contoh dengan perkahwinan kedua Era Fazira. Gosip keretakan rumahtangga? Ada soalan jawab jer. Tak payah lebih-lebih. Kadang-kadang meluat tengok orang suka sangat cerita hal rumahtangga. Kalau nak meluahkan pun suara tu perlahan sikit...boleh?

Kelakar tengok ujibakat Mentor 5. Tapi pada saya semuanya biasa-biasa saja. Tak menarik perhatian saya seperti American Idol 10. Rupa-rupanya tadi ada siaran langsung akhir pilih kasih 2. Lupa. Gara-gara tengok 'Merlin'. Juaranya 'Livonia'. Harap-harap akan bersinar di luar sana.


Drama Korea 'Tamra, The Ireland' dah berakhir. Semoga penggantinya juga hebat. I like the hero. But dia tak nampak handsome pula dalam drama My Dad, Single. Nda apalah. It's not my bussiness. HA!HA!HA!....

Aiyoyo....suda pukul satuini. Mata bulum mau tidur. Macam manaini?...mimboriyud oku po. Odoi mala.


Bugou - gara-gara minamain skipping, oruol diri oh busulku. Ogumu no kanto oh lunok. Alaid ma kasari mangalanak no lunok. Cayok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou