APABILA BERTEMU SEMULA....
Kawan lama yang baik suatu masa dulu belum tentu masih kekal begitu.
Kawan baik suatu masa dulu belum tentu masih kekal begitu.
Kawan lawan atau kawan yang tidak digemari belum tentu akan berubah.
Begitu juga dengan impian. Suatu impian yang kita gagal gapai satu ketika dulu apabila ia kembali ia mungkin adalah racun. Kata teman, kita tak akan tahu ikan itu beracun jika tidak mencuba. Namun harus diingat sebelum mencuba sediakan penawar.
Kenangan yang telah lama berkubur belum tentu masih indah untuk dikenang.
*******************
'insan yang cemerlang adalah insan yang dapat melakukan perkara yang tidak seronok menjadi seronok'......... Bukan senang. Kadang-kadang terpaksa. Saya paling benci orang yang berkata 'saya tak kisah' tetapi di belakang merungut bagai nak rak.
Siang tadi rasa tertipu. Saya tak pernah beli akhbar Harian Metro. Kerana tertarik dengan muka depannya saya beli. Hampeh!!... Banyaknya iklan. Cerita tentang hiburan sekerat sekerat saja. Huh!... Akhbar itu hanya sesuai bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Utusan Malaysia dan Berita Harian masih pilihan saya. Namun saya paling suka Utusan. Banyak maklumat yang memuaskan. Baru saya tahu Daphe Iking peluk islam. Semoga menjadi insan pilihan Allah SWT.
What happen to me? I can't to sleep. Sedangkan siang tadi tak tidur pun. Oh no!
Seronok menonton drama Japan 'Code Blue'. Ia pernah menjadi impian saya suatu ketika dulu. But i fail.... Saya tidak layak untuknya. Jadilah kerani. Namun harapan saya menjelang 10 tahun perkhidmatan saya mampu merubah selangkah ke hadapan. Ya! Saya sedang berusaha untuk memilikinya.
Ok. Want to sleep. Semoga ayat-ayat suci al-Quran al-Karim dapat melelapkan mata ini. Bye.... Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou