Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 30 April 2011

Want...but...not for now...


Eee...bikin panas kan tu gaya. Moki garab!


I am so proud with Scotty. Owesom performance!. He can do anything. But i think i want to see he sing a rock song that need he to make a agresif show. Maybe next time produksi team or director should to combine James and Scotty on the stage. Confirm interesting!... I have a big hope that America Voters will choose Scotty to go one step again. Don't eliminate him. Sebentar tadi saya berkesempatan menonton rancangan hiburan di tv1 'tiada lama tiada baru...satu-satunya...nyahh'. Tapi bosan kerana saya jarang dapat mengikutinya. Pentas nampak serabut. Tak pasti apa motif program ini. Hosnya pula...tak best langsung. Terpekik-pekik. Peninglah. Akhirnya, i off tv. Petang tadi juga, sempat tengok siaran langsung perkahwinan anak Putera Charles dengan Kate. Wow! Gilang-gemilang. Cantik. Handsome. Huh! Yang hebatnya tetamu-tetamu tahan berdiri lama. Sekilas pandang kamera live nampak seorang tetamu berbaju kurung bertudung litup berwarna kelabu. Nampak seperti permaisuri agong.


Tahniah buat rakan sepejabat Ayu Fazila kerana selamat melahirkan anak sulungnya 'babyboy'... Jadilah ibumithali. Biar suami jauh tabahkan hati. You become a great mother. I believe that! I'm apologise cause i can't to visit you. I am lazy.... Don't keep it in your heart. Ngeri hear their story about bersalin. Someone say 'everybody will face it'... But i think shes' maybe wrong. Cause not all women get marry.


How many my plan this year? But so far no one i get yet. Ya...till now i go and go to get it...try and try...slowly... Believe i can.


Saya sudah bersihkan PC. Delete maklumat peribadi gambar lagu dan lain-lain. Tidak lama lagi saya akan berpindah keluar. Sebenarnya, saya mengharapkan pertukaran itu akan berlangsung pada bulan julai. Harap-haraplah.

Isnin, 25 April 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1. JAMAK TAQDIM 

  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM  
 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM 

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


mkbs - jarang diamalkan. sebab solat boleh singgah di mana-mana. lagipun sekarang ni tempat solat ada di merata-rata tempat.

Terbaik.....


Bilik Temuduga PILN 2011 JPA di Ipoh, Perak. Teringin tengok adik-adik melayakkan diri suatu masa nanti. Namun siang tadi saya ajukan tentangnya tidak berjawab. Nak sebut Insya-Allah pun susah. Do the best. More better than me...


Wow!....hebatlah Salma dan Era Fazira. Tahniah!!.... Saya suka cara Era mendidik protegenya. Untung Salma. Salma memang boleh duet dengan Azlan The Typewriter. Tapi kasihan dengan Aiman. Rahim Maarof salah pilih protege. Aiman ada suara ada package. Boleh jual punya. CONFIRM! Tapi tidak sesuai untuk bertanding. Hampeh!.... The first time i like Iqa because Edry. Tapi Edry tu cepat sangat melatah. Makin meluat aku melihatnya. Iqa beruntung dapat jadi protegenya. Bukan sebab kehebatan naturalnya tapi kerana kehebatannya dalam teknologi. Sudirman tiba-tiba muncul.....sayangnya Iqa tidak seiring dengan kreatif teknologi itu. Wow...Edry dah pandai main gimik? Tempoh hari bukan main bengang dengan 'drama ...'
Apakah mungkin final mentor 5 kali ini pecah rekod tanpa protege lelaki? Dan apakah juara mentor 5 bakal menjadi milik wanita? Apapun yang terjadi saya pilih SALMA jadi juara. Hahahaha.... Actually i so sad because one of my favourite American idol was eliminated. STEFANO! The handsome boy... I hope SCOTTY will be go step by step and go to final. Do the best performance. Make the all judges and voted proud of you. After look their performance yesterday, i begin to fall in love about JAMES. Creatif!!... I can imagine, may be he will be in the final. But whatever i still like SCOTTY.
Tadi sempat tengok drama Sirah Cinta. Semakin menarik ceritanya. Jadi keputusannya kena follow. Tapi esok tak boleh sebab ada NCIS LA di 8tv daripada pukul 9.30 hingga 11.30 malam.


'kita mesti berhati-hati dengan kawan kita. Kawan makan kawan!. Apa yang anda faham tentangnya? Pening kan? Saya tak mampu nak menjawab. Prinsip saya, kalau nak makan pun makanlah. Kalau nak tikam silakan. Cuma, kalau nak makan tu pinggannya jangan dipecahkan. Kalau nak tikam bunuh terus... Mana ada kawan sejati... Kawan rapat 50% boleh saja. Cukuplah sekadar kawan sesama makhluk saling menghormati sesama hamba Allah.'


Mkbs - kita harus sentiasa menghargai insan yang kita sayangi kerana kita mungkin akan kehilangannya tanpa diduga...'

Khamis, 21 April 2011

Suka Bertangguh

Pelbagai sebab 'suka bertangguh'.....setiap orang ada masa-masanya 'suka bertangguh'.... tapi dah tangguh tu pandai-pandailah nak cover balik....

1. Stres atau Tekanan

Apabila anda rasa stres, tertekan, runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif. Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh menjadi satu mekanisma untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan anda berada dalam kawalan. Penyelesaian yang bijaksana adalah dengan mengurangkan tekanan dalam hidup anda apabila mungkin, agar anda boleh memberi masa bekerja kerana anda mahu, bukan kerana anda terpaksa. Satu daripada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stres ialah dengan mengambil lebih sedikit masa untuk bermain.

Dr. Neil Fiore, dalam bukunya The Now Habit mencadangkan memberi masa untuk keseronokan yang dijamin boleh menjadi satu cara yang efektif untuk mengatasi sikap suka bertangguh. Tentukan terlebih dahulu blok masa yang anda akan peruntukkan setiap minggu untuk masa keluarga, hiburan, senaman, aktiviti sosial dan hobi anda. Kemudian jadualkan masa kerja anda menggunakan blok masa yang masih ada. Ini akan mengurangkan rasa untuk bertangguh kerana kerja anda tidak akan menceroboh masa lapang anda, jadi anda tidak perlu untuk menangguhkan kerja demi untuk rehat, relaks dan menikmati hidup. Kerja anda sepatutnya memberi kepuasan dan keseronokan kepada anda, jika anda selalu bertangguh kerana tidak seronok dengan kerja anda, sehingga menjejaskan masa depan anda, mungkin anda pertukaran kerjaya boleh menangani masalah anda, namun berhati-hatilah.

Ilmuwan Islam memberikan cadangan membahagikan hari kita kepada tiga bahagian; iaitu satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk beriadah dan rehat dan satu pertiga lagi untuk beribadah. Ini serupa dengan saranan Benjamin Franklin; beliau menasihatkan bahawa strategi optima untuk produktiviti yang tinggi ialah dengan membahagikan hari anda kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk bermain dan satu pertiga lagi untuk rehat. Berpeganglah bahawa masa kerja dan masa bermain anda adalah sama pentingnya, agar satu tidak menceroboh yang lain. Ini akan menjamin masa lapang anda.

Saya sendiri pun menyedari bahawa diri saya adalah paling produktif dan berkesan apabila saya memberi masa untuk bermain dan beriadah. Ia membantu saya meluahkan tekanan/stres yang berlebihan dan lebih lagi menikmati hidup, dan hasil kerja saya lebih baik apabila saya rasa gembira. Tempat kerja saya juga memberi suasana yang mendamaikan, oleh kerana saya suka berada di situ, saya boleh bekerja sepanjang hari tanpa rasa terlalu tertekan (tekanan memang sentiasa wujud). Anda pun mesti pernah rasa begini bukan?

2. Terlampau Banyak Kerja

Adakalanya anda ada terlampau banyak tugasan atau kerja yang perlu anda selesaikan daripada apa yang anda boleh buat. Ini akan menyebabkan anda rasa terlalu banyak kerja, terlampau banyak sehingga melimpah-limpah, dan yang peliknya anda akan lebih berkemungkinan untuk bertangguh apabila anda rasa sudah tidak mampu melakukannya. Bayangkannya ianya seperti otak anda menolak untuk bekerjasama dengan kerja-kerja anda yang ternanti yang anda tahu memang tidak munasabah. Dalam kes ini, anda perlu berhenti, menilai semula keutamaan-keutamaan anda, dan permudahkan segala tugasan.

Alternatif yang ada untuk mengurangkan jadual yang terlampau padat dan melimpah-limpah seperti ini adalah penghapusan tugasan-tugasan tertentu, delegasi dan bekerjasama. Pertama, lihat semula senarai kerja untuk dibuat dan buang sebanyak mungkin tugasan-tugasan. Buang semuanya yang tidak benar-benar penting. Ini sebenarnya tidak susah, tetapi ramai orang tidak melakukannya dengan baik. Ramai yang membuang perkara-perkara seperti bersenam dan bermain tetapi pada masa yang sama mereka memberi banyak masa untuk menonton TV, walaupun bersenam menyegarkan mereka dan menonton TV mengeringkan tenaga mereka.

Apabila anda membuang tugasan-tugasan tertentu, anda perlu berlaku jujur dengan membuang yang paling tidak berharga atau tidak bermakna terlebih dahulu, dan kekalkan yang memberi anda nilai yang nyata dan berharga. Kedua, lakukan delegasi iaitu perturunkan atau serahkan atau bahagikan tugas-tugas kepada mereka yang lain sebanyak mungkin. Minta lebih bantuan jika anda memerlukannya.

Dan ketiga, bekerjasama dan berbincang dengan mereka yang lain untuk membebaskan lagi masa anda untuk apa yang benar-benar penting. Jika anda mempunyai kerja yang terlampau melimpah-limpah banyaknya daripada apa yang anda rasa boleh terima, terserahlah kepada anda untuk memutuskan sama ada ianya berbaloi untuk terus berada dalam keadaan tersebut. Saya secara peribadinya tidak bertolak ansur dengan kerja yang terus menerus memaksa saya bekerja berlebihan sehingga saya rasa melampau, ianya sudah menjadi tidak produktif untuk kedua-dua majikan dan pekerja.

Anda perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang berprestasi tinggi dalam sebarang bidang mengambil banyak masa bercuti dan masa bekerja mereka lebih pendek dari mereka yang kaki kerja. Pekerja prestasi tinggi ini menyiapkan lebih tugasan dalam masa yang lebih singkat dengan mengekalkan diri mereka segar, tenang dan kreatif. Dengan meletakkan masa bekerja anda sebagai satu sumber yang terhad berbanding sebagai hantu yang sentiasa mengejar dan mengacau anda dalam setiap ruang hidup anda, anda akan jadi lebih seimbang, fokus dan efektif.

Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, telah terbukti jumlah masa bekerja optima bagi kebanyakan orang ialah 40 hingga 45 jam seminggu. Bekerja lebih dari masa ini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap produktiviti dan motivasi dan menyebabkan kurang kerja sebenar yang disiapkan. Ini amat benar terutamanya bagi kerja-kerja alaf teknologi maklumat dan memerlukan kreativiti.

Anda cubalah konsep ini untuk diri anda, untuk mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Jangan terima sahaja bulat-bulat apa yang ditulis. Terokailahnya sendiri.

3. Rasa Malas

Kerap kali kita bertangguh kerana kita merasakan kita terlalu penat secara emosinya atau fizikalnya untuk membuat sesuatu kerja. Apabila kita terjatuh ke dalam keadaan ini, ianya senang untuk kita terus begini kerana tiadanya lonjakan atau inertia. Mengikut ilmu fizik, inertia adalah sifat satu jisim untuk mengekalkan gerakannya, jika objek itu bergerak ia akan terus bergerak dan jika ia pegun, ia akan terus mahu mengekalkan kedudukannya. Apabila anda rasa malas, tugas yang mudah pun seakan menjadi kerja yang berat kerana tenaga anda terlalu sedikit berbanding dengan tenaga yang diperlukan oleh tugas itu. Jika anda menyalahkan tugas itu kerana ia terlalu payah atau sukar, anda akan bertangguh untuk menyimpan tenaga anda.

Akan tetapi lebih lama anda berbuat begini, lebih lemah jadi kemahuan anda, dan tabiat bertangguh anda mungkin mula menjadikan diri anda menuju ke arah kemurungan. Berasa lemah dan tidak bersemangat tidak sepatutnya menjadi kebiasaan diri anda, jadi adalah penting untuk menghentikan corak atau pola ini sebaik sahaja anda menyedarinya.

Penyelesaiannya mudah: bangun dan gerakkan tubuh anda. Bersenam membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Apabila tenaga anda tinggi, tugas-tugas tampak lebih mudah, dan anda menjadi kurang menolak untuk melakukannya. Seorang yang cergas boleh mengendalikan lebih aktiviti daripada mereka yang tidak cergas, walaupun tahap kesukaran tugas tersebut adalah sama.

Melalui percubaan, anda akan dapati apabila anda makan dan bersenam dengan baik, anda rasa lebih betenaga sepanjang hari. Anda jarang bertangguh kerana rasa malas kerana anda bertenaga dan mempunyai kejelasan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja yang datang pada anda. Tugas-tugas rasa lebih mudah untuk disiapkan berbanding dengan semasa tabiat pemakanan dan senaman anda tidak baik. Tugas-tugasnya sama sahaja, tetapi anda yang jadi lebih kuat. Kesan lain yang mungkin anda rasa menakjubkan ialah tidur anda jadi tidak banyak. Enam atau tujuh jam tidur sudah buat anda tidak mampu tidur lagi kerana ia sudah cukup. Anda juga rasa lebih mudah untuk tidur. Itulah yang saya rasa. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Anda bersenamlah, memang seronok dan menyegarkan. Tenaga pun bertambah, dan anda jadi lebih rajin.

4. Kurang Motivasi

Kita semua pernah rasa malas (malas sekejap, bukan malas seorang yang pemalas) kadang-kadang, tetapi jika anda rasa amat kurang bersemangat dan tidak boleh melakukan apa-apa, maka mungkin inilah masa untuk anda melepaskan corak berfikir yang tidak matang, menerima kehidupan sebagai seorang dewasa yang matang, dan untuk meneroka matlamat hidup anda yang sebenar. Selagi anda tidak menemui tujuan hidup anda yang memberikan inspirasi, anda tidak akan mencapai potensi diri anda yang sebenar, dan motivasi dan semangat anda akan sentiasa lemah.

Sebagai contohnya seorang doktor atau jururawat, jika beliau memang gemar membantu mereka yang sakit mendapat hidup yang lebih baik, segala kepenatan dan kekangan masa yang beliau hadapi tidak akan melemahkan mereka, sebaliknya mereka akan jadi begitu menikmati kerja itu, kerana ianya memberi mereka kepuasan dan inspirasi buat mereka. Selain ganjaran berbentuk kebendaan, mereka rasa puas memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dan rasa diri mereka berharga. Begitulah juga dengan ahli bomba, polis, guru, tentera dan apa saja kerja. Andai suatu kerja itu memberi inspirasi dan memenuhi matlamat hidup, peluangnya anda akan terus memajukan diri dalam pekerjaan itu.

Tumpukan kerja anda terhadap apa yang memberi anda matlamat, dan anda akan menjauhkan diri anda dari tabiat suka bertangguh. Anda akan rasa lebih bersemangat dan tidak sabar untuk terus melakukan kerja anda. Mencari matlamat anda adalah cara yang sangat berkuasa untuk mengalahkan tabiat suka bertangguh kerana anda tidak akan bertangguh untuk melakukan perkara yang anda suka lakukan. Jika anda bertangguh kerana tiada motivasi langsung, ianya isyarat besar yang anda mungkin telah memilih jalan yang salah. Carilah matlamat sebenar diri anda, perkara yang anda suka, yang anda akan terus buat dan buat tanpa jemu.

5. Kurang Disiplin

Walau ketika semangat anda sedang tinggi, anda mungkin masih berdepan dengan tugas yang anda tidak mahu lakukan. Dalam situasi ini disiplin diri bertindak sebagai sistem sokongan hidup motivasi. Apabila anda rasa bersemangat, anda tidak memerlukan sangat disiplin, tetapi disiplin diri menjadi berguna apabila anda perlu menyiapkan sesuatu tetapi tidak mahu atau tidak suka kerja tersebut. Jika disiplin diri anda lemah, sebaliknya, menangguhkan kerja itu menjadi sesuatu yang sukar untuk ditolak.

Anda perlu meningkatkan disiplin diri anda. Anda perlu ada peraturan yang perlu anda ikuti agar diri anda sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas atau menbuat apa saja kerja. Anda perlu ada kemahuan yang tinggi. Sebagaimana seorang atlit yang ingin menjadi juara, atlet tersebut akan terus berlatih hari demi hari membina kekuatan, walaupun keletihan dan rasa malas, atlet tetap terus mengikut peraturan dan disiplin diri untuk terus bertahan untuk membawa dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.

Membina disiplin diri memerlukan latihan. Pengulangan dan pemahaman tentang peri pentingnya tugas tersebut terhadap diri dan orang lain akan membantu anda membina disiplin diri.

6. Tabiat Pengurusan Masa Yang Tidak Baik

Pernahkah anda terasa ketinggalan kerana anda selalu terlajak tidur, kerana anda begitu tidak terurus, atau kerana tugas-tugas tertentu yang tidak terlaksana dan terbiar begitu sahaja? Tabiat-tabiat buruk seperti ini biasanya akan menjurus ke arah sikap bertangguh, biasanya tanpa sengaja.

Penyelesaiannya dalam kes ini ialah untuk mengenalpasti tabiat yang menjejaskan anda dan menggantikannya dengan satu tabiat baru. Contohnya, jika anda bermasalah selalu terlajak tidur, sahutlah cabaran untuk menjadi orang yang bangun awal. Untuk menyahkan tabiat lama anda dan memasukkan yang baru, anda perlukan lakukan tabiat baru menggantikan tabiat lama itu selama sebulan. Pakar menyarankan melakukannya selama 40 hari untuk menjadikannya satu tabiat yang melekat dalam diri.

Untuk tugas yang sudah lama anda tangguhkan (atas pelbagai sebab, contohnya sukar, atau anda tidak suka), anda dicadangkan gunakan kaedah kotak masa sebagai permulaan. Begini caranya: Pertama, pilih sebahagian kecil dari tugas tersebut yang boleh anda kerjakan untuk hanya 30 minit. Kemudian pilih satu ganjaran yang anda akan berikan pada diri anda sejurus sahaja selepas itu. Ganjaran tersebut adalah dijamin dan diberi jika anda lakukannya hanya selama 30 minit; dan ia tidak bergantung kepada setakat mana hasil atau pencapaian kerja itu.

Contoh yang anda boleh beri sebagai ganjaran buat diri anda ialah menonton rancangan TV kegemaran anda, menonton wayang, makan makanan kegemaran, keluar bersama rakan, bersiar-siar, atau apa sahaja yang anda rasa menyeronokkan. Oleh kerana jumlah masa yang anda gunakan untuk bekerja bagi tugasan itu adalah begitu singkat, tumpuan anda akan beralih kepada mahukan ganjaran yang ternanti berbanding dengan kesukaran tugas tersebut. Tidak kira betapa tidak menyeronokkan kerja itu, hampir tiada yang tidak boleh anda tempuhi untuk hanya tempoh 30 minit jika anda ada ganjaran yang cukup besar menanti anda.

Jika anda masukkan tugas anda dalam kotak masa, anda akan dapati sesuatu yang amat menarik berlaku. Anda mungkin mendapati bahawa anda boleh terus bekerja dengan lebih lama dari setengah jam. Anda akan jadi begitu terlibat dan tertumpu dengan suatu tugasan itu, walaupun sukar, sehinggakan anda mahu terus mengerjakannya. Tanpa anda sedari, anda sudah melakukannya sejam atau lebih. Kepastian ganjaran anda masih ada menanti anda dan anda tahu anda boleh menikmatinya bila-bila sahaja anda bersedia berhenti melakukannya. Apabila anda mula bertindak, tumpuan anda beralih daripada risau tentang kesukaran tugasan itu kepada menyudahkan cebisan dari tugasan yang anda ambil tadi, yang kini mendapat tumpuan penuh anda.

Apabila anda sudah membuat keputusan mahu berhenti bekerja, dapatkan dan nikmatilah ganjaran anda. Kemudian jadualkan lagi tempoh 30 minit untuk mengerjakan tugas tersebut dengan satu lagi ganjaran. Ini akan membantu anda menghubungkan lebih dan lebih lagi keseronokan dengan tugasan itu, dengan mengetahui bahawa anda akan sentiasa mendapat segera ganjaran untuk usaha anda. Bekerja untuk ganjaran yang jauh jangka masanya dan tidak pasti tidak memberi semangat sebagai mana ganjaran jangka pendek. Dengan memberi ganjaran kepada diri anda hanya untuk memberi masa untuk mengerjakannya, berbanding kerana sebarang pencapaian khusus, anda akan berasa teruja untuk kembali mengerjakan tugas anda itu lagi dan lagi, sehingga akhirnya anda menyudahkannya.

7. Kurang Kemahiran

Jika anda kurang kemahiran untuk menyiapkan suatu tugas pada tahap kualiti tertentu, anda mungkin bertangguh untuk mengelakkan diri dari mengalami kegagalan. Anda ada tiga pilihan yang mungkin untuk mengatasi masalah ini: belajar, membuat delegasi, atau hapuskan tugas tersebut.

Pertama, anda boleh mendapatkan tahap kemahiran yang diperlukan dengan latihan. Hanya kerana anda tidak boleh buat sesuatu hari tidak bermakna anda tidak akan mampu melakukannya. Suatu hari nanti anda mungkin malah menguasai kemahiran tersebut. Contohnya dalam pembinaan laman web. Anda mungkin tidak tahu apa-apa tentang bahasa HTML, php, javascript dan sebagainya. Tetapi melalui eksperimentasi, lama kelamaan anda akan memahaminya dan mungkin menguasainya. Lama kelamaan anda sudah mampu membina laman web yang berfungsi dengan baik. Teruslah belajar dan tingkatkan kemahiran. Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu, jangan mengeluh tentangnya. Ajar diri anda untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu sehinggalah anda menjadi cekap.

Pilihan kedua yang ada ialah untuk menurunkan atau menyerahkan tugas-tugas yang anda kurang mahir. Terdapat terlalu banyak kemahiran-kemahiran yang menarik hari ini untuk anda kuasai, jadi hendak atau tidak anda mestilah bergantung kepada bantuan orang lain. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi anda sudahpun menguasai konsep penyerahan tugas ini. Ada tidak anda tanam sendiri semua makanan anda? Ada tidak anda menjahit sendiri pakaian anda? Ada anda bina rumah anda sendiri? Jawapannya tidak, kita memang bergantung kepada orang lain untuk keterusan hidup kita. Jika anda mahu suatu hasil tetapi tidak mahu mendapatkan sesuatu kemahiran (mungkin kerana anda terlalu sibuk dan tidak cukup masa), anda boleh mengambil orang untuk membantu anda. Contohnya jika anda tidak mahu menghabiskan masa cuba memahami perincian dalam boring cukai pendapatan anda atau syarikat anda, anda boleh dapatkan khidmat seorang akauntan. Ini mengosongkan masa anda dan boleh anda gunakannya untuk perkara lain.

Ketiganya, anda mendapat kesimpulan bahawa suatu hasil tidaklah diperlukan sangat sehinggakan anda terpaksa belajar suatu kemahiran atau membuat delegasi tugas tersebut. Dalam hal ini pilihan yang bijak adalah menghapuskan sahaja tugas itu. Adakalanya bertangguh itu adalah suatu petanda bahawa suatu tugasan itu tidak diperlukan pun.

Sebagai contoh, seorang pelajar memang banyak tugasan dan tutorial yang perlu disiapkan. Adakala tutorial dan tugasan ini penting dan adakalanya ianya tidaklah begitu penting. Anda boleh bezakannya semasa pensyarah anda menyuruh anda membuatnya. Sekiranya beliau menyatakan ia akan dimasukkan ke dalam markah akhir anda, maka anda mesti siapkannya. Andai beliau kata ia menjadi pembantu meningkatkan markah anda, mungkin anda boleh tidak membuat tugasan tersebut, andai anda terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting. Ini seakan menjadi satu kesibukan yang tidak perlu. Jika kesannya pada PNG anda tidak terlalu besar, anda tidak buat pun tutorial atau kertas kerja tersebut. Tiada siapa pun yang peduli yang anda dapat A- dari A kerana satu kertas kerja yang anda tidak buat. Jika bakal majikan cukup endah untuk bertanya pun, anda boleh gunakan keadaan ini untuk menunjukkan bahawa anda boleh memberi keutamaan. Tetapi jika anda tidak buat kerana anda malas, dan mahu berpoya-poya, anda sendirilah yang tanggung akibatnya.

8. Terlalu Mahukan Kesempurnaan

Satu bentuk biasa kesilapan pemikiran yang membawa kepada sikap suka bertangguh ialah terlalu mahukan kesempurnaan. Percaya bahawa anda perlu membuat sesuatu dengan sempurna adalah satu resepi untuk tekanan, dan anda akan mengaitkan tekanan dengan tugas itu dan ini membuatkan diri anda mengelak dari melakukannya. Maka anda pun tangguhkan dulu tugasan itu sehinggalah ke saat-saat akhir sehingga anda akhirnya mendapat cara yang sesuai untuk melakukan tugas ini. Anda pun buat tugas tersebut tetapi anda sudah tidak cukup masa pula untuk membuatnya dengan sempurna. Anda kemudian melepaskan diri dengan menyatakan pada diri anda bahawa anda boleh melakukan tugas itu dengan sempurna andai anda ada cukup masa. Akan tetapi jika anda tiada tarikh akhir khusus bagi menyiapkan sesuatu tugasan, sikap terlalu mementingkan kesempurnaan boleh menyebabkan anda bertangguh dengan selama lamanya.

Penyelesaian bagi sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini adalah dengan mengizinkan diri anda menjadi manusia. Pernahkah anda menggunakan perisian atau peralatan atau komputer yang anda boleh katakan sempurna dari setiap sudut? Saya tidak pernah. Itu mesin, inikan pula kita manusia. Menyedari bahawa suatu tugas atau kerja yang tidak sempurna tetapi siap adalah sentiasa lebih hebat dari kerja sempurna (kononnya) yang ditangguhkan tanpa tahu bila akan siap, boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini juga timbul apabila anda menganggap suatu projek atau kerja itu secara keseluruhannya besar. Anda jadi kaku. Anda mahu semuanya berjalan dengan lancar. Cara mengatasinya ialah gantikan projek ‘mesti sempurna’ dalam minda anda ini dengan satu langkah kecil yang tidak begitu sempurna. Anda boleh buat satu lakaran kasar. Anda sentiasa boleh mengubahsuainya kemudian nanti mengikut kehendak dan kesesuaian. Contohnya dalam pembinaan rumah dan sebagainya.


Sebahagian dari penyelesaian-penyelesaian ini adalah sememangnya mencabar untuk dilakukan, tetapi ianya berkesan. Jika anda benar-benar mahu menjinakkan sikap suka bertangguh ini, anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat dari sekadar menyertai seminar motivasi. Masalah ini tidak akan pergi dengan sendirinya. Anda perlu berbuat sesuatu.

Kelebihan mengatasi masalah ini ialah ia akan menghasilkan satu pengembangan dan pembinaan diri yang hebat. Anda akan menjadi lebih kuat, berani, lebih berdisiplin, lebih terarah dan lebih fokus. Manfaatnya akan menjadi semakin jelas sepanjang perjalanan hidup anda, jadi ketahuilah cabaran untuk mengatasi sikap suka bertangguh ini adalah satu perkara yang amat baik. Matlamat keseluruhannya ialah agar kita berkembang menjadi orang yang lebih hebat.

Maklumat ni saya copy & paste. Baik untuk bacaan.

Selasa, 19 April 2011

Bagaimana Untuk Tidak POKAI...




Berikut adalah 5 cara untuk mengelak dari pokai:
  • Berbincang dengan Seorang Professional.
    Cari Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) yang boleh membantu anda melaksanakan rancangan kewangan yang komprehensif untuk anda. Akuilah, kebanyakan orang tidak tahu apa yang hendak dibuat bila berdepan dengan duit.

    Contohnya; Anda mempunyai RM100k, apa yang terbaik anda boleh buat dengan duit tersebut. Beli rumah? Melabur? Berbincanglah dengan ahli professional. Bahasa-bahasa pelaburan selalunya mengelirukan dan menakutkan.
  • Gunakan Wang Tunai Sahaja.
    Hah! Apa?!!! Terlalu ramai orang menjadi mangsa apabila mereka rasa mereka boleh guna kad kredit mereka kali ini sahaja dan bayar sebaik sahaja bil sampai. Belian tadi bertambah menjadi dua dan menjadi RM10 ribu dalam bentuk hutang Visa dan MasterCard. Jika anda rasa anda lebih bijak dari itu dan sebaliknya menggunakan kad debit, ia sebenarnya tidak berkesan juga. Anda akan terlebih guna juga nanti. Bajetkan keperluan anda untuk bulan tersebut dan gunakan wang tunai sahaja.

    Gunakan kaedah sampul untuk bajetkan belanja anda untuk bulan tersebut. Anda sediakan sahaja beberapa keping sampul surat. Anda tandakan sampul itu dengan perkara tertentu seperti sewa rumah, perbelanjaan dapur, belanja persekolahan anak dan sebagainya. Anda ambil wang anda di bank, dan masukkan ia ke dalam sampul tersebut mengikut peruntukan anda. Kaedah ini sebenarnya dapat mengelak diri anda daripada 'terbabas' daripada berbelanja lebih setiap bulan.
  • Potong Perbelanjaan Anda.
    Saya bukan menyuruh anda potong elektrik dan internet rumah anda dan makan mee segera setiap hari. Saya berbicara tentang menghadkan perkara seperti makan di luar, mengelak dari membeli snek dan makanan rapu semasa menonton tayangan gambar, mengurangkan langganan saluran tv berbayar anda dari 30 saluran kepada 15 saluran, dan secara umumnya berbelanja tanpa hemah.
  • Potong Wang Secara Automatik Ke Akaun Simpanan Dari Gaji Anda.
    Ini adalah antara perkara yang saya suka kerana kita tidak sedar sebenarnya kita sedang menyimpan. Saya, sebenarnya bukanlah penyimpan yang baik. Saya suka berbelanja. Sebaik sahaja anda tahu jumlah yang anda perlu gunakan setiap bulan, ambil sebahagian dari wang yang lebih tadi dan masukkan dalam akaun simpanan seperti ASB dan Tabung Haji. Juga masukkan sebahagian ke dalam akaun yang tidak mudah dicairkan seperti KWSP. Buat potongan terus dari gaji anda dengan jumlah ini.
  • Didik Diri Anda.
    Ramai dari mereka yang bergelut dengan bil-bil mereka adalah tidak berilmu dari kewangan. Mereka mungkin lari apabila orang berbincang tentang kewangan. Anda tidak boleh lagi berbuat demikian. Carilah buku tentang kewangan diri dan luangkan masa untuk membaca dan memahaminya. Anda sekurang-kurangnya perlu tahu asas-asasnya. Lebih banyak anda faham tentang duit, simpanan, pelaburan, belanjawan dan sebagainya, lebih tinggi kemungkinan anda mampu mengawal kewangan anda. Jika anda biarkan ia mengawal anda, anda akan sentiasa menjadi pokai.

Kesimpulannya, jika anda sekarang hidup luar dari kemampuan anda, anda mesti mengawal keadaan tersebut dengan segera. Ramai orang yang telah hilang segala-galanya hanya kerana mereka tidak mampu mengawalnya.
* terpulang kepada anda bagaimana nak mengawalnya. Namun harus diingat, pastikan ia berbaloi dan mampu membuatkan anda hidup gembira.

Sebab Utama Anda POKAI...







5 sebab utama anda akan sentiasa jadi pokai:

  1. Pasangan Anda Hilang Kawalan.
    Ini kerap berlaku. Mungkin ini sedikit keterlaluan, tetapi mempunyai pasangan yang tidak rasa kesukaran untuk bekerja dan urus kewangan keluarga bersama adalah amat sukar. Apa lagi jika pasangan anda tidak mampu mengawal kehendaknya untuk membeli apa sahaja yang menarik minatnya. Jika kedua-duanya tidak boleh bekerjasama untuk urus kewangan, atau kawal belanja, keadaan biasanya akan menjadi teruk.
  2. Anda Dalam Penafian.
    Berjuta-juta orang berada dalam keadaan ini. Ini adalah apabila anda tidak mahu menerima bahawa anda sudah perlu melihat dengan serius terhadap keadaan kewangan anda. Berbuat demikian bermaksud anda mungkin terpaksa berhenti berbelanja dan menjalani hidup tanpa benda-benda yang jiran anda dan orang lain ada. Siapa yang hendak berbuat begitu bukan?
  3. Anda Berkhayal.
    Saya pernah menyertai pemasaran pelbagai aras (multi level marketing, MLM) beberapa tahun dahulu dan saya diberitahu jika saya mengikuti sistem mereka yang ‘telah terbukti’, saya akan jadi kaya. Anda rasa bagaimana? Ribuan dari kita terkena dengan ini. Kita berbelanja sakan tanpa endah, mana tidaknya, kitakan akan kaya dalam masa 3 tahun lagi. Natijahnya, ia tidak menjadi seperti apa yang kita mahukan dan syarikat itu, bersama dengan harapan kita untuk menjadi seorang jutawan, melingkup ke dalam tanah.

    Ini contoh yang telah berlaku pada diri saya sahaja.

    Mengimpikan sesuatu adalah baik jika ianya dirancang dengan berpandukan realiti. Mengikut-ikut orang atau tren terkini secara membuta tuli adalah jalan kepada kerugian.
  4. Anda Tiada Belanjawan.
    Adakah membuat belanjawan membuatkan anda lari lintang pukang berlindung di dalam gua di sebalik bukit? Jika ya, mengapa? Kerana ia membosankan, mengawal anda, menjadikan diri anda kurang dari orang lain dan buat anda rasa tertekan. Iyalah, itu tidak boleh, ini tidak boleh, ini kena kurang, itu kena kurang, buat diri anda dikawal dan diikat. Saya boleh buat AutoCAD dan Excel sepanjang hari, tapi saya tidak suka buat belanjawan. Ia payah dan mengongkong saya.
  5. Anda Bazirkan Terlalu Banyak Wang.
    Ini sangat jelas, tapi anda akan terkejut bahawa sebenarnya tidak ramai orang yang menjejak perbelanjaan spontan mereka. Di sini dimaksudkan adalah lihat pada apa yang anda belanjakan, bukan berjimat. Ramai orang tidak ambil kisah tentang teh tarik dan roti canai pada pagi hari dan air tin bergas dan makanan ringan pada petang hari. Tetapi cuba teka, jika mereka belanja RM10 sehari, setahun mereka sudah belanja sebanyak RM3650 setahun untuk itu. RM3650 ini sudah cukup untuk membawa keluarga anda bercuti.

    Cuba jejaki setiap sen yang anda belanjakan dan anda akan lihat perbezaannya! Apabila anda jejaki, anda boleh buat belanjawan. Tanpa melihat pada apa yang anda belanjakan, anda tidak tahu apa yang perlu dan boleh anda hadkan atau singkirkan terlebih dahulu.
Bila dengar pasal POKAI...menakutkan. kerana saya juga sedang POKAI sekarang...hahaha...

Ejen Gibbs...


Wanita bertudung putih, nampak biasa rupanya lulusan sekolah agama. Nampak biasa sebenarnya seorang pegawai PTD gred M52. Hebat! Katanya 'di sini baru saya kenal Jienah seorang yang auta'.... No komen. Hahaha....


Dalam usaha dan kerja keras untuk menyelamatkan sahabat anda, apakah perasaan anda jika ia berakhir dengan kegagalan? Antara perasaan memerlukan dengan ragu-ragu yang mana pilihan anda?


APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENGEBOM BERANI MATI DENGAN MATI SYAHID?

Isnin, 18 April 2011

Bolehlaaaa...,


Bolehlah disimpan sebagai kenangan. Biarpun penat naik tangga tapi tetap rasa berbaloi kerana makanannya sedap. Everything is good. Kawan sepejabat yang pendiam seronok.... Walaupun ada yang kadang-kadang bait-bait katanya menyinggung hati ini but it is ok. Saya juga begitu. Tapi tahukah anda betapa stressnya mendengar orang yang tidak pernah berhenti bercakap? Leganya bila dapat balik Putrajaya. I'm free.... Nak ketawa banyak nak berlawak bodoh nak menyinggung orang nak bercakap banyak nak dengar orang cakap banyak nak berdepan orang yang ??? Cukup seminggu. Kalau lebih ada kebarangkalian saya boleh jadi GILA. Honestly, i don't like somebody ask about myself. You should know, sometime i give you wrong information. But i didn't mean it.


Kita tak akan faham erti kejayaan jika tak pernah gagal. Kalau dulu apapun keputusan yang dilakukan saya pasti boleh. Tapi kini, saya mula berasa ragu-ragu malah hilang keyakinan. Kalau dulu teman-teman datang meluahkan rasa beban, saya tidak kisah tapi kini ia mendatangkan stress.


Mkbs - tadi nak tengok Jangan Tidur Lagi tapi tergendala gara-gara menonton bual bicara 'Sarawak Bumi Kenyalang' di tv1. Fun and interesting. Kelmarin Birthday my sister...


Bugou - ada masa saya banyak bercakap...itulah sebab saya tidak suka dan mudah tension dengan orang yang banyak cakap....SORRY!!...benci dengan orang yang kata 'aku tak kisah' tapi cerita berulangkali.

Ahad, 17 April 2011

Hari Minggu..????

SEDAP rasa badan dapat rehat. huhuhu....kamarin tidur setengah hari ba. Lapas tu makan pun banyak. Suara jadi serak-serak. sebabnya lapas balik dari Ipoh terus pergi pasar malam dan lepak dekat mahkamah makan durian. huhuhu..... nasib baik nda sakit aku! Yang menyedihkan aku....baru saja mo berangan berpoya-poya di Alamanda, tiba-tiba semalam adik message mo minta duit. OMG!.... rusak suda rancangan aku. Tapi nda apalah. bagus juga terus rehat di rumah. STUDY!STUDY!STUDY!... exam semakin dekat. REMEMBER YOUR AIM!.... hehehe... lagipun hujung bulan ni kena pi KL dating dengan kawan lama. Wow! lama nda jumpa ko.... bajet lagi??.... apa bulih buat.

Berdegup-degup jantung saya tingu result penyingkiran American Idol. Nasib baik Stefano save. Hohoho..... tapi kesian pula dengan si Paul tu... kasih singkir ba si Jacob tu... tapi nda apalah. saya bukan mengundi pun. huhuhu.......

Pilihan Raya DUN Sarawak. BN menang dua pertiga. Tahniah buat rakyat Sarawak yang bertindak bijak. Tapi yang kesian tu kawasan bandar boleh jatuh di tangan pembangkang. Kalau dilihat dan ditenung parti kerajaan BN ini hanya tempat bergantung. Macam cerita sebuah perkahwinan. Selagi kemajuan tidak dapat diperolehi atau selagi kemahuan tidak dapat dipenuhi selagi itu mereka akan berada di bawah bumbung BN. Tetapi setelah semuanya berjaya dimiliki mereka terus beralih arah (bercerai). Bagaimana nak menangani perkara tersebut? Senang jer....bagi saya, kawasan-kawasan yang telah dikuasai oleh parti pembangkang perlahankan pembangunannya?...Tumpuan perlu diberikan di kawasan pedalaman yang tiada kaum 'C'. Jika anda semua perasan kaum 'C' seolah-olah mahu menguasai Malaysia. Peh!... mereka ketawa tergilai-gilai melihat PKR dan PAS menyertai mereka. Semoga kaum 'C' yang berada di bawah parti pemerintah akan melakukan sesuatu. Ataupun sebenarnya mereka ini yang dalangnya. Kata penyokong kerajaan tapi apabila membuang undi pangkah lain. I think that. Hohohoho.... atau mungkin juga mereka yang kaum muda berfikiran seperti saya. 'Eleh... saya tak mengundi pun BN tetap menang'.... alih-alih kalah. hahaha... Padan Muka!....


Alamak....nak pi kedailah. Kawan pesan beli roti. Ok lah lain kali sambung lagi.


mkbs -  otogod no sa kana kasi banding2. bosan no mala kalu hari2 dingar urang membebel. oingolou tomod tuluku. Koguli walai nga Uhh....bestnyer.... kalu sewulan nopo kanto ugudi nga olau ih .... atokoi... kotuka po kawagu suab...huhuhu....

Sabtu, 16 April 2011

Veldrom, Ipoh


Bestnya...dah sampai rumah. Tiba pukul 8 pm, pergi pasar malam dan singgah lepak dekat mahkamah sambil makan durian. NAK TIDUR DULU....

Khamis, 14 April 2011

Simpang Tiga


Aiyyooo.... Every night we got 'dinner free'.... I am so shy...but why? Jam 8 malam tadi kitorang makan di Restaurant Simpang Tiga. Al-Hamdulillah. TERIMA KASIH BUAT CIK YUSLAINI KERANA TELAH BELANJA KAMI MAKAN.

Nak tidur dulu...barbai..

Rabu, 13 April 2011

Aiyyoooo.....


Semua serius.

Oh My God!!... I make a big mistake....... Aku dah salah ambil orang. Aku panggil LAI MUN YEE tapi LAI MAN YEE yang datang. Aku pun tak perasan ejaan nama tu.... Nasib baik Pn Wan Sajidah perasan. Dan nasib baik pelajar belum masuk bilik, sedang dalam mood bersedia. Kurang asam. Bikin malu aku. Nasib baik En. Fazli tak menjerit. Akulah penat berlari naik tangga. SORRY GUESS......


Mkbs - panasnyaaa........sabar sajalah.

Isnin, 11 April 2011

Kuruslah Aku....


Hahaha.... Sebelum datang di sini saya membayangkan tempat temuduga ???? Lihat tu.... Setiap 40 minit kena memanjat tangga. Bermakna dalam sehari saya memanjat lebih kurang 109 anak tangga. Wow! Hebat bukan. Tapiii....kalau berat tak turun juga tak tau nak kata apa....hahaha....


Mkbs - bencilah. En. Fazli suruh call panel. Dahlah kredit tak de....aku tak nak call...

Apa sudah jadi????


Macam-macam. Sebelum ni orang mati makan cendawan liar. Why? Tapi bila saya nampak gambar cendawan liar tu di akhbar....aduiii!! Cendawan tu memang nda bulih makan. Arwah nenek saya yang cakap. Takkanlah orang kampung nda tau?.... Sekarang pula panas dengan cerita 'telur tiruan'. Inilah impaknya kehebatan sains dan teknologi. Terimalah. Mangsanya??... Nampaknya semua orang kena bela ayam sendiri. Confirm telur asli. Huhuhu..... Dahlah aku suka makan telur. Yalah murah. Mihun campur telur sudah rm2.50. Telur ayam bukan telur lain ah......


Baru siap packing barang. Main sumbat saja. Harap-harap semua ok.

Yang pelik dan ajaib...... 2 week ago hot story about a teacher rotan pupil sampai pengsan dan mati. Dan kini heboh pula pelajar tumbuk guru sampai patah hidung. Ohohooo....guru tak hormat pelajar, pelajar tak hormat guru. Lepas ni, nak dengar pula pekerja bawahan belasah bos. Padan muka orang atasan yang berlagak. Mesti gempak kan?.... Nak lagi kalau perempuan yang membelasah. Huahuahua.....
Kesian dengan Datin Seri Azizah. Perlukah dia pertahankan suaminya sampai tahap gaban. Itu setiakah namanya? Saya pasti suatu hari nanti akan terserlah kebenarannya. Dan ketika waktu itu tak akan ada penyesalan. Terluka pasti ada.

Sebentar tadi saya tengok program Mentor 5. Semuanya ok kecuali Aiman. Apa sudah jadi? Nda ada harapanlah ko Aiman. And then i like Salma. Keep it up!... I believe you can. Tapi yang musykil the last show. Itu persembahan protege atau Mas Idayu? Ratu gelek pula yang lebih-lebih. Apa-apa pun saya puas sebab my favourite menang this round.


Mkbs - Pernahkah anda merasa, anda telah merampas kebahagiaan orang lain? Merampas masa depan orang lain? Pernahkah anda merasa serba-salah menggunakan kehebatan anda demi orang lain tetapi gagal untuk orang yang disayangi? Pernahkah anda mengutamakan keperluan orang lain berbanding keluarga sendiri? Pernahkah anda terfikir apa perlunya menghormati perasaan orang lain?


Bugau - kata cikgu saya 'betapa dalam benci kita terhadap seseorang, hormatilah ia kerana kau dan dia tetap hamba Allah yang tiada apa-apa'....dan saya pegang...whatever you do 'jangan sakiti diri sendiri'.... Have a nice sleep!

Ahad, 10 April 2011

Bersedia untuk stress!!!!!!.....

Huh! hari ni kena bersedia nak packing barang. Esok dah nak bertolak ke Ipoh. Urus setia temuduga PILN lah katakan....hehehe...... perasaan tak menentu... macam-macam. paling nda bulih bla...takut buat salah siut... apa kes ni Jienah? penakutlah.... huhuhu bukan takut beb...risau je.. sama lah tu... mana ada sama... huahuahua.... harap-harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. And hope kerjanya more easy than before. Insya-Allah. Aik tapi sekarang ni belum packing barang lagi. baru nak fikir nak bawa baju warna apa.... hehehe... asal nak outstation saja mesti bengang. Itu belum kena transfer pi Ulu Tembeling lagi...hahaha....palis-palis...mada' oku ih. Kure ni kologos no. Relaks la beb kata kawan aku. hantam saja ba. bukan susah pun. just follow the attention. Yea... i like it. Ok i follow it. I feel happy just now because my favourite American Idol 'Stefano' tidak terkeluar. Huhuhu...berdebar-debar siut. I hope Stefano and Scotty will be in the final. At least one of them. But i want both of them. Hahaha.... Padam muka si Randy tu. nak sangat si Phia nyanyi lagu rancak. tingu teout suda. I consider Phia's talent but for me it is 'biasa-biasa' saja. We can see about her talent everywhere anywhere.... so if the voted don't like her .... i don't worried.

Ok lah... i want to stop here. Mau pi masak maggie...lapar suda. hahaha....

mkbs - semoga perjalanan esok akan selamat dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah. Amiin.

Jumaat, 8 April 2011

Eh! Estoy disgustado ....

se parece a un profesional, pero al parecer sorprendió con facilidad. Muy emotivo. basura a veces puedan ver. ¿Por qué habría de hacerlo? poco positiflah. Piense en los sentimientos de los demás.

Ahad, 3 April 2011

Tidur itu seni....???


Kalau betul tidur itu seni, sayalah orang yang paling seni. Sebab siang kelmarin saya tidur 7 jam. Hahaha.... Kerana tidur itu seni, malam tadi saya nda dapat tidur. So, saya pun bacalah Pekeliling Tatacara Pengurusan Stor. Pukul 3 pagi simpan buku tutup lampu tidur. 'Berapa hari bulan?' '13 May...' 'Perut tak nampak pun...' 'Bukan...bersalin..'. Oh My God! Mimpi rupanya. Nasib baik azan subuh mengejutkan saya. Bikin panas punya mimpi. Belum kahwin tapi sudah bersalin. Aduiiii....ngeri. Bangun solat subuh. Duduk-duduk main-main telefon pukul 7 pagi sambung tidur. 'Mama sudah pigi jumpa doktor, ko positif mengandung...' 'Ha! Mamaaa....macam mana saya boleh mengandung saya belum kena rogol...' Terkejut lagi. Huh! Mimpi lagi (pegang perut). Sudah pukul 8.30 pagiiii...... Yang saya nda tahan tu ayat 'belum kena rogol lagi'....hahahaha....mimpi oh mimpi. Belum kahwin lagi tapi sudah bersalin dan mengandung lagi. Sebenarnya nak tidur lagi sebab malas nak buat kerja rumah. Tapi mimpi pelik mengacau pula.


€ Berita jam 10 pagi Radio Klasik Nasional - Datuk Lee Chong Wei bakal menggantung riketnya selepas sukan olimpik 2012. Harap-harap DLCW akan menggenggam emas pada kejohanan besar itu sebelum bersara.


€ Berita jam 12 tengahari di tv9 - Penulis dan penggubah lagu Seri Bayu telah kembali ke rahmatullah pukul 8 malam semalam. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sabtu, 2 April 2011

Ustaz Amirul...EA


Atuuukoi....ini nono mala karja kamurang kan?..


Wow! Hati ini membayangkan seandainya ia dapat memiliki dan dimiliki oleh seorang insan baik, tenang dan sabar seperti ustaz Amirul. Masih adakah insan sehebat itu sekarang? Satu dalam sejuta? Owh...semoga hati ini bertuah untuk memiliki. Tapi saya suka watak baik saja tau. Bab-bab madu itu....sukar dijawab. Munirah wanita hebat. Mampukah anda menjadi sepertinya? Saya tak mampu. Jika diminta berlakon berpura-pura baik pun oh tidak. Tapi kalau dapat ganjaran lima puluh ribu saya akan pertimbangkannya. Hahaha... Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi meninggalkan insan-insan yang disayanginya dengan tenang. Yang bikin panas, baiknya Adawiyah akhirnya berjaya dinodai. Pengajarannya, jika kecewa jika dihampakan bawa bertenang istighfar selalu mohon petunjuk Allah. Jangan bertindak melulu. Sayangkan.....seorang insan yang baik cukup didikkan agama tetapi tewas dengan ujian Allah. Hanya kerana cinta seorang lelaki. Mungkin terlalu kecewa kerana terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Namun tidak berbaloi membiarkan diri dimamah emosi yang akhirnya mengorbankan maruah diri. Kata pujangga 'jika ia ditakdirkan untuk kita, suatu masa ia pasti kembali kepangkuan kita'. I believe that. Saya cukup terharu melihat insan yang sanggup berkorban untuk insan lain. Cause i believe i can't do that. Even my heart so cool but i can't be give a sacrifice. I am selfish. Thats the reality.


® Katanya 'orang lain akan dan mudah mengambil kesempatan ke atas diri kita ketika kita dalam keadaan sedih mahupun bahagia'. So be careful about that.


® Kata teman 'orang sanggup mengorbankan kegembiraan hidup demi wang. Kerana sama ada kita kaya atau miskin hidup kita tidak sentiasa gembira dan sedih. Jika kita redha menerima kegembiraan dan kesedihan seadanya, kepayahan tidak akan dapat menggugat rentak hidup kita. Wang tetap impian pertama setiap insan'.



Bugou ~ sa nda sabar mo tingu APBH totuong suab. Aharap oku no kopio kamanang ih Stacy. Siou kio auh ku nakatod oh undian. Nolinganku. Otukanan oku no bei kokito sosongulun. Oruhai no maganak om arat kopio koboros-boroson. Haro pogi nunu maso maganak nga.... Auh orosian kio? Tambalut duo nga uguddi. Eh...kororosiyo. Kapanas ngawi ginawo. Monikid tadau do agangau. Koruol tulu. Monit gonit oh tulu. Osuwaiyan oku no.

Jumaat, 1 April 2011

Malam ini...ada apa?

Huhuhuhu...... malam ni ada kunun competition Melodrama JPA. Tapi sa nda mo pigi. Malas bei.... Sa nda ada simpan hasrat hati mo pigi. Cukup no bei tepigi malam apresiasi BMI. Dapat cabutan bertuah lagi. Malam ni bagi urang lain pula. hahahaha...parasan!!... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. specially dengan RUMAH BIRU. Semoga kamu akan menang. MESTI, PASTI, AKAN MENANG!.... I believe that!.....

Kelmarin saya sempat menonton satu sesi bual bicara di ntv7. Mereka membincangkan tentang skim memiliki rumah kos rendah untuk para belia. Saya teruja dengan pendapat mereka. And the most i like is one of the juged said 'daripada pihak kerajaan menyediakan pelbagai skim pemilikan rumah, lebih baik pihak kerajaan memikirkan cara untuk mengekang dan mengekalkan nilai hartanah dari terus meningkat'. Betul3. Saya betul saja. Lagipun saya tiada aset pun. Hahahaaa...... Subjektif bagi setiap individu. Terpulang kepada individu nak yang macam mana.....


mkbs - sebelum ni tidak pernah terfikir nak memiliki aset. Tapi sekarang tiba-tiba terdetik di hati....but now i have no money..... so what should i do?.... so sad!... aaahhhhh!!!!!!!!..... do i care?... don't say that. Terus berusaha. If you can get it syukurlah. but if no be patient. Not at all in the world we can get.  Do what you should do and you think have to...