Pertama kali ke Jalan TAR menaiki ERL - KL SENTRAL seorang diri. Kawan dari Klang menaiki KTM. Ingatkan saya terlambat. Rupanya saya terpaksa tunggu sejam setengah. Sempat makan ice cream mango peach di McDonalds. Fuh! Terlampau manis perasa mangonya. Yang kelakarnya, kawan datang sekali dengan empat orang jejaka sepejabat. Saya pasti seorang daripadanya 'boprin dia'. Hahaha.... Nasib baik durang nda ikut pi Masjid Jamek. Huh! Puas dapat beli apa yang diingini. Tapi penat beb..... Sekarang tengah pening memikirkan baju raya. Huhuhu....
Akhirnya Shiha dan Ratnah berjaya melangkah ke pusingan seterusnya. Ayish tersingkir. Saya mengharapkan Ayish bukan Ratnah. Namun nak buat macam mana..... Ayish lembab nampak lemah. Sekiranya momentum persembahan Ayish tidak jatuh teruk pada pusingan ketiga pasti dia tak tersingkir. Nampaknya final Mentor musim kelima tiada protege lelaki. Aiman kumpulan B sudah mustahil. Salma dan Iqa sudah pasti. Jika ada kejutan itu pasti berkaitan dengan Iqa dan Aiman. Ada aku kisah? Kejutan jika Salma tarik diri.
Nasib baik esok cuti. Bolehlah hilangkan rasa penat ini... Boleh tidur lagi. Hahaha...... Exam nanti macam mana ya? Tiada kawan ni..... Walau macam manapun tetap kena pergi. Dah studay. Anggap semua cabaran itu pembakar semangat. Insya-Allah.
Mkbs - tengah tengok cerita korea 'huh...pembelot negara ada hati nak belas dendam...nak minta perhatian...insaflah!...'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou