Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Merdeka Raya


Anak buah dan adik bongsu. Both of them sangat naughty. Pening kepala!

Selamat menyambut merdeka raya. 1 syawal semalam hari ini 2 syawal dan juga hari kemerdekaan negara Malaysia. Semoga semua yang dirancang akan berjalan lancar. Sejak balik 27 hingga hari ni tak sempat update blog. Terlalu busy terlalu penat. Huh! Biskut perkara paling i hate. Tapi di hari raya i have to ...hahaha... Kami buat biskut ghee, butter, popia goreng nespray dan coklat. Setakat itu saja siang tak tidur malam tidur 2
Jam sahaja. Macam mana pembuat biskut boleh bertahan?

Raya pertama kami hidangkan mihun sup dengan nasi campur bersama air bandung. Semua idea adik-adik.

Adik dan jiran sebelah berselang-seli lancarkan bunga api. Siuk ba. Thanks.

Semalam pukul 8 malam adik saya c kanak sakit perut mau beranak. Bapa hantar pi hospital. Siapa suru? Dia pi angkat gas panjat memanjat...saya cakap ko teberanak awal nanti...bulih dia katawa... Hari ni hari jadi dia. So, saya doakan semoga dia akan terus sukses dengan kehadiran anak keduanya (tak tau dah salin belum). Kerja kuat demi diri dan keluarga sendiri.

Yang memeningkan adalah all about budget. Shopping barang pertama raya sudah melayang seribu. Campur upah baju suda menghampiri seribu setengah. Perlu macam gini?..angpau untuk family belum lagi. Fuh!... Dan hari ahad nanti makan belanja adik keenam saya. Bayangkan betapa penatnya.... Aduhai....tolong setakat yang mampu.... Saya suda 3 hari kena cirit-birit. Pertama melantak lada putih. Kedua melantak kuih raya. Teruknya rasa.

Ooo suda subuh. Go to pray.

Selamat berhari raya dan hari merdeka buat semua teman-teman. Take care yourself your dream your feeling and all your's... Have a nice raya

Sabtu, 27 Ogos 2011

Putrajaya...hamba pergi dulu...


Cantik kan?

Hari ni sa btul2 stres. Adik sa nda dpt antar pi aport. Sa tau dia nda brni jumpa sa abis dia xada duit mo byr duit sa. Sa bgun mandi kul 4am. Sahur trus. Kakak raihan bleh takut2kan sa. Pukising!!.. Rasa takut skit. Sa jln pi erl kul 4.55am. Nasib baik rmai urg d tgh jln dn train 5.20am. Yg bikin panas bli tiket erl guna mesin. Sa kasi msuk rm10 change missing. Rugi duit sa rm3.80. Yg bikin panas tahap gaban time check in guna mesin. Sa try smpai 3x nda bulih. Bila tu service dtg bulih pla. Bikin malu sj. Nasib baik x handsome. Yg bikin panas tahap gaban turus 2, time mo simpan bagasi. Tu urg ckp pi b'baris d kaunter B. Mak ai pnjgnya barisan. 15 minit sa b'baris tnya urg dpan dia ckp kak slh ni. Ni kaunter utk firefly. Ooo mna tu urg yg ckp tdi. Minta pagung. Sa pun pi tnya d kaunter. Rupanya d kaunter C. Nasib baik barisan x pnjg. Suda msuk slh jln pla. Sa ikut urg rmai. Rupanya urg rmai tu pi gate B. Sa gate A. Mengucap sa. Bru duduk mo kana msuk kapal suda. Aiyoo....sa blum subuh lgi ni...so how? Byr sj la. Stress... Siapa suru b'lagak sgt. Ok dlm kapal suda. Nasib baik urg sblh perempuan.... Bye i have to off my pretty handphone.....

Jumaat, 26 Ogos 2011

Menghias Pejabat...

Sibuk menghias ruang pejabat. Ada pertandingan kan?....semuanya bertungkus-lumus. Tengok unit lain fuh!!!...fantastik. Walaupun persiapan di saat akhir dan mungkin agak sukar untuk menang.....harap-harap boleh menanglah. hahahahaaaaaaaa.........  Si gadis manis bertudung meron pandai mewarna. Maybe everyday dia menconteng. hehehe.... Yang tudung putih tu aksyen saja pegang berus. Kwang..kwang..kwang... 4 orang ibu idea banyak tapi katanya tak reti nak mewarna. Durang tembirang tu kan?... Bakal bapa seorang tu, berusaha dan bertungkus-lumus. Walaupun sibuk tetap semangat. Tabik spring u!....Ada somebody memberi nama for somebody 'si comot'... setiap kali saya tengok wajah orang tu terasa nak gelak. Huhuhu........

Dan sekarang ni sana-sini sibuk dengan lagu raya. Saya amat mengharap hari ini tiada kerja yang tiba-tiba nak urgent. Sebab bahagian akaun JPM akan tutup pada pukul 10.00 pagi ini. Dan hari ini kerja saya nak menyiapkan laporan dan mengemaskini daftar bayaran. Al-maklumlah nak cuti panjang. Saya akan berada di kampung kesayangan saya iaitu di Kampung Tanah Merah, Keningau, Sabah mulai petang 27 ogos sehingga pagi 16 september 2011. Huh!!...nampak cuti tu macam panjang kan? Tapi tidak bagi saya. Kalau saya punya sumber kewangan lain selain dari kerja ini, mungkin saya akan ambil cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji sebulan. Boleh kan?.. Tapi apakan daya...saya hanya ada kerja ini. Saya hanya boleh bergantung dengan kerja ini. Oleh itu, saya perlu sayang dan hormat dengan kerja ini. Jika sampai waktu yang memerlukan saya tidak boleh bercuti saya perlu redha. Tetapi selagi saya masih boleh bercuti saya akan pergunakannya sebaik dan sehabis mungkin sehingga ke tahap maksimum yang boleh. 

Istimewa buat kawan-kawan semua, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. andai ada salah silap yang sengaja atau tidak mohon ampun. Maklumlah mulut saya ni bukannya selalu baik. Ada masa terlepas cakap dan ada masa sengaja lepas cakap. Saya harap ia tidak disimpan dalam hati sanubari. Dan untuk kawan-kawan juga, jangan risau dan bimbang kerana saya tidak pernah menyimpan dendam pada sesiapa. Walaupun sering sentap dan sakit hati saya jamin ia tidak tersimpan dalam hati cuma selalu berhati-hati daripada disakiti....Insya-Allah.

Tazkirah...Ceramah...di bulan Ramadhan...

Bila cakap pasal kesihatan..huh!...takut.. yalah makan bagai nak rak, tak ingat dunia..dan tak ingat akhirat pun... bayangkan kalau anda sakit... tapi ada somebody cakap 'makanlah selagi berselera'... Tapi kata seorang penceramah kesihatan 'tepuk dada cermin diri sendiri'...katanya 50% daripada insan di dunia perasan sihat...hahaaa...like me...selalu perasan sihat. itulah pasal takut mo pi hospital. (jangan ikut macam saya).



Saya suka dengan sesi ini. Tengok tajuk macam ah!!!...membosankan. Tapi setelah mendengar ceramahnya, interesting. Cuma sayangnya, masa tidak mengizinkan. Banyak perkara sebenarnya yang saya ingin tahu. Apa-apa pun sekurang-kurangnya ia telah berjaya mencuri dan mengambil hati saya untuk mendengar.
Makanan yang baik adalah makanan yang halal, bersih, suci dan berkualiti. Maksud halal? Makanan yang tidak mengandungi mana-mana atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih, tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis.

Imam Muda musim pertama Asyraf. Sesi ini dianjurkan oleh rumah merah. Apa yang membuat saya musykil adalah tahun lalu dan tahun ini ustaz ni dijemput dan memperkatakan perkara yang sama. Cuma yang bezanya cara penyampaian. Restauran dan pengantaranya yang agak 'over' sikit. Dia tak terfikir ke tentang perasaan ustaz tu?...berani dia. Mereka buat konsep begitu kerana ustaz tu muda kot. Isi kandungan ceramah tidak mencabar langsung. Gimik lebih!...Santai.... Tapi kehadiran ustaz ni bermakna bagi golongan muda. I think dia pandai bergaul dengan mereka. Jika ada berkesempatan mengikuti laman twitternya...fuh!...kalau anda tak kenal dia, anda fikir dia remaja biasa... Santai pun santai juga...jangan tersadai sudah...hahahaaaaa....(yang kelakarnya ada seorang hamba Allah tu... 'u pi tengok ke Ustaz Asyraf tadi?...Tak. Tak suka. Pendek.'...huhuhu...boleh dia cakap begitu...pendek???? Macam dia tinggi sangat. Ustaz tu lagi tinggi from her... Pelik tapi benar.. maybe she just joke...siapa tau...) Kelakar juga...saya dengan kawan-kawan sempat turut serta solat berjemaah dengan ustaz Asyraf.
Ini gambar Sham (Kamikaze). Pertama kali tengok 'life'. Sesi ceramah ini dikendalikan oleh rumah hijau. Fuh! penuh auditorium. Tarikannya mungkin pada penghijrahan atau katanya kembali ke fitrah asal. Lebih mudah faham 'sudah insaf'. kemunculannya jadi kegilaan wanita. Wow! if i dapat lelaki yang bernama suami sepertinya confirm bahagia. hahaha... But tidak semudah itu. Lain orang lain ujiannya. Ada orang yang dapat suami alim tapi layanan tak alim. Sang isteri yang selalu berkorban. Ada orang yang dapat suami biasa-biasa saja (sederhana) tapi layanan kelas pertama. ada juga orang yang dapat suami semuanya serba sederhana. Anda pilih yang mana satu? Saya pilih yang serba sederhana. Kasih sayang, marah, benci, kaya, miskin semua sederhana. Andai disakti, sakitnya sederhana saja (tapi inda jumpa lagi ba..hahaha..). Ceramah ini biasa-biasa saja bagi saya. Untuk mendengar cerita penghijrahan seseorang....baik dijadikan teladan. Moga-moga kita juga akan dapat taufik dan hidayah dariNya. Insya-Allah. Dengan cara percakapan dan kemanisan kematangan vokalnya saya fikir Sham boleh jadi penceramah bebas yang unggul suatu masa nanti. Semoga dia akan terus kekal begitu. Semoga Allah SWT terus melindunginya.
Kenal wajah ni? Tengok dalam tv orangnya berisi. Tapi dalam nyata kurus pula. Mungkin kerana puasa. Ya. Saya kira perempuan ini amat bertuah dan hebat. Dua-dua dia ada. Ilmu dunia dan akhirat. Lulusan dalam bidang kewangan juga seorang ahli agama. Saya perhatikan penampilan di awal kemunculannya sehingga sekarang dia memang bergaya dan berfesyen. (Seorang Qariah Malaysia / antarabangsa). Saya pernah berangan dan bermimpi untuk sepertinya. Tetapi setelah jadi ptkew ia terus jadi angan-angan. Namun begitu suatu masa nanti saya mahu ia jadi kenyataan. Insya-Allah. Walaupun tidak semudah yang disangka tapi itu adalah minat saya dari dulu lagi.Ustazah kata, di Klang sahaja 250 kelahiran anak luar nikah dalam sehari. Cabaran masa kini. Kalau saya pun tak tau nak buat apa. Kaunseling sajalah.

Ini Dato' Haji Kamaruddin Hj Zakaria. Jemputan rumah biru. Tapi sayangnya saya tidak berkesempatan mendengar sepenuhnya sesi ceramahnya kerana ketika itu saya bertugas di kaunter pendaftaran. Yang saya tahu kehadiran memang ramai. Itu sememangnya kerana dia adalah salah seorang penceramah yang paling digemari umum. Mantan Imam masjid negara mestilah hebat.Dia punya aura tersendiri. Orang berpengalaman. Kalaulah Dato' Kamaruddin dapat mengimami solat zuhur kan bagus... i must join... Paling terharu dengar dia baca doa dan audien diminta mohon doa atau hajat. Kalau tak silap saya masa forum bertajuk "Keluarga Ok, Kerja Ok". Menangis saya masa tu.
Sesi ceramah anjuran rumah kuning adalah yang paling mengecewakan. Kehadiran tidak sampai separuh auditorium. Perkhidmatan memang terbaik. Sayangnya. Mungkin kerana penceramahnya yang kurang dikenali dan diadakan pula di penghujung ramadan. Semua orang sibuk menghias pejabat sibuk membeli-belah dan macam-macam lagi. Ahli rumah sendiri pun ramai yang tidak datang menyokong. Saya datang menyokong sambil tidur...hahahaaaa.... di awal 20 minit ceramah bermula saya dah tidur dah.... Kesimpulannya, tak banyak ilmu yang saya dapat. Yang saya ingat tentang perceraian. Berkahwin bagai nak rak 6 bulan kemudian cerai... Kenyataan. Kalau dah tak sanggup berhadapan dengan karena pasangan apalagi cerai sajalah. Buat apa mau susah-susah. Bikin pening kepala saja. Huhuhu....


Sentiasa tersemat dalam hati saya kata-kata Ustaz Dato' Hj Abu Hassan Din... "musuh-musuh islam tidak akan mengajak kita untuk menganut agamanya tetapi mempengaruhi minda dan cara hidup kita untuk mengikuti cara mereka. Secara tidak langsung akidah kita akan terpesong dan pada masa itu kita akan secara halus telah menganut agama mereka"
Saya masih ingat ustaz saya kata 'belajar ilmu sihir itu harus, mengamalkannya haram'.


Sesi penerapan nilai murni di bulan ramadhan JPA berakhir semalam 25.08.2011. Di akhir ceramah dibacakan doa mohon kesejahteraan selamat dalam perjalanan pulang dan balik. Maklumlah hari ini dah ramai yang cuti. Cemburu pula tengok kawan-kawan balik kampung. Saya balik seawal pagi esok. Insya-Allah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Tajuk ceramah semalam "Sempurnakah Ramadhanku"... Puasa memang sudah sempurna tetapi nilainya tak tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Namun kita semua mengharapkan ia sempurna pada penilaian Allah SWT.

Khamis, 25 Ogos 2011

Buat Juga....

Semalam kawan sa balik kampung. Naik flight malam. Huhuhu....ingat kah beberapa hari sebelum puasa sa sentap betul dengan dia....sebelum puasa janji mau kasi bersih rumah tapi inda jadi. Sudalah inda jadi bulih dia bongkar barang di rak tv lepas tu biarkan bersepah. Mulai hari itu sa nekad mau kasi biar saja ruang tamu tu bersepah. Kamu mau tau for the first time sa bulih bertahan dengan keadaan bersepah begitu. Maybe sebab sa inda banyak melepak di ruang tamu... Sa ingatkan dia akan bersihkan sepah yang dibuatnya tapi malangnya....sehingga kamarin tidak. Tambah sepah ya. Lastly, sa pun kemaslah semalam pukul 11.30 malam. Penat. Barulah sedap mata memandang. Selesanya. Sa juga inda sabar-sabar mau tingu keadaan rumah di kampung. Apakah macam tongkang pecah juga?... But mum said durang suda kemas rumah.... Kalau sa balik menyusahkan sa mau mengemas.... akan ada yang kena tempiling....

Isnin, 22 Ogos 2011

Jalan TAR


Huh! Setelah 5 tahun tidak ke jalan TAR di waktu puncak perayaan, tahun ini saya kembali. Fuh! Memang rakyat Malaysia atau 'kondilas'...??... Dari stesen LRT nak bergerak pun susah. Orang ramai berasak-asak. Laluan kereta jadi laluan orang. Kalaulah kereta tu orang mabuk yang pandu berapa ramai agaknya yang mati?...dengan aku-aku sekali. Nauzubillah. Nak membeli pun susah. Saya sempat singgah solat di Masjid India. Mak ai... Nak ambil wuduk que nya panjang. Dengan air paip tersekat-sekat. Cabaran betul. Sesiapa yang baru nak pasang angan-angan ke sana baik tak payah. Nanti tak sempat raya.

Isnin, 15 Ogos 2011

TIBA-TIBA

Tadi pagi saya masuk bilik bos minta sign lupa punch... dia boleh kata 2hb september kena ada seorang PT standby dekat ofis..alasannya takut ada baucar kuiri...alamak... cuti belum lulus lagi...alamatnya situasi saya belum selamat lagi... lepas tu emel dengan serta-merta sampai... perlu dibincangkan..jika tiada siapa yang sukarela maka akan dipilih secara rambang. WOW!... macam manaini?????.... Ka saja-saja dia nak gertak..tapi emel rasmi dah dapat dah... saya harap semoga semuanya dalam keadaan baik dan lancar... banyak betul cabaran ni..cabaran kecil tetapi rumit dan cukup membuatkan hati ini runsing... saya gembira kerana duit bonus dah dapat dah... sekarang ni tengah mengira bajet... tapi yang merunsingkan... abang sepupu minta tolong beli keronsang harga lebih kurang rm300.00. Katanya dia akan bank in kan duit..tapi bila agaknya... saya harap sebelum jumaat ni dia akan bagi... bajet tak cukuplah... nak tolong juga tapi duit tiada...kalau adik bayar duit saya mungkin boleh...yang itupun saya amat mengharap juga...semoga semuanya berlembut hati dengan kerunsingan hamba Allah ini....

萨亚 学 大怕他 体都然时


亚 学 体都然             和两旁 么 己瓦 卡擦 安大 肯阿拉 阿怕 亚安个 萨亚 突里色? 

KECEWA..but TAHNIAH DLCW!!..


Lega hati ini kerana telah bayar zakat fitrah. '...ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...'....


BADMINTON KEJUARAAN DUNIA, LONDON

Di awal perlawanan set pertama juara seolah-olah milik Lee Chong Wei. Masuk set kedua Chong Wei hilang arah. Apabila permainan diheret ke set ketiga keyakinan saya sudah hilang terhadap jaguh negara ini. Hanya keajaiban boleh merubah. CW amat lemah bermain 3 set. Perhitungan CW pada set kedua tersasar. Dia banyak melakukan kesilapan yang memberikan mata mudah kepada lawan. Jika dilihat dan dihitung dari pelbagai sudut CW layak dan mampu untuk menang cuma rezeki tidak menyebelahinya. Mungkin itu tandanya DLCW belum dibenarkan untuk bersara awal. Walaupun DLCW kalah 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan, TAHNIAH DI ATAS SEMANGAT JUANG ANDA.
Walaupun saya kecewa tidak mengapa.... Lagu kebangsaan terus kempunan untuk berkumandang di kejuaraan dunia.


PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADHAN

Saya geram, marah, benci dengan drama ini. Boleh percaya kah jatuh cinta dalam tempoh 4 hari. Dengan suami kakak sendiri lagi... Nafsu telah bermaharaja!.... Nafsu tidak mengenal kawan, musuh atau saudara. Pada yang sudah berumahtangga BERINGAT-INGAT selalu dan bagi yang belum berumahtangga AWASI diri jangan terjebak.


Mkbs - marah sebab besok masih tak puasa. Harap itu last day.

Ahad, 14 Ogos 2011

Susah Hati lah...

Cuti hujung minggu ni sepatutnya saya bersuka ria...tapi rosaklah mood... hari jumaat lalu sebelum punch card...surprised... rupanya pagi tu saya tiada punch.. habis tu saya punch siapa punya?... masalahnya kecil jer...but yang besarnya kena minta sign bos dalam bilik tu... saya dah target bulan ni tak boleh buat mistake...tapi dah buat dah... nanti time nak minta sign tu macam-macam pula yang dikata...tu belum kira ayat ala-ala mengugut..aduh! buat i stresslah... asal cuti raya saya mesti cuti panjang...asal saya cuti panjang mesti macam-macam masalah timbul...huh!... Tolonglah... harap-harap tommorow morning mood orang dalam bilik tu baik....capai dan sign saja... malangnya perkara ni berlaku cuti belum lulus lagi...kalau dah lulus lain cerita...fuh!!... dahlah somebody asyik-asyik perli jer saya cuti panjang.. macam tak biasa sejak mula kerja untill now saya memang ambil cuti panjang time raya... 'nak tunang ke... nak kahwin ke..' dah basi..dan saya dah bosan mendengarnya.. carilah ayat lain pula... agaknya mereka-mereka yang bercakap tu teringin sangat nak tengok saya naik pelamin...atau nak tengok my special boyfriend macam mana...handsome ke? kaya ke? alim ke?... ya, mestikan?.... wow... how to find somebody like that?... hahahahaaaaa......
SABAR SAJALAH....

Sekiranya anda berkesempatan menonton perlawanan badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan juara (dunia) bertahan Chen Ji dari China, anda pasti berpuas hati. Saya suka dengan persembahan DLCW. Kasihan CJ, dia bertungkus-lumus mahu menyakat kemaraan DLCW tapi akhirnya kecundang juga. Saya pasti mood DLCW berada di tahap terbaik walaupun dia awal set pertama ada sedikit keresahan dan tekanan di wajahnya. TAHNIAH!.. Saya mengharapkan momentum dan mood DLCW akan berterusan di pentas akhirnya. DLCW akan bertemu sama ada Lin Dan atau Peter Gade dari Denmark... Jika dia bertemu Peter Gade saya yakin dia pasti menang. Namun jika lawan seterunya Lin Dan, DLCW harus berhati-hati kerana Lin Dan amat hebat beraksi di pentas kejohanan besar. Dan saya yakin tahun ini DLCW akan menang dalam kejohanan dunia ini. Insya-Allah. *pengulas tu kata, Chong Wei akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.. tapi yang musykilnya ada disebut Mei Choo... alamak dia ke?...carilah another people....kiciwa sikit ma...hahaha

mkbs - i hope so i can fasting tomorow...i don't want pay many-many day...hahaha... ayat apa ni?...

bugau - orang yang baik adalah orang yang dapat melupakan kejahatan orang lain kepadanya, dapat membuang rasa kebencian kepada orang lain, dapat melupakan kebaikannya terhadap orang lain... boleh ke?... susa mo cakap kan?..kalu saya, depan orang tu saya boleh lupa tapi di belakang sebenarnya saya masi ingat.... kita boleh belajar untuk menjadi orang baik..cuba dan terus cuba...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Marah Ke?...

Hahahaaa....kamarin perempuan tegar tu hantar message dan missed call banyak kali mo minta tolong punch card. Tapi sy tak terbaca message dan tak terangkat call dia. Sy dengar juga bunyi telefon tapi malas mo angkat..... Sy check telefon pukul 10 pagi. Hahahaaa..... katanya dia lambat bangun. Before that pun begitu juga. Alasannya dia study tidur lambat...wowww..... patut pun awal pagi dia sampai ofis selalu dia tegur sy tapi pagi kamarin tidak. Pukul 10 pagi tu sy kasi cerita sama si ibu mengandung...hahahaa... kesian ibu mengandung. dia terkena kapala angin perempuan tegar tu...kasar siut!...tapi peduli apa kan?... konpom perempuan tegar tu marah sebab kamarin satu hari dia inda tegur sy. tapi sy suka... kalau inda hari-hari dia mo mengenakan sy..menyakitkan hati sy saja... kan bagus kalau selalu begitu...tenang hidup sy... huhuhuuuu.....

Selasa, 9 Ogos 2011

I AM So Happy

Dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan al-Hamdulillah...

Hari ini hari bahagia untuk saya. Pertamanya, saya berjaya melepasi sasaran saya untuk lulus peperiksaan KPSL. Kertas A yang teramat susah bagi saya akhirnya saya lulus. Dua kali ambil exam akhirnya lulus. Macam mo menangis saja. Nak buat macam mana ni...Mungkin berkat doa ibu.. sebelum pi exam minta ibu doakan agar dipermudahkan....dan saya juga berusaha dalam lebih kurang dua minggu untuk mengulangkaji... Syukur ke hadrat illahi kerana mengabulkan doa dan permintaan saya. Saya berharap ia bukan setakat di sini sahaja. Ya, saya perlu selalu berdoa, selalu dekat denganNya dan terus berusaha. Terima kasih Allah, terima kasih Ibu, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih buat semuanya.
Inilah exam pertama yang saya duduki dengan penuh keazaman untuk lulus. Inilah kali pertama saya cabar diri saya untuk lulus. Inilah kali pertama saya punya keazaman sepanjang lapan tahun berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Saya mengharap ramadhan ini juga bakal memberi sesuatu yang saya impikan.Al-Hamdulillah....


Isnin, 8 Ogos 2011

Hujung Minggu...


Di awal ramadhan saya nekad untuk solat sunat terawih 20 rakaat. Namun 3 hari kemudian berubah ke 8 rakaat sahaja. Saya mahu khatam al-quran lebih awal. I have to. Insya-Allah.

I have a plan to go Alamanda before but so lazy... Nak turun kedai beli ayam pun malas. So, i buka puasa...hahaha...biar Dia saja yang tahu.

Early morning have to go office. Malas, benci datang ofis dengan ada masalah. Perkara berbangkit tahun 2008. Elegik!...memang merisaukan. Tahun paling banyak buat salah. Hampir-hampir dapat surat amaran. Benci bila teringat. Saya nak beredar dari sini sebelum ada masalah bangkit mencari. Oh tidak!.... Sejujurnya SAYA SUDAH BOSAN KERJA DI SINI. Saya semakin malas, selalu ambil mudah. SAYA DAPAT RASAKAN PRESTASI KERJA SAYA SUDAH TIDAK MENCAPAI STANDARD PIAWAIAN.


Mkbs - ketika saya berada di form 6 saya mensasarkan akan berkahwin selepas berumur 30 dan sebelum 35 tahun. Tetapi setelah umur saya genap 30 tahun ini, saya masih belum bersedia ke arah itu. Perlukah saya perbaharuinya atau ???.... Aduss...hahaha...saya harus bersedia dengan topik apabila balik kampung. Ada siapa tahu pendinding diri agar orang tak terfikir nak tanya topik ini??...boleh bagi saya...

Ooo...jam 1 suda. Tidur dululah nanti nda tebangun sahur...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Terganggu

Sedikit terganggu... bila unit kutipan kuiri lejer pelajar...baucar tahun 1998 dan ke bawah. Mana tau... kitaorang disuruh update lejer sebelum baucar dilupuskan...angguk..menurut perintah. Adusss.... Baucar pun dah dilupuskan.. nak cari di mana lagi? kalau ada kuburnya bolehlah digali...tapi nak gali pun i tak sudi... Entah macam mana.. tunggu respon dari unit kutipan. Harap-harap tiada apa yang menyukarkan. Hati dan minda saya separuh jalan sudaini... tengah merentas Laut China Selatan. Hampir di pertengahan jalan dah. Kalau dilambung ombak...habislah mengamuk... Tolonglah... Saya amat mengharap Yang Maha Esa akan melindungi hambaNya yang lemah ini dari sebarang masalah yang merumitkan. Amiin...

Tetap tak tetap....


Salah satu sebab saya tak sabar nak balik kg adalah nak tengok corak ni. Corak baru dalam rumah. Tapi itu dulu. Sekarang kawasan yang dicorak itu telah dijadikan bilik adik. Huh! Nasib baik bukan saya yang bayar. Now tak sabar kerana stress in office.

Meeting BP

Yang bikin panas

Tiba-tiba sabagu mo arahan pembayaran direct sama dia. PANASNYA my name disebut. Alasannya, dia mo tingu butirannya. Apa kes? Unit O hantar bayaran bercampur. Tadi sudah hantar minit banyak salah. Sama dengan gagak sebelah. Berlagak lebih bercakap lebih kerja tara tau. Durang tu buat kerja tak mendalami isu angguk lebih ayat leleh. PT operasi SL mula mengamuk.

Yang Bagus

Bos kata penstrukturan semula organisasi akan dilakukan. Setiap individu akan proses bayaran dalam dan luar negara. Ini saya suka. Supaya perempuan tegar tu tau. Selama dia join ldp tak pernah dan tak ambil kisah about my job. Sejak sambung study semakin ligat. Merungut banyak kerja tapi yang peliknya sempat pula buka forum. Sepatutnya laporan AP tu tugas dia. Tapi????....

Yang berani

Beraninya Ella. Kalaulah korang dapat tengok wajahnya ketika Ella membidas kuirinya...hahaha. Tak dapat menjawab. Sound jadi slow. Hahaha... Tahniah Ella!.. Kesimpulannya, sabagu tu hanya berani bersuara dalam meeting. Di luar 'ingga tontolou'.

Yang kelakar

Time Hisyam kongsi maklumat. Ada ciri-ciri untuk jadi seorang trainer. Jadi pelawak pun boleh. Selambanya itu...funny!!...

Yang keliru

Asal meeting tanya pasal SOP. Kenapa tak show contoh SOP? Dua orang tu tak follow up dengan kitaorang pun. Dan kenapa tak tanya saja dua orang tu?... KELIRU DEN.

Yang gembira

Sayalah. Saya boleh bercuti dengan gembiranya. Sepanjang bulan ini, saya perlu berhati-hati jangan buat salah. Nanti sabagu belakang tu mengugut. Biasalah ayat dia tu....

Sahur makan telur dan kurma. Sebab masih kenyang. Sudah melantak ikan goreng dan sambal peria lepas terawih.

Mkbs - kata pujangga 'dalam perjuangan CINTA selalu menang'. Tapi mengapa tidak pada saya?...

Rabu, 3 Ogos 2011

Awal Ramadhan....


Ayam kunyit sayur campur. Kawan masak hari ni.

Hari ni rasa penat. Pagi kena turut serta reasel sempena assembly JPA esok, tengahari jaga kaunter pendaftaran rumah biru petang kena join lagi.

Corat-Coret

1 - lepas group kami siap setting pendaftaran, nampaklah makanan tapau. Wow, makanan free. Saya dengan ila tanya boleh ambil ke... 'urus setia saja' 'kami pun urus setia juga' ... Durang blur kejap. Seorang kata yang kat dalam audi je. Seorang lagi kata tanya puan M. Uh!.. Menyesal saya pi tanya. Buat malu saja. Tak mengapa makanan free belum tentu halal. Kesimpulannya, makanan tersebut hanya untuk pegawai bertali leher dan anak buahnya. Why i say like that K. Som nampak dia bagi kat anak buah dia. Kesiannya somebody terasa.


Karang sambung. Saya mau pi terawih dulu....

******

Siap 10.30 malam. Sambung makan sambal limau ikan bilis pedas giler... Continue,..


2 - kenal ka dengan Hidayah? Isteri c Faisal tu... Masa agihkan paper beg dalam audi, saya offer diri nak tolong...boleh dia lalu begitu saja.. Ila kata SOMBONGNYA. Saya tahu dia begitu. Dulu sekali pi Sungai Congkak tak senyum siut. Kami pernah spontan berpandangan saya smile dia paling muka. Huh! Malu sendiri. I'm positive thinking maybe coz i'm never kaitan job with her. ATAU.... She like that hanya dua sebab. Pertama, saya lebih cantik darinya dan kedua dia perasan cantik. Hahaha....

Lambat pula kering rambut ni... My eyes want to close-up.
I want to sleep now.
Semoga Perhimpunan JPA berjalan dengan lancar

Selasa, 2 Ogos 2011

Hari Pertama Puasa


Berbuka puasa dengan Ikan goreng kunyit masak sos kicap dan sayur kailan masak bilis. Seronok nak memasak. Habis diratah selepas terawih. Menjangkau rakaat ke-10, mata mula nak lelap. Sabar sabar...rakaat ke-12 hingga ke-20 dan 3 witir, mata kembali segar.
Susun barang kira bajet kira hutang sedia untuk sahur sterika baju baca al-quran...mata dah nak lelap. Tak tahan. Selamat tidur... Jumpa sahur nanti.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa Semua...


Teringin berada di tepi pantai menikmati keindahannya seorang diri.

Hari ini hari pertama puasa. Syukur masih diberi kesempatan. Namun saya tiada persediaan awal untuk ramadhan kali ini. Kalau tahun lalu dua minggu sebelum ramadhan saya sudah sibuk mengulangkaji semua berkenaan dengannya tapi tahun ini tak buat apa-apa. Tapi saya tetap bernekad untuk solat terawih 20 rakaat seperti tahun sebelumnya.

Hari sabtu lalu saya telefon di kampung bersembang seperti biasa. Tapi tidak bercakap tentang puasa. Kenapa ya?...

Awal ramadhan dah sakit hati. Somebody janji petang sabtu nak beli barang. Tak jadi pula. Lepas tu hari ahad pukul 4 petang. Tak jadi juga. Sepatutnya saya tak perlu tunggu dia. Sepatutnya saya buat sendiri seperti tahun-tahun sebelumnya. Hati tenang jiwa sihat. Tak tahulah emosi ni. Asyik nak marah ja. Mungkin dah dekat bendera merah. Yang bikin panas lagi, dia beli sepapan telur boleh letak depan rak kasut. Kalau saya tak simpan entah sampai bila telur tu di sana. Lepas tu, boleh pula dia lipat kain depan tv dan dibiarkan. Almari tiadakah? Huh! Saya nak tengok sampai bila kain tu dekat situ. Sama dengan barang-barangnya yang dikeluarkan dari rak tak reti nak susun balik. Kali ni saya nekad BIARKAN. Ingat saya ni orang gaji dia ke? Mentang-mentanglah saya selalu duduk rumah. TUNGGU DAN LIHAT!
Astaghfirullah...semoga sahur nanti berjalan lancar.


Drama Korea 'Marry Me, Mary' dan drama Jepun 'Code Blue' sudah tamat.

- kita diberi pilihan sama ada mahu mengambil risiko atau kekal seperti sedia ada. Saya selalu memilih untuk kekal. Kerana saya takut dengan risiko dan kegagalan. Kerana saya takut saya tidak mampu bertahan apabila gagal. Not easy to change me. Dan tidak mudah merawat luka saya. But i think kita tidak pernah buat silap cuma hasil yang tidak memuaskan.

Have a nice dream. Jangan terbabas sahur suda....