Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 15 Ogos 2011

KECEWA..but TAHNIAH DLCW!!..


Lega hati ini kerana telah bayar zakat fitrah. '...ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...'....


BADMINTON KEJUARAAN DUNIA, LONDON

Di awal perlawanan set pertama juara seolah-olah milik Lee Chong Wei. Masuk set kedua Chong Wei hilang arah. Apabila permainan diheret ke set ketiga keyakinan saya sudah hilang terhadap jaguh negara ini. Hanya keajaiban boleh merubah. CW amat lemah bermain 3 set. Perhitungan CW pada set kedua tersasar. Dia banyak melakukan kesilapan yang memberikan mata mudah kepada lawan. Jika dilihat dan dihitung dari pelbagai sudut CW layak dan mampu untuk menang cuma rezeki tidak menyebelahinya. Mungkin itu tandanya DLCW belum dibenarkan untuk bersara awal. Walaupun DLCW kalah 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan, TAHNIAH DI ATAS SEMANGAT JUANG ANDA.
Walaupun saya kecewa tidak mengapa.... Lagu kebangsaan terus kempunan untuk berkumandang di kejuaraan dunia.


PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADHAN

Saya geram, marah, benci dengan drama ini. Boleh percaya kah jatuh cinta dalam tempoh 4 hari. Dengan suami kakak sendiri lagi... Nafsu telah bermaharaja!.... Nafsu tidak mengenal kawan, musuh atau saudara. Pada yang sudah berumahtangga BERINGAT-INGAT selalu dan bagi yang belum berumahtangga AWASI diri jangan terjebak.


Mkbs - marah sebab besok masih tak puasa. Harap itu last day.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou