Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 14 Ogos 2011

Susah Hati lah...

Cuti hujung minggu ni sepatutnya saya bersuka ria...tapi rosaklah mood... hari jumaat lalu sebelum punch card...surprised... rupanya pagi tu saya tiada punch.. habis tu saya punch siapa punya?... masalahnya kecil jer...but yang besarnya kena minta sign bos dalam bilik tu... saya dah target bulan ni tak boleh buat mistake...tapi dah buat dah... nanti time nak minta sign tu macam-macam pula yang dikata...tu belum kira ayat ala-ala mengugut..aduh! buat i stresslah... asal cuti raya saya mesti cuti panjang...asal saya cuti panjang mesti macam-macam masalah timbul...huh!... Tolonglah... harap-harap tommorow morning mood orang dalam bilik tu baik....capai dan sign saja... malangnya perkara ni berlaku cuti belum lulus lagi...kalau dah lulus lain cerita...fuh!!... dahlah somebody asyik-asyik perli jer saya cuti panjang.. macam tak biasa sejak mula kerja untill now saya memang ambil cuti panjang time raya... 'nak tunang ke... nak kahwin ke..' dah basi..dan saya dah bosan mendengarnya.. carilah ayat lain pula... agaknya mereka-mereka yang bercakap tu teringin sangat nak tengok saya naik pelamin...atau nak tengok my special boyfriend macam mana...handsome ke? kaya ke? alim ke?... ya, mestikan?.... wow... how to find somebody like that?... hahahahaaaaa......
SABAR SAJALAH....

Sekiranya anda berkesempatan menonton perlawanan badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan juara (dunia) bertahan Chen Ji dari China, anda pasti berpuas hati. Saya suka dengan persembahan DLCW. Kasihan CJ, dia bertungkus-lumus mahu menyakat kemaraan DLCW tapi akhirnya kecundang juga. Saya pasti mood DLCW berada di tahap terbaik walaupun dia awal set pertama ada sedikit keresahan dan tekanan di wajahnya. TAHNIAH!.. Saya mengharapkan momentum dan mood DLCW akan berterusan di pentas akhirnya. DLCW akan bertemu sama ada Lin Dan atau Peter Gade dari Denmark... Jika dia bertemu Peter Gade saya yakin dia pasti menang. Namun jika lawan seterunya Lin Dan, DLCW harus berhati-hati kerana Lin Dan amat hebat beraksi di pentas kejohanan besar. Dan saya yakin tahun ini DLCW akan menang dalam kejohanan dunia ini. Insya-Allah. *pengulas tu kata, Chong Wei akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.. tapi yang musykilnya ada disebut Mei Choo... alamak dia ke?...carilah another people....kiciwa sikit ma...hahaha

mkbs - i hope so i can fasting tomorow...i don't want pay many-many day...hahaha... ayat apa ni?...

bugau - orang yang baik adalah orang yang dapat melupakan kejahatan orang lain kepadanya, dapat membuang rasa kebencian kepada orang lain, dapat melupakan kebaikannya terhadap orang lain... boleh ke?... susa mo cakap kan?..kalu saya, depan orang tu saya boleh lupa tapi di belakang sebenarnya saya masi ingat.... kita boleh belajar untuk menjadi orang baik..cuba dan terus cuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou