Teringin berada di tepi pantai menikmati keindahannya seorang diri.
Hari ini hari pertama puasa. Syukur masih diberi kesempatan. Namun saya tiada persediaan awal untuk ramadhan kali ini. Kalau tahun lalu dua minggu sebelum ramadhan saya sudah sibuk mengulangkaji semua berkenaan dengannya tapi tahun ini tak buat apa-apa. Tapi saya tetap bernekad untuk solat terawih 20 rakaat seperti tahun sebelumnya.
Hari sabtu lalu saya telefon di kampung bersembang seperti biasa. Tapi tidak bercakap tentang puasa. Kenapa ya?...
Awal ramadhan dah sakit hati. Somebody janji petang sabtu nak beli barang. Tak jadi pula. Lepas tu hari ahad pukul 4 petang. Tak jadi juga. Sepatutnya saya tak perlu tunggu dia. Sepatutnya saya buat sendiri seperti tahun-tahun sebelumnya. Hati tenang jiwa sihat. Tak tahulah emosi ni. Asyik nak marah ja. Mungkin dah dekat bendera merah. Yang bikin panas lagi, dia beli sepapan telur boleh letak depan rak kasut. Kalau saya tak simpan entah sampai bila telur tu di sana. Lepas tu, boleh pula dia lipat kain depan tv dan dibiarkan. Almari tiadakah? Huh! Saya nak tengok sampai bila kain tu dekat situ. Sama dengan barang-barangnya yang dikeluarkan dari rak tak reti nak susun balik. Kali ni saya nekad BIARKAN. Ingat saya ni orang gaji dia ke? Mentang-mentanglah saya selalu duduk rumah. TUNGGU DAN LIHAT!
Astaghfirullah...semoga sahur nanti berjalan lancar.
Drama Korea 'Marry Me, Mary' dan drama Jepun 'Code Blue' sudah tamat.
- kita diberi pilihan sama ada mahu mengambil risiko atau kekal seperti sedia ada. Saya selalu memilih untuk kekal. Kerana saya takut dengan risiko dan kegagalan. Kerana saya takut saya tidak mampu bertahan apabila gagal. Not easy to change me. Dan tidak mudah merawat luka saya. But i think kita tidak pernah buat silap cuma hasil yang tidak memuaskan.
Have a nice dream. Jangan terbabas sahur suda....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou