Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 27 September 2011

Bertandang lagi.....


My sister...crazy this actor... More handsome with his new hair.


Suasana malam terasa sunyi walaupun sana sini kedengaran bunyi kenderaan dan suara manusia. Panas selepas hujan lebat. Selepas habis menonton tv pukul 11.00 tadi, tak tahu nak buat apa. Mata tak nak lelap lagi. Radio KLfm pula banyak perdengarkan lagu bertemakan ibu. Tiba-tiba rindu ibu, semua dan kampung halaman. Biarpun suasana malam sunyi hati ini bercelaru. Seperti ada sesuatu yang mengganggu. Mungkin banyak fikiran. Ya.... Terlalu banyak perkara yang difikirkan yang tidak pernah selesai dan mungkin tak akan selesai datang menghantui. Perkara yang ingin dilupakan datang bertandang mengusik perasaan mengganggu ketenteraman jiwa. Perkara yang ingin dicapai ingin dimiliki namun belum dapat digapai dan mungkin sukar untuk dimiliki malah mungkin tidak mampu dicapai selamanya datang mengacau menghuru-harakan keamanan perasaan. Letih dibuatnya.


Ingin jadi berani. Berani melakukan perkara yang diingini, berani untuk terus melawan, berani untuk membalas balik, berani untuk menyakiti, berani untuk membenci.... Katanya, jika mahu ke hadapan perlu berani seperti itu. Katanya lagi, namun berani seperti itu akan menghakis dan menghilangkan keikhlasan hati.



" SJ...semoga kau tetap bersabar... "


...sometimes we're wrong...

Isnin, 26 September 2011

KG vs Putrajaya...my life


C kecil ni diberi nama Siti Norsaleha. Sebulan lebih lagi mamanya akan masuk kerja. Ntah siapa nak jaga dia. Sy dah warned apapun discuss mereka asalkan jangan bawa org luar. I think my mum and tani yg kena. C tani x kisah. Memang hari2 lakinya antar pi rumah time kerja. But sometime sy bengang juga dgn my mum. Selalu mengadu penat, nda mo jaga la... Tapi bila sy bagitau adik jangan susahkam mum, dia pula terhegeh-hegeh nak pi jaga. Lastly, kami semua jadi bengong. Now, sy biarkan jer.... Kalau mengeluh lagi dengar jer.... Sekarang ni pula, laki c kanak suda balik kg kerja ikut kontrak buat rumah. C kanak inda mo ikut. Katanya, dia x mo berenti kerja. Dan kerja tu belum tentu tetap dapat gaji tiap bulan. Inda mo susa lagi as like before. Ada atau xada sama ja. Nama saja kerja tapi inda pandai beli beras. Laki dia x tahan kali dengar leteran my father. Sepatutnya dia pandai ambil hati my father coz durang 2 insan yang banyak persamaan. Haprak. Cakap lebih kerja tiada. Kalau sy lagi bercakap ????.... Semoga mereka baik2 belaka. Hidup ada pasang surutnya. Kejap susah kejap senang. Kejap gembira kejap sedih. Sabar sajalah.


Baru 1 minggu d Putrajaya rasa mcm dah berbulan2.

D kg cuacanya panas sejuk. Siang panas malam sejuk tahap gaban. Hari2 rasa mcm mo demam. D Putrajaya siang sejuk malam panas. Sebab siang kat ofis aircond musim sejuk. Cuma x rasa demamlah. Klu dr Putrajaya ke kg sihat jer... Tapi klu dr kg ke Putrajaya terus demam. Badan panas...pelik.

D kg bulih tingu banyak chanel tv. Siang Parabola malam Astro...hari2 dpt tingu movie and drama Korea. Hehehe....tapi aku bukan kaki tv. Aku suka dengar radio dan lagu...

D kg basuh baju guna mesin. D Putrajaya guna tangan. Patut pun jari-jemari i dah kasar....hahaha...x sedar diri....

D kg penat sikit. Nak lagi time mengemas. Meleter lebih. Dengan kawan2 lepak adik aku pun kena. Apa tidak puntung rokok dan mcm2 lagi buang merata tempat. Tong sampah kan ada.... Caranya senang saja 'kalau malas nak bersihkan jangan buat kotoran'... D Putrajaya aku biar jer...berani nak marah anak org...geram dalam hatilah. Tapi sejak akhir2 ni dia kerap say dgn kawannya dia jer yg sepahkan rumah. Aik, mcm tau2 jer hatiku tengah geram. Tempoh hari juga sy tulis - hate dgn seorg pegawai nurhidayah sebab x reti2 nak senyum tapi esok paginya dia senyum dgn sy... Aikk...mcm tau2 saja.

D kg seawal pukul 10 malam mata dah x larat nak buka. Wlupun ada tidur siang. Tapi d Putrajaya 12 pagi pun x ngantuk lagi. Now my eyes don't want to close. Kejap lagi aku paksa dia.


Somebody said jika nak kahwin 'perempuan tak perlu fikirkan about money. Pihak lelaki yang keluarkan duit. Rm12 ribu cukup jer...siap dengan pelamin dan segala bagai...' Itu perempuan yang cakap. Ini suara lelaki pula. Katanya 'kalau harapkan lelaki yang keluar duit, tak dapat nak kahwinlah'.... What do you think? Kalau ikut logik, perempuan minta hantaran dan segala bagai rm12 ribu. Guna duit tu secukup itu. Kalau nak mewah lagi barulah tambah duit sendiri. Siapa yang nak grand dia yg keluar duit. Takkan rm12 ribu tu nak minta perempuan share bayar? Tak gentle beb!. Apa maksud kepada jawapan lelaki tadi? Mungkin itu jawapan seorang lelaki yang nak kahwin tapi duit tak cukup dan dapat pula seorang perempuan yang tak sabar2 nak kahwin...nasib ada duit...nak kahwin cepat U tolong I....


Oklah. Nak paksa mata ni untuk tidur. Esok kerja. Ada meeting lagi. Ntah apalagi yang hendak dibincangkan. Harap2 LNPT masuk senarai.

Ahad, 25 September 2011

Bread, Love and Dreams...


Tak sangka tak menang. Hahahaaaaaaaaaa...


Adakalanya, perkara yang kita suka akan menjadi kebencian disebabkan sesuatu perkara yang menyakitkan. Ada insan yang gembira dengan penderitaan dan ramai juga yang pobia dengannya. Kerana itu terlalu sukar mentafsir erti bahagia yang sebenar. Apabila kita berhadapan dengan masalah ataupun kita seringkali disakiti dan dikhianati, kita hanya ada dua pilihan. Pertama, meluahkan pada ketika itu kedua biarkan dan lupakan. Jika kita biarkan tapi tidak dilupakan maka perasaan itu selamanya akan bersarang dalam minda menunggu saat meletus sama ada ia akan menjadi bahan ungkitan ataupun menjadi dendam. Bahan ungkitan mungkin tidak mencederakan fizikal tetapi hidup makan hati. Saya teringat 'kita harus belajar menerima kekurangan dan kelemahan seseorang berbanding kelebihannya. Kerana disebalik kekurangan dan kelemahan itu terdapat banyak kebaikan'... Saya percaya yang ini. Antara kelemahan yang paling saya tak suka adalah MALAS. (Sa pun malas).


....senyum itu sedekah. Tapi bila jumpa tabung masjid jangan senyum jer.... Geli hati dengan ayat ni....ayat IM ust. Asyraf.

Ahad, 18 September 2011

Alamak...bisuk dah nak kerja...How???

Aduhai...esok dah nak kerja...ntah macam manalah rupanya ofis tu...mesti tambah cantik kan? itu yang tak sabar nak tengok. Tapi takut kalau masalah yang datang pula...wowww...janganlah...heheheee...dah orang tolong berlagak pula kan?...tak pe.... kawan-kawan janganlah marah dengan saya....kalau kerja saya telah menyusahkan anda... kalau nak marah simpan dalam hati saja...jangan lepaskan...saya takut ba....kalau nak lepaskan juga sms jalah ataupun ....apa-apa ja yang penting jangan bagi orang lain perasan. huhuhu... Perasaan saya sekarang SERBA TAKUT SERBA SALAH...TAKUT DIJELING PUN YA JUGA.... harap-harap tak akan ada orang yang buat begitu.... aduhaiiiiiii.....risaunya saya....

Oklah time's up....

....HIDUP MAMPU DITERUSKAN SELAGI DIPERLUKAN BIARPUN SEKADAR DIPERGUNAKAN. KITA BELAJAR DAN BERKERJA KERAS AGAR KITA SENTIASA DIPERLUKAN...

Jumaat, 16 September 2011

Last day....jumpa lagi


Wajah adik sa yg terkawin urg pakis.... Now dia jadi perempuan ayu (sejak kawin)...kalu dulu panjat-memanjat @ lasak tu gaya dia.


Pukul 7 pm nanti sa naik kapal. Selamat tinggal semua. Kalu ada bajet bln 2 nnti sa blik lagi. Kalu ada rezeki maybe next year sa akan transfer muli hiti. Harap2 la. Semalam adik sa c leng, yang dan nung pi peluk sa. Geli sa... Actually, i am so sad too... Semalam rancang buat BBQ tapi inda ada pula arang. Lastly, guring aja d...hahaha.... Cuma fun dia nda brpa. Today juga adik sa c kija very busy d mosque. Maklumlah bisuk ada majlis sambutan hari raya peringkat kg. Minggu ni juga durang sibuk dgn aktiviti sukan sepak menyepak dan tampar menampar.

Harapan saya, semua perkara yang dirancang akan berjalan lancar. Perkara yang tidak diingini dapat dihindari. Untuk saya dan seluruh ahli keluarga saya yang disayangi. Insya-Allah. Amiin.....


Mkbs - kebanyakan org cakap (yakin) saya akan berkahwin dgn org malaya...(wlupun stress just smile...) Perlu durang fikir semua tu??.... Tunggu dan lihat. Kalu dapat yang sekacak ???? ....hahahahaaa....

Selasa, 13 September 2011

Bila baca emel...????

sedikit terganggu...kasihan dengan kawan yg terpaksa jadi mangsa membuat kerja sa.. maaf ye kawan... kawan yg sepatutnya perlu tolong x buat pula... nnti ko ada ubi ada batas... sa inda tlg buat kerja ko...hhahaaaa...panas sa....

Di Minggu Terakhir


Suasana sempena majlis makan belanja perkahwinan adik perempuan saya yang ketiga...keenam daripada 10. Gambar lain tak jelas. Anda ingin tahu? Suaminya adalah warganegara Pakistan. Huh!!... Suatu masa dulu saya menentang habis-habisan namun akhirnya saya juga yang mengalah. Saya juga pernah bertikam lidah melalui telefon dengan lelaki itu. Mungkin itulah jodohnya. Itu pilihannya risiko tanggung sendiri. Setakat ini, saya tengok ok saja. Atau mungkin sekadar nak ambil hati saya. Adik perempuan yang seorang begitu juga. Di awal perkahwinan lakinya kata 'saya akan beri kebahagiaan sama adik ko'.... What i see now ayam mati. Kalau ayah tak merayu dengan saya untuk durang tinggal sekali...mungkin bakal jadi pengemis. Itupun syarat saya tidak dapat dipenuhi. Dasar LELAKI..... Walaupun begitu, harapan saya agar mereka keluar dari zon selesa dan berdikari sendiri... MUNGKIN KEPERITAN HIDUP ITULAH ERTI BAHAGIA BAGI MEREKA.

Seingat saya inilah raya pertama yang mengeluarkan bajet besar. Dan telah berjaya membantutkan my important plan.

Seingat saya inilah raya paling teruk kerana saya hanya pergi beraya sebuah rumah saja.
Inilah percutian yang paling memenatkan. Saya terpaksa membantu mama membuat persediaan majlis makan belanja adik. Tak tidur 2 hari 1 malam. Fuh!!!.... OH MY GOD!!... Terima kasih kepada yang datang membantu. Majlis bermula dari 2 petang - 6 petang tetapi sehingga jam 9 malam masih ada tetamu. Karoke pula dari pukul 2 petang sampai 12 tengah malam.

Ramai juga pakistan yang telah berjaya berkahwin dengan warga tempatan. Ada yang datang dari Tenom. Kelompok mereka sempat persembahkan tarian ala-ala bollywood. Riuh-rendah. Budak-budak paling suka. Kalau bukan kerana dipanggil untuk sesi bacaan doa mungkin durang inda berenti sumayau. Dan kalau sa inda kotutok and tired saya pasti join durang karoke. But it's ok. Before that saya suda karoke selama 5 jam.

Setiap kali balik bercuti saya pasti bertekak with my father. Saya boleh mengalah dengan siapapun but tidak sekali dengannya. Jangan cabar saya. Saya tidak takut kehilangan.


Tiba-tiba pula adik sentap dengan saya. Salah faham. Sekian lama tak menumbuk kali ni tertumbuk. Tapi bersalam semula.


Bercuti di kampung telefon tak terjaga. Pagi hingga petang simpan dalam almari. Pertanyaan kawan ofis ada yang tidak berjawab. Maaf kawan-kawan jika itu telah menyusahkan kalian. Next week kita jumpa. Yang pasti oleh-oleh memang tiada. Maaf dipinta.

Pagi ni, sepatutnya saya turun pekan tapi tak jadi. Darjah kemalasan melebihi 360 ℃. Mungkin juga kerana puasa. Cuaca di sini teramat panas dan teramat sejuk. Pukul 11-5 petang panas melulu. Selepas tu cuaca sejuk tahap gaban. Isi badan menggigil-gigil. Setiap hari macam nak demam. Balik putrajaya nanti confirm demam. Cuaca panas sepanjang hari.

Memgantuk pula rasanya.


Benci bila terfikir ini minggu terakhir bercuti di kampung. Hati ini belum puas lagi. My daddy said want to have BBQ...but i have no budget right now. Nanti tak balik Putrajaya.


Hari ini hari pertama peperiksaan UPSR adik bongsu. Semoga dia dapat menjawab dengan baik sehingga di hari akhir peperiksaan. Insya-Allah.

Ramai orang kata saya sudah kurus. Kurus dari raya tahun lalu. Ye ke? Pandangan mereka bermasalah?...apa-apapun saya gembira dengan kata-kata itu.

Ramai yang tanya bila nak kahwin. Saya jawab belum dapat hidayah lagi. Ada yang kata 'ko terlalu memilih'... Macam-macam andaian mereka. Saya ketawa saja. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.... Saya terima apa saja takdir yang diciptakan untuk saya. Saya tidak berani merancang sesuatu yang saya belum ingini... Terima kasih kepada mereka yang ada rasa risau tentang itu untuk saya...

Tapak tangan kanan gatal. Nak dapat apa ni? Siapa sudi nak bagi.... Ok bye...sa mo buat bintanok kakaini nga ntah....