Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 27 September 2011

Bertandang lagi.....


My sister...crazy this actor... More handsome with his new hair.


Suasana malam terasa sunyi walaupun sana sini kedengaran bunyi kenderaan dan suara manusia. Panas selepas hujan lebat. Selepas habis menonton tv pukul 11.00 tadi, tak tahu nak buat apa. Mata tak nak lelap lagi. Radio KLfm pula banyak perdengarkan lagu bertemakan ibu. Tiba-tiba rindu ibu, semua dan kampung halaman. Biarpun suasana malam sunyi hati ini bercelaru. Seperti ada sesuatu yang mengganggu. Mungkin banyak fikiran. Ya.... Terlalu banyak perkara yang difikirkan yang tidak pernah selesai dan mungkin tak akan selesai datang menghantui. Perkara yang ingin dilupakan datang bertandang mengusik perasaan mengganggu ketenteraman jiwa. Perkara yang ingin dicapai ingin dimiliki namun belum dapat digapai dan mungkin sukar untuk dimiliki malah mungkin tidak mampu dicapai selamanya datang mengacau menghuru-harakan keamanan perasaan. Letih dibuatnya.


Ingin jadi berani. Berani melakukan perkara yang diingini, berani untuk terus melawan, berani untuk membalas balik, berani untuk menyakiti, berani untuk membenci.... Katanya, jika mahu ke hadapan perlu berani seperti itu. Katanya lagi, namun berani seperti itu akan menghakis dan menghilangkan keikhlasan hati.



" SJ...semoga kau tetap bersabar... "


...sometimes we're wrong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou