Tak sangka tak menang. Hahahaaaaaaaaaa...
Adakalanya, perkara yang kita suka akan menjadi kebencian disebabkan sesuatu perkara yang menyakitkan. Ada insan yang gembira dengan penderitaan dan ramai juga yang pobia dengannya. Kerana itu terlalu sukar mentafsir erti bahagia yang sebenar. Apabila kita berhadapan dengan masalah ataupun kita seringkali disakiti dan dikhianati, kita hanya ada dua pilihan. Pertama, meluahkan pada ketika itu kedua biarkan dan lupakan. Jika kita biarkan tapi tidak dilupakan maka perasaan itu selamanya akan bersarang dalam minda menunggu saat meletus sama ada ia akan menjadi bahan ungkitan ataupun menjadi dendam. Bahan ungkitan mungkin tidak mencederakan fizikal tetapi hidup makan hati. Saya teringat 'kita harus belajar menerima kekurangan dan kelemahan seseorang berbanding kelebihannya. Kerana disebalik kekurangan dan kelemahan itu terdapat banyak kebaikan'... Saya percaya yang ini. Antara kelemahan yang paling saya tak suka adalah MALAS. (Sa pun malas).
....senyum itu sedekah. Tapi bila jumpa tabung masjid jangan senyum jer.... Geli hati dengan ayat ni....ayat IM ust. Asyraf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou