Eemmm...tempoh hari unit saya yang ada ketidakpuasan hati berkaitan lnpt. Semalam kawan saya pula meluahkan rasa terkilan kerana mendapat markah lnpt di bawah paras 85%. Katanya markah untuk kegiatan luar dan disiplin hanya dapat 5. Bayangkan seseorang yang sudah berkhidmat selama 8 tahun, aktif dengan sukan dan mewakili JPA tapi hanya dapat setakat itu. Katanya juga markah disiplin itu mungkin bertitik tolak dengan satu insiden salah faham. Tetapi takkanlah sampai begitu sekali. Kawan-kawan lain pun begitu juga tetapi bos durang ada pertimbangan. Pemberian markah tidak bergantung kepada satu-satu perkara. Ketika dia bercerita, saya dapat rasakan betapa kecewanya dia. Sekali sekala dia mengelap air matanya. Bagaimana mana mereka menilai agaknya....Amat susah untuk diperkatakan. Mungkin ketika melakukan penilaian mereka ada perasaan benci dan marah. Lain orang lain penilaiannya. Tidak semua orang suka akan kita. Tapi tidak mengapa. Jika mereka berbuat begitu suatu ketika nanti mereka pasti akan diperlakukan begitu. Saya amat berharap kawan saya tu akan terus bersabar. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Saya begitu seronok minggu ni...sebabnya tak banyak kerja...tiga hari rasa relaks sungguh. Seperkara yang sedikit mengganggu fikiran saya semalam, saya bergaduh dengan berbalas sms dengan adik. Apalagi kalau bukan pasal "tusin". Emmm...dia begitu tegar menunaikan janjinya. Saya sudah semakin bosan. Kekadang saya mahu mereka faham saya juga punya kepayahan. Hanya dia ke yang perlu saya sokong...adik-adik yang lain perlu juga. Sepatutnya dia sudah besar panjang sudah berumahtangga lebih faham dan cuba membantu.. ini tak...menambah susah ada lah. Kalau semua perlu saya sokong siapa pula yang akan sokong saya. Huh!!!!..... Biarkan dia....abaikan dia...lantak dia lah...kenapa perlu pedulikan dia. Menyusahkan dan menyakitkan hati. Belum tentu dia bantu saya suatu masa nanti. Yang lebih penting sekarang saya tidak sabar mo balik kampung. 11 hari saja lagi. Harapan saya semuanya akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah.
mkbs - sungguhpun ketika ini saya agak bernasib baik, saya perlu berhati-hati. Mungkin akan berhadapan dengan istilah 'tikam dari belakang'....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou