Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 3 Februari 2012

Penatnya Rehat Di Office

Setelah 8 tahun 5 bulan bekerja, 3 tahun di awal permulaan tugas dan memasuki tahun ke 9 agak relaks. Mula-mula bertugas kerja tak banyak sangat. Rasa sungguh relaks. Cuma kadang-kadang dibuli oleh bos. Dulu-dulu bos buli tak rasa stress pun. Memasuki pertengahan tahun 2007 adalah satu cabaran bagi saya. Kerja masa tu mula banyak. Kena buat kerja baru yang selama itu cuba dielak. Memang busy kadang-kadang tak sempat nak bersembang. Makan tengahari hampir-hampir terbabas. Kelas al-Quran seringkali terlepas. Dan kemuncaknya berhadapan dengan Datin Madinah (kini Datuk). Kesibukkan terus berterusan sehingga tahun 2010. Memasuki tahun 2011 ia mulai reda. Dan tahun 2012 dua bulan terawal memang relaks. Apa tidak saya sempat menonton drama korea online di office. Hahahahaaa........... Mungkin juga tahun ini adalah kemuncaknya saya berada di sini. Mungkin saya akan move out from there....i hope that. Minggu ini saya menghabiskan waktu-waktu terluang dengan menonton drama korea 'Brain". I really like it. "AWAK SEORANG YANG TIDAK BOLEH MENYAYANGI ORANG LAIN. KERANA AWAK TERLALU MEMENTINGKAN CITA-CITA AWAK. AWAK TERLALU PENTINGKAN DIRI"... Saya sungguh terasa dengan ungkapan ini. Kerana saya termasuk dengan apa yang dimaksudkan. Mungkin kerana apa yang saya impikan, inginkan belum tercapai...walaupun saya cuba untuk memujuk diri untuk lebih redha sebenarnya saya tidak dapat menghapuskannya dalam diri saya. Walaupun kata mulut saya, 'saya terima seadanya'...hakikatnya hati saya tidak begitu. "AWAK MESTI HIDUP GEMBIRA SELEPAS INI. WALAUPUN AWAK AKAN BAKAL KEHILANGAN AWAK MESTI HIDUP GEMBIRA".... Boleh ke?..... i hope so.
Esok cuti sehingga selesa depan. Selamat bercuti.


mkbs - melihat orang hidup bahagia tidak cukup menyakinkan saya...... jadi, tidak perlu cemburu...kerana sebenarnya mereka tidak bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou