Bila umur meningkat tapak kaki ni makin kerap rasa ngilu. Tiap-tiap minggu kena pijak batu...alahaii...
AJL 26
Juara = Awan Nano Saya sebenarnya harap sedetik lebih jadi juara. Tapi apa-apa pun asalkan bukan perempuan bertudung ala afrika tu.
Ke-2 = Beribu Sesalan. Tepat.
Ke-3 = Karma. Saya teka karma akan menang persembahan terbaik.
Vokal = Awan Nano. Tepat. Vokalnya jelas dan bersih.
Persembahan = Kisah Hati. Ingatkan lagu ni akan menang ketiga. Tukar tempat pula dengan karma.
SUKA
£ - Persembahan pembukaan Jamal Abdillah. Cantik. Persembahan lampu pentas AJL kali ni nampak gah.
£ - Faizal Tahir membakar piano. Cantik. Ala-ala hollywood style.
£ - Alyah dengan kemunculan Remy Ishak. Wow! Terus menang persembahan terbaik.
TIDAK SUKA
£ - Cinta muka buku. Alahai...no komen.
£ - Gadis semasa. Tapi suka vokal lagu penakut. Ala-ala penyanyi USA X-factor Drew.
£ - Wanita seluruh dunia. Aduhaaii....
KECEWA
£ - Sungai Lui. Penyampaiannya terlalu air tiada semangat. Lukisan tu cantik.
£ - Sedetik lebih. Jika AA nyanyi sendiri mungkin berbeza. Mungkin boleh menang. Nyanyian Jac kurang rasa.
£ - Beribu sesalan versi studio lebih sedap berbanding persembahan live (setiap kali...) Itu yang saya rasa.
Tahniah untuk semua. (Masi keciwa kisah dongeng x masuk....) Kelakar tengok orang ramai menyanyi lagu Sudirman siap dengan lirik. Memang dirancang ka? Hampir semua persembahan mempamerkan perubahan. Hafiz paling sempoi... Sampaikan saya terlupa nak makan. Habislah bangun awal pagi perut confirm menyanyi lagu Hot Issue....
DREAM HIGH
Dah habis drama ni. Gantinya pula chinese. Alahai. Harap-harap best. Pelakonnya saya suka. Tapi biasalah drama chinese ni macam sinetron indonesia. Banyak merapu. Kebahagiaan ada 2 jenis. Pertama, bahagia yang kita rasa selepas itu dan kedua bahagia yang kita rasa saat itu. Bahagia yang kedua paling indah. Sam Dong akhirnya berjaya ke USA. Bahagianya tika impian tercapai. Tapi yang tidak logik Hyi Me dah buat konsert yang ke-100. Phil Sok dah ramai anak. Atau mungkin pihak 8tv cut terlalu banyak. Kena tengok dalam www.maduu.com.
Dah kerja dah. 3 minggu lagi saya balik kampung. Yahuuuu.... Tak sabar rasanya. Have a nice sleep and sweat dream. Bye... Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou