Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 8 Januari 2012

The Kiss


Hari ni saya telah berjaya finished read the book TK.
Kisah seorang wanita dan lelaki yang sudah berkelamin tetapi diabaikan oleh pasangan. Isabelle berkahwin dengan lelaki seorang pengarah bank terkemuka. Mereka sungguh bahagia. Hubungan mereka menjadi renggang setelah Isabelle melahirkan anak kedua (Teddy) yang lahir pramatang dan sakit. Gordon menyalahkan Isabelle sepenuhnya. Mereka masih tinggal sebumbung berasingan bilik. Emm...15 tahun hidup begitu... Mr. Bill seorang ahli politik bermasalah dengan kehidupan sosial isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Pertemuan Bill dan Isabelle telah membuahkan cinta. Dari seorang kawan, penasihat dan akhirnya bercinta. Mereka keluar bersama ke London. Menikmati kebahagiaan berkongsi kedukaan. Namun kegembiraan hanya sekejap cuma apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Mereka mengalami kecederaan teruk dan koma. Bill lumpuh seumur hidup. Bill mengambil kesempatan itu untuk bercerai dengan Cindy. Cindy merayu dan menangis namun dia nekad dengan keputusannya. Malang bagi Isabelle. Bukan sahaja tidak mendapat ihsan dari Gordon malah dimarahi. Katanya 'Isabelle bernasib baik tidak diceraikan kerana berhubungan dengan Bill'. Isabelle bertahan demi anaknya Teddy. Teddy pergi buat selama-lamanya di usia 15 tahun. Pada ketika itu juga Gordon menceraikan Isabelle. Bill juga telah memutuskan hubungan dengan Isabelle. Alasan Bill dia telah berbaik semula dengan isterinya. Sebenarnya Bill tidak mahu Isabelle tahu yang dia terpaksa duduk di kerusi roda. Dia juga tidak mampu memberi perkhidmatan seks. "Seks adalah nyawa bagi lelaki" katanya. Fuh!!...baru aku tau... Isabelle tidak lagi rasa bersalah terhadap Gordon kerana perasaannya dengan Bill. Sebabnya Gordon juga ada hubungan sulit dengan seorang perempuan kaya. Lebih menyedihkan perkara itu berlaku semenjak Teddy dilahirkan. Fuyyooo.... The end Bill dan Isabelle say 'hello..'. Saya banyak menangis baca buku ni. Sedih tau...kesian Isabelle. 21 tahun berkahwin akhirnya berpisah. Bill 30 tahun berkahwin berpisah akhirnya. Oleh itu, kalau ada yang kata "kalau saya (dia) nak berlaku curang dari dulu lagi saya (dia) buat"...tidak boleh pakai. So, for somebody that fall in love be careful and take good care yourself.


Sa inda sabar no moti mo muli kg. Atukoi.... Bisuk ada bengkel. Adui malasnya....petang-petang ni rasa mengantuk pula...adeyeii... Bye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou