Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 29 Julai 2012

Sakitnya....


Semalam tengok siaran tertunda pembukaan sukan olimpik, London 2012. Cantik!... Penceritaan (macam teater) yang menarik, menghiburkan dan mengharukan. Memang kreatif. Melibatkan khidmat sembilan ratus lebih sukarelawan, tiga ratus lebih peralatan, empat bulan latihan dan kos empat puluh dua juta. Ramai yang kata ia pembukaan olimpik yang terbaik. Tapi bagi saya, saya lebih suka Olimpik Beijing 2008. Cara penyalaan obor di Beijing lebih menarik dan penuh simbolik. Penghargaan kepada bekas jaguh tinju olimpik Mohamed Ali. Kenapa dia duduk atas kerusi roda? Paling glamour David Backem membawa obor menaiki bot menuju ke stadium. Handsomenya diyeee.....matanya memikat...hahaha... Tapi sayangnya Chong Wei tak sertai acara pembukaan. Tak mengapalah. Kata menteri sukan, bagi menjaga kesihatan kakinya. Ya betul. Acara tu berlangsung berjam-jam takut luka kaki dua bulan lalu datang menyinggah. Semoga emas yang ditunggu dapat dijelmakan. Chong Wei buat yang terbaik...seboleh-bolehnya jangan hampakan rakyat Malaysia.

Hujung minggu ni, menderita sakit ulser bibir dan gusi...sibuk membengkak. Sabar sabar sabar sabar. Nasib baik off...tapi tak selera... Makan bubur.... Harap-harap esok akan sembuh. Seksanya. Hari ni hari ke sembilan puasa tapi dah dengar lagu raya di hotfm. Benci dengar lagu raya!..
Nak tidurlah....berdenyut-denyut....

Jumaat, 27 Julai 2012

what???....

Pejam celik pejam celik dah seminggu berpuasa. Wow! cepatnya masa berlalu...sa dain barsa dasu huma likba...pajum mase rango...ym lyfam ba...pita sa kutta di lama babse nii sama jula tulbe huma giper...duiha.... hahahaa.....yang bikin panas just now...my lips ada ulser...aduh! sakitnya...really really... mo makan pun susah...mo senyum pun susah...hope bisuk baik  suda.... hahahaa..... sunyi btul ni opis..semua org keluar.... kalu bulih sa mo tidur..tapi inda dapat tidur d mala...

Ahad, 22 Julai 2012

Info.....


I received this book...look at the tittle and the summary make me interesting. But i can't this time.... ramadan month i have to avoid it. Ok....bulan okt nanti yee....so keep it.

Seharian saya dengar radio ikimfm, nasionalfm dan salamfm. Banyak info yang saya dapat.

# Siapa yang menyakitkan hati orang tidak akan tenang. Siapa tenang dia menang. Ketenangan punca kebijaksanaan. Nak hidup tenang fokus kepada apa yang kita ada. Hati tidak tenang kerana terlalu memikir benda yang tiada, memikir benda yang ada segalanya miliknya, terlalu memikirkan kisah silam dan terlalu memikir pandangan orang lain. Kalau nak kekal tenang berpegang dengan 'aku akan tenang dan bahagia hanya dengan Allah'. Nak tenang cari ketenangan dengan Allah bukan dengan manusia. Selagi kita degil dengan Allah jangan harap dapat ketenangan.
Soalan pendengar "umur dah 28 tahun belum kahwin, dapat sindiran sekeliling, bagaimana nak berhadapan?" Jawaban, jodoh pertemuan ketentuan tuhan. Nak pilih calon suami bukan main-main. Tujuan berkahwin pertama niat kerana sunnah nabi. Kedua niat nak dapat zuriat untuk bekalan akhirat. Jangan kerana malu dengan orang lain, malu dikata andartu. Jangan fikirkan pandangan orang lain yang tidak mendatangkan manfaat.
Teringat kata seorang ustazah, jangan kerana mahu mengikut sunnah kebahagiaan diri terkorban. Like poligami. Ada orang bahagia ada sebaliknya.

# Berhadapan dengan bulan ramadhan perlu dirancang. Rutin kebiasaan di bulan lain perlu diubah.
1) waktu tidur perlu dikurangkan.
2) kurangkan makan ketika berbuka
3) kurangkan berbual kosong.

# Suntikan darah bagi ibu mengandung tidak membatalkan puasa. Batal jika suntikan makanan seperti vitamin C.
# Berbual kosong makruh. Mengumpat, memfitnah haram.

# Wanita yang melahirkan anak bersaiz besar - berisiko tinggi menghidapi kanser payudara.
# Wanita yang makan pil kesuburan hamil - tumbesaran anak terganggu, ketinggian lebih rendah.

* terdengar, cabut gigi tak batal puasa. Ye ke? Pernah dengar, batal. Pernah dengar juga derma darah puasa tak batal. Tapi ada yang kata jika derma darah dalam kuantiti yang banyak batal. Emmm...orang yang derma darah boleh bertahan puasa ke? Jika tidak memudaratkan....kata-kata klise para doktor.

* cabaran solat terawih - kiri kanan baca fatihah kuat. Aduhai.... - jumpa orang yang dikenal banyak bercerita kosong. Azan pun masih bersuara. I just smile. Harap-harap dia tidak terasa kerana tidak dilayan.


Mkbs - inda sabar mo muli. Adik cerita.... bestnya durang buka puasa ramai-ramai. Makanan pun sedap-sedap. Aiyyooo...... Sabar...terima seadanya...

Rabu, 18 Julai 2012

Dalam Pertimbangan Masih


Masih dalam fikiran dan sedang dipertimbangkan sama ada perlu berubah atau kekal.

POHON

KL - KK 14.8 10PM
KK - KL 1.9 5PM

DAPAT

KL - KK 14.8 9.20AM
KK - KL 1.9 5.35PM
Ekonomi ( k )

Tak puas hati call pengurusan. Katanya time yg diminta tiada. Nak tukar call travel agent sendiri. Haiyoo....
'nak tukar boleh. But tarikh masa yg sama balik kl penuh'
'kenapa semua kena ubah pula'
'tiket u ni special price ekonomi kelas k. Atas arahan pengurusan MAS perubahan selepas 16 (jun or julai...x ingat) perlu tukar ke ekonomi kelas B'. Apa beza semua tu?
'15.8 paling awal 1255pm. 2.9 pukul 5.35pm'. (OMG! Stress..)
Ok. Deal.
'tambahan bayaran rm138.00'
'saya bayar sendiri or govement?'
'u kena bayar' Oh no. Aku nak free biarlah free betul.
'ooo...mahal'
'macam mana nak tukar or stay' (gelak agen tu. Kureng asam...)
'tak jadilah. Mahal' (kesian...panas)
'terima kasih. Maaf lama menunggu'...


- kalu nda mo tambah cuti 2 masalah (1) masa perjalanan banyak terbuang dan kembali nanti esoknya kerja. Perlukan sehari rehat untuk sesuaikan cuaca. Dari cuaca panas dingin sejuk kepada panas memanjang aku sakit kepala sehari. (2) tambahan bayaran sendiri tanggung. Aku sayang duit aku. Kalu setakat rm5 boleh diterima.
Follow as the ticket
2 masalah (1) kena tambah cuti. Aku sayang cuti sebab awal tahun depan aku nak cuti two weeks. Nanti bos bising. Ah! Suka hati akulah kan... (2) minggu balik tu hanya kerja sehari (isnin). Alang-alang cuti terus. Tapi kena bayar tambahan. Aduh! Kenapalah pengurusan pi beli tiket tak tanya aku dulu. Suka hati mak bapa dia ja nak ubah. Harga diskaun menjadi penghalang.

Heeemmm...sy malas suda mo fikir. Keputusannya JUST FOLLOW AS THE TICKET. Jangan berkira jangan tamak. Ingat ORANG TAMAK SELALU RUGI. So i tak nak rugi. Terima sajalah. Kalau lelaki dalam bilik depan tu tak bagi ada aku kisah... Tak akan lumpuh BP takkan runtuh BMI takkan ranap JPA ni walau aku cuti setahun.


Pukul 3pm nanti KSN datang JPA. Nak tengok wajah real. Handsome ke? Senyuman manis ke? Ada lesung pipit ke? Hahahaha....

Tension 19 20 ada lawatan 5S. Waduh!
Bulan puasa ni time sibuk bagi saya. Kursus pendek pendahuluan luar negara mulai mengganggu. From before till now still same. Jangan hantar sehari sebelum cuti dah. Nak hantar boleh jer...orang lain ada. Huhuhu...... Internet ni...

Isnin, 16 Julai 2012

MTQ KE-54, International 2012


Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-54 Tahun 2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN

Qari

1 - Muhamad Anuar Ghazali, Malaysia (95.33%)
2 - Amin Pouya, Iran (91.67%)
3 - Raden Harmoko Bahruddin, Indonesia (90.16%)
4 - Alkhandi Muhamad Alkhalidi, Maghribi (89.8%)
5 - Ahmad Shawiz, Algeria (88.68%)
6 - Mohd Ali, Mesir
7 - Mohd Syukri Ahmad, Thailand
8 - Mohd Saudi, Filipina

Qariah

1 - Hasnaa Hulali, Maghribi (94% - tajwid 38.67)
2 - Rahmawati Bakri, Indonesia (94% - tajwid 38.2)
3 - Che Aminah Che Awang, Malaysia (94% - tajwid 38.17)
4 - Dayang Nurfaezah Imran, Brunei (85.33%)
5 - Mashitah Ibrahim, Thailand (84%)
6 - Norazizah Salikin, Singapura
7 - Amirah, Bosnia
8 - Zuraidah, Filipina

TAHNIAH!!

Nota : nama peserta mungkin ada yang silap...

Kelakar

1 - Peserta lelaki dari Ghana memeluk Sultan. Audience menjadi gamat seketika.
2 - Peserta perempuan dari Sinigal hampir-hampir terjatuh. Pijak tangga tak penuh. Permaisuri menjerit. Terkejut.

Tak Hormat.
Masa lagu negaraku berkumandang masa itulah minum air mineral bagai.


# disediakan pada hari jumaat tapi ntah kenapa tak publish.

Sabtu, 14 Julai 2012

Tercabar Kesabaran ini...


Hari ni memang hari menahan kegeraman...meluat menyampah... Hampir dua minggu dia cuti tak buat apa-apa kebajikan di rumah. Hampir hari-hari dia memasak sampahnya tidak dibuang. Sampahnya bukan saja bahan masakan tetapi pembalut burger juga ada. Paling buat sy panas sampah-sampah dalam bilik dia juga diletakkan sekali dengan sampah dapur. Hoi!!!.... Takkanlah masa dia turun pi beli tak boleh bawa buang sampah tu sekali. Minggu lalu sampah yang berplastik-plastik tu tak dibuangnya. Sy sengaja buat tidak tau. Tapi lastly tiba hari sabtu sy juga yang kena buang. Aduh hai.... Sy tau sy faham dia ada exam tapi time turun pi membeli tu bawalah buang sampah tu sekali. Bukan jauh bukan susah. Ah!.... Minggu ni pun same. Sampah tu dah berbau. Tadi dia turun pi membeli sy keluar pi toilet tengok sampahnya masih disitu. Huh! Bikin panas. Bulan dua tempoh hari sy balik kg, sy biarkan sampah tu. Ingatkan ada ler orang nak buangnya. Tapi 10 hari kemudian sy back from Sabah, sampah tu masih disitu malah bertambah dan dah berulat. Astaghfirullah. Allah maha mengetahui segalanya. Besok dia ada exam. Sy mo tengok dia buang atau tidak. SABAR YA SITI JIENAH. Besok juga hari sy membersihkan rumah. Bilik mandi, toilet, ruang ampaian kain (rambut digulung-gulung dicampakkan di sana). Kalau tengok keadaan toilet macam penghuni rumah ni ada anak kecil. Ntah ler.... Nak buat kotor sy ok saja tapi sy tidak tahan buat sampah tidak pandai buang.
Next week dah nak puasa so bersihkan semuanya....... Lupakan kemarahan buang rasa geram, menyampah dan semuanya....JUST DO IT!.... All right.


Jumaat, 13 Julai 2012

Insan Cemerlang Belanja


Hari ini hari jumaat. Ada jamuan unit. Semua unit ada jamuan. Paling penting insan cemerlang yang belanja. Sarapan pagi roti jala. Nasib baik aku tak minat dan paling nasib baik aku dah sarapan. Kalu nda abis tu. Hahaha.... Menu tengahari nasi ayam. Lebih istimewa lagi ia dimasak oleh CtZ. Harus ku akui bahawa ia sungguh sedap. Terutama supnya (gila sup kan...). Aku menambah lagi. Air sirap moden tu pun sedap. Tapi sayangnya aku kurang minuman bersoda. Kenyang!
Terima kasih kepada semua yang belanja aku makan. Hanya Allah yang membalasnya.

Mkbs - berita ntv7 pukul 7.30pm 'CUEPAC....bincang bonus raya'....harap-harap ia menjadi kenyataan. Amiin.

Isnin, 9 Julai 2012

Bintang RTM 2012 Anak Kampung kecundang


Melihat gambar ni, teringat seseorang yang terpaksa menahan air kecil. Paling tidak dapat dilupakan kata CC '....tak de tempat nak berhenti sekeliling semua hutan...' hahaha....lawak.


Bintang RTM 2012

Johan ; Aisha - anak kelahiran Pahang. Peserta yang diserap ke final minit akhir. Juga memenangi gelaran Bintang Paling Popular melalui undian sms. Tahniah.

Naib Juara ; Fitri - tak ambil kisah. I more like Diandra. Tapi bulih tahan juga ko ah. Tahniah.

Ketiga ; Hafsham - anak kg ni.... I aim he will be a winner but kecundang. Inda apalah bah. Suara dan vokal ko power sudaitu...tinggal mo usaha saja. Jadi teruskan usaha ko. Syabas!

Persembahan Terbaik
Christine. Tahniah!

Saguhati

Aree - anak kg jugaini. Tahniah jugalah ah. Shafinaz dan Hazami selalu puji ko jadi apalagi buktikan.

Shazia - cantik ni perempuan. Mungkin dia boleh menjadi sehebat Misha Omar satu hari nanti.

Christ - penyanyi berbangsa cina. Boleh menjadi sehebat Suki. Peserta kaum cina memang hebat-hebat belaka. Teringat seorang peserta lelaki cina menyertai Super Idol di Taiwan, menyanyikan lagu Zee Avi bertajuk Kantoi. Tahun sebelumnya peserta Malaysia yang muncul juara dan naib juara dalam program tersebut. Sampaikan juri kata peserta Malaysia memang berkualiti. Yang bagusnya program tersebut lagu apapun, bahasa apapun juri tak kritik pemilihan bahasa lagu. Ada yang nyanyi lagu kantonis, hokkien, korea, inggeris, melayu, mandarin, lagu baru ciptaan sendiri etc.... Tapi bintang RTM baru peserta bawa lagu mandarin dah kata 'saya harap lepas ni awak bawa lagu melayu..' 'lepas ni bawa lagu yang biasa didengar...' ceh...kata pilihan juri profesional.... Juri apaitu...? Juri yang tak berapa profesional. Juri sekerat. Hahaha....


Tahun ni tak pergi pesta bunga 2012. Tiada mood dan mood di last minit tidak kesampaian.

Tapak tangan asyik gatal jer....harapkan berita baik.

"KALAU AWAK TIDAK DAPAT MEMILIKKINYA JANGAN RAMPAS DARI ORANG LAIN"


selamat melelapkan mata...

Jumaat, 6 Julai 2012

APEK berlakon?

Dengar-dengar hero bola sepak negara ni akan berlakon...dan sudah berlakon dalam sebuah vedio pendek di youtube. Wowowowowwww....... ada hati nak berlakon ke? Tapi bagus juga tu. Nak main bola sepak bukannya boleh sampai umur 40 tahun. Bagi saya baik tak payahlah. Cukuplah jadi model iklan.Tapi kalau nak juga berlakon pun apa salahnya... rezeki datang bergolek ambil sajalah.... peluang datang menyerah seranglah....jangan terperangkap sudah. Good Luck!...

Khamis, 5 Julai 2012

Finally Showdown 2012 belong to Dem Lepak Boyz


Akhirnya...akhirnya...akhirnya...Dem Lepak Boyz get the tittle. You are the WINNER. Tahniah!... Battle tadi memang superb!... Aksi-aksi DLB sangat menarik. Berdiri-diri bulu roma... DLB, anda memang berhak memilikkinya. Wow!...puas hati sy. Relieve...berbaloi i vote for your crew.... Lepak lepak juga. Jaga-jaga tersimpang. Jangan sesat terus.
Paling menarik persembahan BAD from Korea. Langkah, tenaga, keseragaman so amazing really owesome... Menyanyi life baitu durang kan.... Nafas kuat betul. Kalaulah Stacy yang perform mesti lagi gempak. Huahuahua.....

Pukul 9 tadi ada siaran langsung bual bicara bersama KSN baru di rtm1. Tapi tengok 2 minit saja sebab saya watch showdown di 8tv. CEKAP, CEPAT, INTEGRITI. Semua kerja yang dilakukan adalah tanggungjawab sendiri. Bertanggungjawablah pada setiap yang anda lakukan. MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM. How? Kita hendaklah menganggap diri kita seperti para pelanggan yang datang meminta perkhidmatan. Semua orang ada itu dalam diri. Whats the problem? Ramai yang kata KSN ni amat baik. Katanya, dia mahu menghapuskan persepsi orang tentang ksn yang ditakuti. Ceh!!... Saya rasa sekejap saja tu. Belum kena usik memang dia ok. Kalau kena tembak meroyan kali. Harapan saya, dia tidak mengada-ada...terlalu menunjukkan kehebatan sehingga mendatangkan penderitaan kepada rumput di bawah... ikan bilis di laut. Saya harap dia slow and steady...yang paling penting turun padang. (Tapi janganlah turun padang rumput-rumputnya dipijak-pijak). Jangan hanya tahu menunjuk, mengarah dan marah. Paling benci lagi yang datang masuk duduk on mic keluar suara. Kalu inda sabar mo mengagil kekuatan kejap sajaitu k.o aka out. Percayalah. Hahahahaha....

Mengantuk dah...hope nda bangun lambat lagi. Fuh...

Isnin, 2 Julai 2012

5 langkah 4 longer life


Kemaman, Terengganu - Menikmati keropok lekor, satar, otak-otak.... Mereka kelihatan fun and happy. Keropok lekor yang dibeli rm10 tak sedap pun. Tiada rasa ikan. Macam rasa ajinomoto saja. Kawan serumah kata. Mula-mula tak percaya tapi sudah cuba, ya. Why? Entahlah. Mungkin lebihan dalam peti ais bakal dibuang. Yang digoreng tak habis dimakan telah dibuang. Membazir siut.

My Study For Share

Lima Langkah - Longer Life

1 - Salad
Nikmati salad dengan tambahan cuka. Penemuan ; satu setengah tbsp cuka boleh menurunkan kandungan gula dalam darah sebanyak 42%.

2 - Nikmati pasta

3 - Senaman
30 hingga 45 minit sehari. Senaman mampu mengawal kandungan gula dalam darah.

4 - Cukup tidur
Jika anda tidak tidur 7 - 8 jam, anda punya risiko untuk menghidap diabetes dan meningkatkan diabetes by 37 - 88 peratus.

5 - Tinggalkan ubi kentang for nuts.
Ubi kentang meningkatkan kandungan gula dalam darah dan mampu meningkatkan berat badan. Nuts mungkin tinggi lemak namun ia boleh membantu mengurangkan berat badan. Penemuan : almond, peanuts mempunyai kelebihan untuk meneutralkan kandungan gula dalam darah.

Sekian. Majulah badan sihat.


Mkbs - puas hati dapat rehat yang cukup. Sabtu lalu Miza offer hantar rumah but saya menolak sebab hari masih siang. Jangan marah ye.... Terima kasih. Saya tunggu bas kejap saja...tak sampai 10 minit. Daa ab ngya yasa lingpa ciben lutmu yadi kinbi naspa. Danpalah yadi naka kapca lutmu kanglong. Raca yadi kapcaber unpu camma paulamter daipan. Purcam dana rasua yadi. Eeeee.....moki umpok!! Need i??....tusa gila. Nii rangu atbu yasa cauka. Lauka yasa huta yasa dain huma dukdu masa yadi. Waji cauka tulbe. Kitsa ayma arthe.

Yasa dain barsa huma likba pungkam. Huma kanma gamang.

Time to go bed....work waiting...hope nothing worst problem that make me lost......